Alhamdulillah semalam (12.5.2015) saya telah selamat melapurkan diri di pejabat baru saya di KPDNKK Melaka. Apa?? ada yang tak tahu apa dia KPDNKK tu? aahhh melampau la tu ... anda tau tak apa dia GST? aaaa ya itulah dia Kementerian yang bertanggungjawab membuat pemantauan untuk memastikan pengkilang, pemborong, syarikat, pekedai dan peniaga yang berdaftar GST supaya mengenakan harga yang sepatutnya kepada pembeli dan pengguna. Menjadi tanggungjawab kami membuat pemantauan tersebut.
Kementerian ini bukan membuat pemantauan GST je, banyak lagi tugas-tugas yang diamanahkan kepada kami , semata-mata untuk memastikan rakyat marhain hidup dalam bahagia dan sejahtera. Jadi inilah dia bangunan pejabat saya yang dikongsi bersama dengan beberapa lagi Jabatan dan pejabat Kementerian yang lain. Banunan ini dinamakan Wisma Persekutuan Melaka. Di MITC terdapat 2 buah bangunan jabatan Kerajaan Persekutuan, di mana sebuah lagi di sebelah masjid adalah Menara Persekutuan.
Semoga saya dapat mencurahkan bakti saya kepada tanah bertuah ini.
No comments:
Post a Comment