Merah betul langit senja di kawasan rumah saya pada 1 Mei 2015. Warna merah ini berlaku sebaik sahaja hujan berhenti membasahi bumi. Saya terpegun melihat warna merah ini, yang secara tidak langsung mewarnai kawasan sekelilingnya dengan merah gangsa.
Namun nun di hujung sana, di mana matahari menurunkan diri untuk beradu atau menyinarkan cahayanya di dunia sebelah lagi, di kelilingi dengan warna kuning yang sangat cerah. Manakala warna matahari hampir-hampir berwarna putih. Indah dan sahdunya cintaanNya. Kalau ada lagi manusia yang tidak tahu bersyukur, apakan jadi dengan dunia ini.
Matahari dah menyembunyikan dirinya di sebalik awan. Maka warna kehitaman menunjukkan diri menandakan sebentar nanti akan tiba sang malam. Syukur saya ke hadrat Illahi kerana diberikan usia untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya. Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment