Inilah gelagat kucing-kucing saya, semasa saya bawa mereka berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Kasihan betul . . . mereka sangat gelisah kerana perjalanan yang jauh dan mereka terpaksa berkongsi seramai 6 ekor dengan mak dan saya.
Sepanjang perjalanan mereka bergilir-gilir mengeow dan semuanya nak duduk dekat dengan saya atau di bawah tempat kaki.
Pantang berhenti mereka akan berebut-rebut berdiri di tingkap kereta mungkin menjangkakan mereka dah tiba dan akan dikeluarkan dari kereta. Saya bawa mereka pada 10 Mei 2015 dan pada 11 Mei 2015 selepas saya melapurkan diri di KPDNKK Putrajaya saya terpaksa mengangkut lagi 5 ekor. Alhamdulillah sekarang ni semuanya dah selesai dan mereka sudah dapat menyesuaikan diri dengan rumah baru.
No comments:
Post a Comment