AIDS KUCING????? Ade keeee??? Benar memang ada masalah sindrom kurang daya tahan penyakit pada kucing. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan virus yg didaftarkan di JPN dengan nama Feline Immunodeficiency Virus atau terma pendekknya FIV.
Ia boleh menyebabkan lemahnya sistem imuniniti (antibodi) badan untuk melawan penyakit. Tanda-tanda klinikal yang sering kelihatan adalah sistem imun yang lemah, anemia, rendah bilangan sel darah, jangkitan pada gusi dan mulut, kanser dan masalah saraf.
FIV ni sebenrnya sejenis “retrovirus” yang hampir serupa dengan virus AIDS pada manusia. Tapi, jangan la tkuttt...FIV ni ia tak menjangkiti manusia. Sebaliknya ia hanya melibatkan kucing sahaja. Ia boleh merebak daripada seekor kucing kepada kucing yang lain melalui pergaduhan, hubungan kelamin atau gigitan. Ia juga boleh menjangkiti anak2 kucing yang baru lahir melalui susu ibu yang menghidap penyakit ini.
Biasanya kucing-kucing yang dilepas bebas keluar merempit dan 'bersosial' adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini.
Fasa Jangkitan FIV ;
1. Fasa pertama
Fasa akut yang melibatkan banyak simptom atau tanda klinikal. Contohnya jangkitan pelbagai jenis penyakit, demam dan juga pembesaran nodus limfa. Nodus Limfa ni dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai “lymph Nodes”.
2. Fasa kedua
Fasa subklinikal yang boleh berlaku selama beberapa bulan atau boleh makan bertahun. Pada fasa ini, kebanyakkan kucing nampak macam sihat atau memang kelihatan sihat.
3. Fasa ketiga
Fasa jangkitan kronik. Dikenali juga sebagai fasa terminal atau fasa akhir. Biasanya kucing menunjukkan reaksi tiada respon terhadap ubat-ubatan, sistem daya tahan penyakit mula menjadi lemah dan mula muncul pelbagai jenis penyakit.
Biasanya 1 hingga 14% kucing dalam populasi terutamanya dari kategori “Outdoor” memang menghidapi penyakit ini. FIV ni biasanya wujud dengan kawan baiknya iaitu Virus- Feline Leukemia (FeLV). FeLV ni kita akan bincangkan kemudian la ya. Kupas satu-satu dulu lah.
Apa yang selalunya vet buat bila berhadapan dengan masalah ini?
Biasanya ujian diagnostic akan dilakukan untuk kenal pasti penyakit ini .
1. Sejarah perubatan yang lengkap akan cuba diperolehi, dan juga pemeriksaan fizikal akan dilakukan.
2. Ujian ELISA perlu dibuat untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap penyakit ini. Biasanya antibodi bagi penyakit ini akan dikesan melalui darah atau saliva. But mostly Vet practice melalui ujian darah la kan.
Keputusan ujian bagi anak kucing yang berumur 6 bulan ke bawah adalah tidak dipakai kerana dalam badan anak kucing ini mungkin masih ada sisa2 antibodi maternal iaitu antibodi yang diperolehi dari susu badan ibunya. Ibu kucing yang menghidapi penyakit ini boleh memindahkan virus FIV melalui susu badan nya.. Antibodi terkandung dalam susu. Dan bila ujian dilakukan ke atas anak2 kucing bawah umur 6 bulan ini, akan kelihatan seperti tanda2 positif wujudnya antibodi terhadap penyakit FIV. Selalunya antibodi maternal akan mula hilang daripada badan anak2 kucing ini bila ia berumur lebih daripada 6 bulan.
Ujian ini juga akan memberi reaksi positif kepada kucing yang telah divaksin dengan vaksin FIV...kerana adanya antibodi FIV dalam darahnya. Jadi, ujian akan dilakukan pada kucing yang tidak pernah divaksin dengan vaksin FIV dan ujian perlu dilakukan sebelum suntikan pertama vaksin FIV.
Ujian kedua perlu dilakukan ke atas sampel-sampel yang positif untuk mendapatkan pengesahan. Ujian berikutnya adalah ujian 'Western bloat' atau 'polymerase chain reaction' (PCR).
Hmm..ade ubat ke utk Virus ala2 Aids ni?
Setakat hari ini, tiada rawatan yang betul2 dapat dibuktikan boleh menyembuhkan penyakit ini. Rawatan yang biasa diberikan adalah rawatan sokongan atau pun rawatan2 biasa yang dirasakan perlu.
What to dooo? Kalau ade kucing kita menghidap FIV ni?
1. Berikan kepadanya ubat-ubatan yang telah diberi oleh doktor veterinar anda. Seelok2nya, kucing tersebut di bawa ke klinik untuk pemeriksaan berkala dan secara tetap. Berikan penjagaan dan makanan yang baik kepada kucing2 ini.
2. Seelok-eloknya kuarantinkan kucing yang menghidap penyakit ini jauh dari kucing yang sihat.
Walaupun penyakit ini jarang menjangkiti kucing lain melalui sentuhan biasa, namun risikonya tetap ada. Elakkan kucing yang positif ini keluar rumah. Ini dapat merendahkan kadar jangkitan kepada kucing2 diluar sana.
Bagaimana nak elakkan kucing korang daripada kena penyakit ni?
1. INDOOR : Jangan biar kucing anda lepas bebas untuk bersosial atau merempit sesuka hati.
2. VET CHECK + KUARANTIN: Buat ujian kepada kucing2 yang baru korang dapat. Pergi ke klinik dan jumpa vet untuk dapatkan khidmat nasihat. Laksanakan atau minta veterinar untuk buat ujian darah bagi tujuan keselamatan. To Prevent is wayyyyyyyy better than to cureee! hehehe
3. VAKSINASI : Vaksinasi ni pentingggg...rujuk nota vaksin yg misi dah keluarkan duluuu...sgt penting utk meningkatkan kadar antibodi dalam badannnnn!!!
4. PEMANDULAN : Mandulkan aje kucing jantan anda. Ini akan mengelakkan dia mencari pasal diluar yang akhirnya akan diakhiri dengan pergaduhan - 'lu langsi lu mati!!!'...hehehehe
Okeh...ni note kecemasan yang misi taipkan diluar Skop. Terpaksa la uols..minggu ni ade beberapa kes yang memerlukan pemilik mendapatkan rujukan dan bacaan ringkas berkenaan Virus ini. Selamat merujukkkkk
Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.
No comments:
Post a Comment