Foto terbaharu buah hati pengarang jantung saya Si Adik. Dah makin besar dan makin berat, hampir 8 kg dah dia . . . . saya pun dah kurang dokong Adik sebab sesak nafas dibuatnya. Tetapi setiap kali saya dokong yang lain, saya rasa kasihan pula kepada dia, bimbang dia cemburu.
Adik mengulangi kegemaran dia untuk berehat di atas bantal saya. Rupanya dia memangnya selesa di atas bantal saya mungkin kerana bau saya yang ada di bantal tersebut. Saya perasan memang mereka semua suka pada bau saya yang ada pada baju, bantal dan selimut, kerana selepas mencium dan menghidu mereka akan terus tidur dengan lena.
Nampak macam sombong.. tapi memang dia sombong sedikit dan penakut yang amat sangat. Apa pun dia tetap buah hati saya. Semoga dia dan semua kucing saya yang lain sentiasa sihat walafiat hendaknya.
No comments:
Post a Comment