Minggu akhir saya dan mak ada di KL iaitu pada 10 Mei 2015, saya dan mak makan tengah hari di Kluang Station, restoran tempat makan kegemaran kami bersama. Saya katakan pada mak entah bila la kami akan makan di sini selepas berpindah ke Melaka.
Macam biasa mak order makanan kegemaran dia roti jala dengan rendang daging dan tempura ikan, manakala saya makan bubur ayam.
Mak sedang menikmati makanannya, mak makan habis semua hidangan yang mak order. Kalau kat Melaka di mana agaknya ada menu ini ya?.
No comments:
Post a Comment