Assalamualaikum uols..misi kembali dengan nota baru. Kali ni misi nak sentuh sikit tentang salah satu virus berbahaya yang sangat fofular menyerang si comel kita iaitu PARVOVIRUS (FPV).
Apekah Parvovirus ni? Apa kaitan dia dengan Parowati yang dalam filem Devdas tu? Sepupu kah? Adik beradik seapamkah? Hahahah…takde maknanya ya. Parowati ni wanita tabah yang tidak bersalah dikorbankan cintanya kerana darjat keluarga…si PARVOVIRUS ni pulak virus jahat yang memporak-perandakan institusi kekucingan di rumah kita! wakakak
Diamla Misi…merepek jek! Cuba bagi tahu betul-betul…PARVOVIRUS tu ape?
Yelahhhhhhhhhhhh…nak merapu pun tak boleh…sighs. Ok..Parvo ni sebenarnya sejenis virus yang boleh mengakibatkan jangkitan yang sangat kronik dan boleh membawa kepada kematian. Sangat “common” menyerang anak-anak kucing. Juga dikenali sebagai Feline Panleukopenia. Virus ni sangat degil dan boleh hidup didalam persekitaran untuk jangkamasa yang panjang. Serangan virus ni biasanya mengakibatkan kematian. Kucing-kucing yang tidak divaksin merupakan mangsa yang paling kerap diserang ya. Virus ni sangat mudah menjangkiti kucing-kucing lain sekiranya berlaku “Outbreak”. Hayooo…
Mcm mana kucing boleh dijangkiti Virus FPV ni wahai Misi pokok Balak?
Kucing-kucing outdoor yang tidak divaksin dengan mudah boleh dijangkiti melalui Najis atau sentuhan terus dengan kucing yang sememangnya dijangkiti. Penghidap FPV ni akan “shedding” atau mengeluarkan virus FPV ni melalui cecair, lendiran atau najis mereka. Harus di ingat, virus ini sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian kepada penghidapnya.
Ooo..kalau mcm tu, kucing yang macam mana paling mudah dijangkiti ek Misi?
Hmmm…biasanya anak kucing yang berusia 4 minggu hingga ke 12 minggu dan keatas. Bila mereka mula bercerai susu, antibodi yang dibekalkan melalui susu ibu mula berkurangan…maka system pertahanan badan akan menjadi lemah dan terdedah kepada sebarang jangkitan, terutamanya FPV ni. Selain anak-anak kecil, kucing dewasa yang tidak divaksin juga berisiko tinggi dijangkiti tau. Kucing yang dah divaksin tetapi tidak dikemaskini juga masih terdedah kepada jangkitan FPV yang durjana ini.
Ko ni yo yo oo je Misi…cerita mcm bahaya jek..takut mak baca nok…cuba bagitau pulak..ape symptom atau tanda-tanda jangkitan Parvo ni Misi ku Gojes?
Hahaha. Memang bahaya uols. Even kalau korang daftar masuk kat klinik bawa kes yang misi suspek FPV, korang pasti akan perasan misi gelabah dan mula la ambil disinfectant letak kat kaunter. Misi sorok semua resident cats termasukla Melorina Sixy Da Diva tuuuuuuuuuu…sebab ape? Sebab bahaya laaaaaaa!
Sighs..kadang-kadang, penghidap parvo ni ada yang tak menunjukkan tanda-tanda. Tiba-tiba mati aje. Kalau ada simptomp, haaaaa…kemungkinan mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti :
Muntah-muntah
Suhu badan yang tidak stabil. Kejap turun, kejap naik.
Dehidrasi.
Dahaga yang melampau,biasanya akan berada disekitar sumber air atau menangguk kepala di mangkuk bekas air.
Cirit-birit yang melampau,terlalu cair, disertai lender dan berbau busuk hanyir.
Demam
Lemah dan tidak berdaya.
Sekiranya ,kucing yang dijangkiti itu sedang bunting, anak-anak yang dilahirkan akan mengalami masalah saraf. Anaka-anak tersebut akan menunjukkan tanda-tanda ketidakseimbangan badan dan kematian.
Fuyyoo…betul ken i misi? Acaner nak diagnose FPV ni ek?
Betul oooooooo…lu pehal brooo!! Mabok todi ke? Haha.. Mcm ni, kalau kata orang bawa kucing korang ke klinik untuk dirujuk, dan vet mengesyaki mereka menghidap virus ni… mereka akan mengambil sample darah dan melaksanakan ujian serta-merta. Kat rumah mmg tak boleh diagnose la…kalau korang tgk ada antara kucing korang mati mengejut satu persatu dlm jangka masa yang dekat. Segera la rujuk ke Klinik Haiwan tau… no delay-delay.
Hmmm..takut la Misi, kecut #APAMBALIK kita dengar jawapan ni semua…hmm..habis tu Parvo ni boleh dirawat tak? (kedek-kedek, geletis-geletis sebelah Dr Eric…mintak jawapan) LOL..
Kalau ikutkan, FPV ni sebenarnya tidak ada ubatnya…tiada rawatannya..TAPI, sekiranya korang bertindak sepantas kilat dan bawa kucing korang ke Klinik dengan kadar segera, dan jangkitan masih diperingkat awal, Doktor Veterinar akan berikan rawatan sampingan sebagai alternative dan penjagaan rapi, bantu makan dan sebagainya…Insyaallah dia boleh recover dengan jayanya. Ye la kan..bab hidup mati ni bukan kuasa kita kan…Urusan DIA. KUN FAYAKUN kata dia…
Misi..kau ni dulu ustazah ke? Hahah..dah cepat ajar iols cara nak cegah…iols nak balik ni…nak pegi cek sekor-sekor anak kat rumah. Iols takuttt…
Ekekek…ustazah la sangat!! Hari-hari pakai skirt paras peha kat klenet kan! Haha… Nak cegah? Senang jek.
Kaedah pencegahan utama : VAKSINASI.
Jaga kebersihan rumah dan kawasan persekitaran
Indoorkan kucing korang.
Kalau korang jenis selalu selamatkan kucing stray, pastikan korang sediakan ruang kuarantin utk pastikan mereka tidak terus bergaul dengan kucing-kucing sedia ada.
Haaaaaaaaaaaaaaaa…itulah serba sedikit tentang Feline Parvovirus (FPV) / Feline Panleukopenia ni……..nak taip panjang-panjang karang korang terus tak pegi klinik kan. Ala-ala jadi doctor sendiri kat rumah plak! Hahaha…oklah, misi punya pundi kencing dah kembang kuncup tahan gelora. Nak pi tandasss…jumpa lagi uolsssssssss!!!
Peringatan: Nota ini bukanlah khidmat nasihat atas talian sebaliknya panduan khas kecemasan yang disediakan untuk tujuan pendidikan. SEPERTI YANG DINYATAKAN, SEBARANG MASALAH KESIHATAN DAN PERTANYAAN, MOHON PM KAMI DAN VETERINAR BERTUGAS AKAN MENJAWAB DAN MENGHURAIKAN KEKUSUTAN ANDA. DAN SEBAIKNYA, MASALAH YANG BERLAKU DIRUJUK DAN DIPERIKSA DI KLINIK VETERINAR.
Disediakan Oleh :
Klinik Haiwan & Surgeri Puncak Jalil
No 29G & 29-1, Jalan PUJ 3/8, Taman Puncak Jalil,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
FB Like : Hello Vet Disini
Telefon : 0176598036