Selepas Comel meningkan saya secara tiba-tiba, walaupun saya dah bawa dia ke Vet, membuatkan saya terlalu bimbangkan semua kucing-kucing dalam jagaan saya. Untuk mengetahui mengenai penyakit kucing saya banyak membaca. Dan artikel ini saya per;u kongsikan bersama anda terutamanya pencinta kucing.
Sporotrichosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh fungus (kulat) Sporothrix schenckii. Fungus jenis ini berpotensi menjangkiti kulit, sistem pernafasan, tulang dan otak. Cara jangkitan adalah melalui sentuhan dan pernafasan.
Penyakit Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai SPORO ini jarang berlaku. Oleh sebab itu, penyakit ini sukar dikesan oleh sesetengah doktor manusia dan doktor haiwan. Walau bagaimanapun, manusia masih boleh terdedah kepada risiko untuk dijangkiti penyakit ini.
Fungus ini berasal daripada persekitaran; tanah, tumbuhan dan dijangkiti dari satu spesies haiwan ke spesies yang lain, malah dari haiwan kepada manusia.
Kucing merupakan haiwan yang paling mudah menjangkiti dan membawa penyakit ini. Kucing-kucing yang tidak dimandulkan cenderung untuk keluar rumah, berkeliaran mencari pasangan dan bergaduh. Fungus ini dijangkiti oleh kucing melalui kulit yang tersangkut pada duri/ dahan tumbuhan, cakaran dan gigitan dari haiwan lain. Fungus ini sangat mudah dijangkiti melalui luka terbuka.
Manusia pula boleh dijangkiti pada kulit melalui sentuhan, dan pada sistem pernafasan melalui udara.
Mengenalpasti tanda-tanda Sporo adalah sangat penting bagi membolehkan manusia mengambil langkah berjaga-jaga ketika mengendalikan kucing yang disyaki Sporo positif.
Tanda-tanda Sporo pada kucing:
- luka atau kudis pada kepala (terutama sekali pada hidung dan muka), kaki dan ekor.
- luka ini pada asalnya berbentuk benjolan, menanah, menjadi kudis yang sukar untuk sembuh.
- kudis-kudis akan mula merebak keseluruhan kepala dan kaki kucing yang dijangkiti
- sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam, hilang selera makan dan kelesuan.
Sekiranya fungus ini menjangkiti manusia, tanda-tanda yang kelihatan ialah benjolan dan kudis pada jari, tangan atau muka.
Cara mengesahkan kucing dijangkiti Sporo :
- melihat sampel kudis di bawah microskop
- ujian darah menyeluruh di makmal
Rawatan Sporo :
- kuarantin yang ketat supaya tidak menjangkiti haiwan lain atau manusia
- pengambilan potassium iodide secara oral selama 4-8 minggu
- pengambilan Ketoconazole dan Itraconazole
- pengambilan anti-fungal yang lain
- ubat-ubatan di atas boleh menyebabkan toksid pada haiwan dan perlu diambil pada sukatan yang betul mengikut berat badan haiwan tersebut
- Sporothrix ialah fungus dan bukannya bakteria. Rawatan menggunakan antibiotik adalah tidak efektif.
- Haiwan yang menghidapi Sporo tidak boleh mengambil ubatan berunsur steroid.
Cara menghalang jangkitan Sporo :
- Haiwan-haiwan peliharaan tidak sepatutnya dibiarkan berkeliaran di luar
- Memandulkan haiwan bagi mengurangkan pergaduhan dan percakaran
*** Perhatikan sekiranya kucing anda tiba-tiba mengalami benjolan, luka atau kudis. Segera dapatkan rawatan doktor haiwan yang bertauliah.
Sumber: fb duniakucing
Saya ada terbaca dari rakan-rakan fb ubat yang boleh diambil dan menunjukkan keberkesanannya adalah mengan memakan ubat bernama 'SPORANOX', Ubat ini oleh beli di farmasi. Harganya dalam RM200 sekotak mempunyai 28 biji. Bagi kucing makan ubat tu sebiji sehari dan jangan lupa untuk sapu krim anti fungal dengan jenama 'LAMISIL' buat ini pernah dijual di uardian. Cuci bersih tempat luka tersebut dan sapukan krim. Dilaporkan ada kucing yang sudah beransur baik selepas sebulan lebih mengambil ubat tersebut. Alhamdulillah kesannya amat memberansangkan
No comments:
Post a Comment