Hampir tak nampak rupa Itam sebab duduk berlatar belakangkan skrin komputer yang juga berwarna hitam. Nama dia Itam Mike Black atau nama singkatan dia IMB. Dulu saya pernah kisahkan bahawa Itam ini adalah kucing yang dibuang manusia durjana semasa dia masih lagi terlalu kecil. Masa tu musim macam sekarang nilah selalu hujan dan Itam masa tu lebih kurang 1 ke 2 bulan. Saya dan mak selalu terdengar suara dia yang mungkin menangis cari ibu atau dalam ketakutan.
Saya dan mak akhirnya ambil keputusan untuk pelihara dia tapi di luar rumah sahaja. Kucing dalam rumah (indoor) dah ada 8 ekor. Lebih kurang 2 bulan juga Itam di luar rumah dan dia selalu nak masuk ke dalam rumah, tetapi saya tak benarkan sebab dia tak vaksin lagi. Akhirnya sebelum beberapa hari menjelang bulan puasa yang lepas saya masukkan dia dan biarkan dia bermesra dengan yang lain. Nampak gaya yang lain boleh terima dia melainkan Oky si ibu kucing.
Kini dia dah divaksin lengkap dan sedang menunggu untuk dineautered sahaja dalam masa sebulan lagi. Kini dia dah cantik dan sangat manja lebih manja dari kucing yang lain. Semoga Itam hidup bahagia dan sihat selalu.
No comments:
Post a Comment