30 October 2014

Si Abang Bunga

Geli hati saya melihatkan aksi Si baby yang tak henti-henti mencium bunga yang saya bawa balik dari pejabat. Gaya dia mencium bunga kelihatan seperti seorang gadis yang menerima hadian sebakul bunga. Nasib baik dia tak makan bunga-bunga tersebut, bimbang kalau-kalau ianya beracun.

Akhirnya saya angkat bakul bunga dan meletakkannya ke tempat lain.

Kenapa Anjing itu haram disisi agama Islam

Baru-baru ini Malaysia dilanda pula dengan polimik yang melibatkan hukum haram halal dalam agama Islam. Agama Islam adalah agama persekutuan bagi negara ini. Semua rakyat negara ini sepatutnya memahami akan inspirasi Perlembagaan Persekutuan supaya tindakan mereka tidak menyentuh sensitiviti pelbagai kaum. Malangnya seorang Islam telah mengadakan program yang jelas-jelas tidak beretika dan tidak sensitif dengan kehendak agama.

Memang ada beberapa mazhab yang tidak melihat anjing sebagai najis, tetapi mazhab yang kita pegang di nusantara ini, iaitu mazhab syafie menekankan bahawa anjing itu adalah najis muhalazah, ada cara tertentu dalam mengendalikan haiwan ini.

Bagi saya, saya tidak mungkin akan memegang anjing jika tiada sebab yang mendesak seperti emrawat dia atau menyelamatkan dia. Jadi program yang cuba dilakukan ini mungkin ada niat baik tetapi caranya tidak kena sama sekali.

Di bawah adalah catatan rakan fb yang sangat berguna untuk dikongsi bersama.

Ternyata hal ini sudah diberitahukan pada kita sejak 1400 tahun yang lalu. Ilmuwan membuktikan Virus anjing itu sangat lembut dan kecil. Sebagaimana diketahui, semakin kecil ukuran mikroba, ia akan semakin efektif untuk menempel dan melekat Air liur anjing mengandung virus berbentuk pita cair. Dalam hal ini tanah berperan sebagai penyerap mikroba berikut virus-virusnya yang menempel dengan lembut pada wadah.

Perhatikan kata Rasulullah berikut : Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.

Dari Abu Hurairah Rhadyallahu Anhu, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, apabila anjing menjilat wadah seseorang, maka keriklah (bekasnya) lalu basuhlah wadah itu tujuh kali. (HR. Muslim)

Bahaya Liur Anjing

Air liur anjing dari jenis apapun berbahaya bagi manusia. Persatuan Doktor Kesihatan Anak di Munich-Jerman, mengungkapkan bahawa air liur anjing mengandung berbagai kuman penyebab penyakit. Bakteria tersebut dapat masuk dan menyerang organ dalam manusia melalui sistem terbuka. Risiko penularan penyakit kian besar apabila terkena gigitan anjing. Siapa yang menjadikan anjing kecuali anjing penjaga ternak, atau anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman - nescaya berkuranglah satu qirath pahalanya setiap hari.

Bahaya anjing tidak hanya pada liurnya saja. Menurut peneliti dari Universiti Munich,menyatakan bahawa memelihara anjing meningkatkan riaiko kanser payudara. Peluang dan risiko mengidap kanser oleh kerana memelihara anjing jauh lebih besar dibanding memelihara peliharaan lain seperti kucing dan arnab. Sebanyak 79,7 % penderita kanser payudara ternyata sering bersama dengan anjing, di antaranya dengan memeluk, mencium, menggendong, memandikan dan semua aktiviti perawatan anjing. Hanya 4,4 % pesakit yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Mengapa Harus Dibersihkan Dengan Tanah

Tanah, menurut ilmu kedoktoran modern diketahui mengandung dua materi yang dapat membunuh kuman-kuman, yakni: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman. Eksperimen dan beberapa hipotesis menjelaskan bahawa tanah merupakan unsur yang efektif dalam membunuh kuman. Anda juga bakal terkejut ketika mengetahui tanah kuburan orang yang meninggal karena sakit aneh dan keras yang anda kira terdapat banyak kuman kerana penyakitnya itu,ternyata para peneliti tidak menemukan bekas apapun dari kuman penyakit tersebut di dalam kandungan tanahnya.

Menurut Muhammad Kamil Abd Al Shamad, tanah mengandung unsur yang cukup kuat menghilangkan bibit-bibit penyakit dan kuman-kuman. Hal ini berdasarkan bahawa molekul-molekul yang terkandung di dalam tanah menyatu dengan kuman-kuman tersebut, sehingga mempermudah dalam proses sterilisasi kuman secara keseluruhan.Ini sebagaimana tanah juga mengandung materi-materi yang dapat mensterilkan bibit-bibit kuman tersebut. Para dokter mengemukakan, kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar karena perbedaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. Dr. Al Isma’lawi Al-Muhajir mengatakan anjing dapat menularkan virus tocks characins, virus ini dapat mengakibatkan kaburnya penglihatan dan kebutaan pada manusia.

Fakta Tentang Anjing Yang Tak Banyak Diketahui.

Dr. Ian Royt menemukan 180 sel telur ulat dalam satu gram bulunya, seperempat lainnya membawa 71 sel telur yang mengandung jentik-jentik kuman yang tumbuh berkembang, tiga di antaranya dapat matang yang cukup dengan menempelkannya pada kulit. Sel-sel telur ulat ini sangat lengket dengan panjang mencapai 1 mm. Data statistik di Amerika menunjukan bahawa terdapat 10 ribu orang yang terkena virus ulat tersebut, kebanyakan adalah kanak-kanak. Secara ilmiah, anjing dapat menularkan berbagai macam penyakit yang membahayakan karena ada ulat-ulat yang tumbuh berkembang biak dalam ususnya.

Para doktor menguatkan bahaya ulat ini dan racun air liur yang disebabkan oleh anjing. Biasanya penyakit ini berpindah pada manusia atau haiwan melalui air liur pembawa virus yang masuk pada bekas jilatannya atau pada luka yang terkena air liurnya. Ketika ulat-ulat ini sampai pada tubuh manusia, maka ia akan bersemayam di bahagian organ tubuh manusia iaitu paru-paru. Ulat yang bersemayam di paru-paru yang bertempat di hati dan beberapa organ tubuh bahagian dalam lainnya, mengakibatkan terbentuknya kantong yang penuh dengan cairan. Dari luar, kantong ini diliputi oleh dua lapisan dengan ukuran kantong sebesar bentuk kepala embrio. Penyakit tersebut berkembang dengan lambat. Ulat Echinococcosis dapat tumbuh berkembang di dalam kantong itu selama bertahun-tahun.

SUBHANALLAH….

Lebih dari 1400 tahun yang lalu Nabi Shallallahu 'Alaihi Wassalam telah menyarankan untuk tidak bersentuhan dengan anjing dan air liurnya dan telah memerintahkan untuk membasuhnya (jika terkena) dengan tujuh kali siraman yang salah satunya menggunakan tanah. Penelitian Ir. Soekarno Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki menjelaskan bahwa kajian ilmuan membuktikan bahawa, air liur anjing mengandung mikrobakteria sehingga jika objek yang terkena air liur anjing dicuci dengan sabun maka tidak menjamin bersih dari mikrobakteria tersebut. Untuk mematikan kuman tersebut, harus dengan cara ditaburi tanah atau debu yang dicampur dengan air. Cara ini terbukti berkesan berdasarkan kajian dan uni kaji makmal yang di masa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wassalam tidak ada.

Suatu ketika, bekas Presiden Repulik Indonesia, Soekarno,pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak atau membasuh tujuh kali yang di antaranya dicampur dengan debu apabila terkena najis kelas berat. Cukup menggunakan sabun. Pendapatnya ditentang oleh para ulama Indonesia pada waktu itu. Para ulama tersebut meminta Presiden untuk melakukan eksperimen membuktikan mana yang lebih relevan penggunaan sabun atau dengan debu.

Maka dilakukanlah eksperimen dengan sampel dua benda yang telah dijilat oleh anjing. Satu di antara dicuci menggunakan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan debu. Hasil dari pengamatan mikroskop didapati bahawa, benda yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih terlihat kuman dari hasil jilatan anjing. Sebaliknya, benda yang dibersihkan dengan debu sangat bersih dan terbebas dari kuman.

Walallahualam ....

Sumber: Rakan fb Akula Roy Wailons

29 October 2014

Itam Mike Black (IMB)

Hampir tak nampak rupa Itam sebab duduk berlatar belakangkan skrin komputer yang juga berwarna hitam. Nama dia Itam Mike Black atau nama singkatan dia IMB. Dulu saya pernah kisahkan bahawa Itam ini adalah kucing yang dibuang manusia durjana semasa dia masih lagi terlalu kecil. Masa tu musim macam sekarang nilah selalu hujan dan Itam masa tu lebih kurang 1 ke 2 bulan. Saya dan mak selalu terdengar suara dia yang mungkin menangis cari ibu atau dalam ketakutan.

Saya dan mak akhirnya ambil keputusan untuk pelihara dia tapi di luar rumah sahaja. Kucing dalam rumah (indoor) dah ada 8 ekor. Lebih kurang 2 bulan juga Itam di luar rumah dan dia selalu nak masuk ke dalam rumah, tetapi saya tak benarkan sebab dia tak vaksin lagi. Akhirnya sebelum beberapa hari menjelang bulan puasa yang lepas saya masukkan dia dan biarkan dia bermesra dengan yang lain. Nampak gaya yang lain boleh terima dia melainkan Oky si ibu kucing. 

Kini dia dah divaksin lengkap dan sedang menunggu untuk dineautered sahaja dalam masa sebulan lagi. Kini dia dah cantik dan sangat manja lebih manja dari kucing yang lain. Semoga Itam hidup bahagia dan sihat selalu.

28 October 2014

APA PROF KHOO KAY KIM KATA PADA 1971?

Saya nak berkongsi dengan anda penulisan ringkas oleh rakan fb Akula Roy Wailons mengenai isu pendatang di negara ini.

Isu pendatang sengaja dibangkitkan oleh perwakilan Gerakan dalam perhimpunan parti itu baru-baru ini. Meskipun dia sudah digantung oleh partinya, namun luka dalam hati orang Melayu masih berdarah. Masakan tidak, sensitiviti disentuh seolah-olah tiada masalah jika ia diganggu gugat.

Cukuplah selama ini satu demi satu perkara yang melibatkan sensitiviti Melayu dan Islam diusik, hak keistimewaan Melayu yang dijamin perlembagaan mahu dihapuskan, hukum hudud dipermainkan, kedaulatan Islam dipertikai, kini asal usul orang Melayu pula mahu diseleweng?

Ingatlah hakikat sejarah kedatangan nenek moyang orang Cina dan India ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Mereka datang berhijrah ke Tanah Melayu dari tanah asal mereka. Mereka bukan penduduk asal negara ini.

Kedatangan kaum India ke Tanah Melayu

Pada 1971, tokoh sejarahwan negara Khoo Kay Kim menulis bahawa kedatangan orang India ke sini berlaku secara berperingkat. Pada peringkat paling awal, ‘mungkin’ telah berlaku hubungan antara Kedah dan India pada awal-awal tahun Masihi. Kebanyakan orang India yang datang pada masa itu di kalangan pedagang dan tukang yang beragama Hindu dan Jain. Pelabuhan-pelabuhan di mana mereka bertapak ialah Sungai Bujang, Sungai Merbok dan Kuala Muda.

Pada abad ke-13 dan ke-14, dengan beransur-ansur kegiatan-kegiatan pedagang India yang awal itu telah merosot dan peranan mereka telah diambil alih oleh pedagang-pedagang yang beragama Islam dari Bengal, Golconda, Coromandel dan Gujerat. Proses itu berlaku semasa agama Islam tersebar dengan kadar yang pesat di Nusantara. Tidak kecil bilangan mereka yang menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Melaka.

Asimilasi dengan anak bumiputera turut berlaku. Perniagaan orang India itu tidak terhad kepada pelabuhan Melaka sahaja, mereka juga sentiasa singgah di Kedah, Ujong Salang dan Perak untuk membeli gajah, timah dan lada. Di Melaka sendiri telah didirikan sebuah kampung yang diberi nama Kampung Kling.

Mulai abad yang ke-19, muncul satu lagi peringkat dalam proses imigran orang India ke Tanah Melayu. Pada 1820an, ramai tawanan berbangsa India telah dipindah ke Negeri-negeri Selat setelah perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Selepas itu, lebih ramai orang India dibawa masuk untuk dijadikan pekerja di ladang-ladang termasuk ladang tebu dan getah.
Kalau di antara tahun 1880 dengan 1900 bilangan orang India yang datang pada setiap tahun berjumlah lebih kurang 20 ribu orang, di antara tahun 1910 dan 1921 bilangan buruh yang direkrut pada setiap tahun berjumlah kira-kira 100 ribu orang.

Kedatangan kaum Cina ke Tanah Melayu

Kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu bermula pada zaman Kesultanan Melaka. Bilangan mereka tidak ramai dan mereka datang sebagai pedagang. Pada abad ke-18, pelombong-pelombong Cina telah dibawa masuk oleh kuasa Belanda untuk mengerjakan lombong di negeri-negeri Melayu barat. Akan tetapi pelombong-pelombong itu tidak bermastautin lama di Tanah Melayu.

Peringkat seterusnya berlaku pada pertengahan abad ke-19 semasa pembukaan lombong-lombong di kawasan Larut, Klang dan Sungai Ujung. Pembukaan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan antarabangsa juga menarik minat kedatangan orang Cina.

Selepas pentadbiran British diperkenalkan, kadar kemasukan orang Cina bertambah pesat. Mulai tahun 1911, hampir setiap tahun lebih daripada satu juta orang Cina datang ke negara ini, di samping beratus-ratus ribu yang kembali ke China. 

Hakikat yang tidak boleh diubah. Demikian fakta sejarah yang dikemukakan oleh Khoo Kay Kim sejak tahun 1971 lagi. Sebarang usaha mengubah fakta sejarah ini merupakan satu pengkhianatan

Sumber: fb Akula Roy Wailons

27 October 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 2

Kami bergambar dengan mak. Saya di belakang saya adik saya Adnan, disebelah dia adalah Azman, diikuti dengan Azmee dan yang duduk di hadapan Azmee adalah adik bungsu kami Ainee.

Yang ini kami bergambar beramai-ramai selepas masing-masing kenyang dan sebelum kami meninggalkan restoran. Akhirnya mereka adik-adik lelaki saya yang belanja kami semua. Terima kasih semoga dimurahkan rezeki dengan berkatnya. Ameen...

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Adikku Haji Adnan

Hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran adik saya Haji Adnan. Saya doakan agar dia bersama isteri dan anak mereka sentiasa di bawah lindungan Allah dan keredaanNya. Semoga dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman, diberikan kebahagiaan rumah tangga.

26 October 2014

MASALAH BULU KUCING GUGUR

Bagi yang memelihara kucing, masalah bulu kucing memang menjadi masalah utama namun begitu bulu kucing yang melekat pada baju, sofa, permaidani dan sebagainya adalah perkara biasa, tetapi amat merisaukan hati apabila masalah tersebut makin menjadi-jadi. Masalah keguguran pada bulu kucing sering terjadi terutama pada kucing yang berbulu lebat dan panjang.

Tahukah kamu apakah yang menyebabkan terjadinya masalah keguguran bulu kucing? Kebiasaannya Kucing akan mengalami keguguran bulu sebanyak setahun sekali dan diikuti serentak dengan pertumbuhan bulu-bulu yang baru. Tetapi ada juga kucing yang mengalami dua kali setahun dengan jumlah yang tidak terlalu banyak.

Sebab-sebab yang lain adalah seperti Kekurangan nutrisi, kelebihan vitamin juga adalah salah satu penyebabnya. Selain itu suhu kandang atau tempat tinggal kucing terlalu panas juga boleh menyebabkan keguguran bulu kucing, pemilihan syampu sangat penting. Syampu yang tidak sesuai boleh menyebabkan keguguran bulu kucing. selain itu kutu, tungau dan kulat juga adalah musuh utama pada kucing. Seperti manusia kucing juga mempunyai gangguan hormon, ini juga adalah salah satu penyebabnya. Alahan pada ubat dan gangguan antibodi yang tidak kuat juga membolehkan masalah bulu kucing gugur.

Terdapat banyak faktor kenapa bulu kucing gugur

1. Kutu/ Lices

Lazimnya kucing akan gatal dan menggaru dengan tahap maksima, menyebabkan bulunya gugur

Treatment : Gunakan Bio-Spot atau Frontline…sembur pada kucing, ulangi selepas 48 jam..dan ulangi lagi selepas 48 jam. Ini kerana telur kutu boleh menetas dalam 48 jam. Jangan mandi kucing tersebut sehingga seminggu. Sembur juga bilik kucing, carpet jika ada..kerana kutu boleh bersembunyi di sini. Tidak berkesan jika kita hanya treat kucing…tetapi beberapa hari kemudian kutu akan datang semula.

2. Fungus

Fungus kelihatan seperti debu yang boleh menyebabkan sel2 pada bulu kucing mati.

Treatment : Mandikan kucing menggunakan Malaseb dan beri ia pil anti-fungus.

3. Kekurangan Protein dan Vitamins

Makanan yang berasaskan meat by products mempunyai kandungan protien yang sedikit..Kucing memerlukan protien untuk membina kulit dan bulu yang sihat…

Treatment : Makanan yang berkualiti, makanan segar (raw), multi-vitamins dan juga brewer yeast

4. Bulu Kering

Lazimnya ia disebabkan kekurangan minyak pada bulu dan juga pengunaan syampoo yang berlebihan

Treatment : Pastikan anda menggunakan syampoo mengikut sukatan yang disyorkan, minyak seperti salmon oil boleh membantu.

5. Stress

Kadangkala kucing mengalami stress samada persekitaran atau kehadiran kucing lain. Ia lazimnya akan grooming dirinya secara keterlaluan atau menggaru sehingga bulu tanggal.

Pastikan apa yang menyebabkan kucing stress dan take care of it.

6. Dry Skin

Dry skin lazimnya berpunca dari pemakanan. Boleh bagitau apa jenis makanan u beri pada kucing u?. Makanan berkualiti murah lazimnya mengandungi kadar garam dan meat-by-products yang tinggi yang mana menjadikan kulit kucing kering dan gagal menghasilkan minyak bagi menjadikan bulu kucing lembab. Ia boleh dilihat dari warna bulu kucing yang pudar, kering, kucing lazimnya menggaru dan menjilat dengan lebih kerap. Jika kita menyikat bulu kucing ia lazimnya keluar dengan banyak.

Cara mengatasi : saya syorkan makanan yang berkualiti seperti RC SkinCare, Innova Evo dan wet-food. Bagi vitamins, gunakan salmon oil, evening primrose, Felovite II dan brewer yeast.

7. Penyakit kulit

Kutu (fleas), hama (lices) yang mengigit kucing boleh menjadikan kulit kucing tidak sihat dan bulunya mudah tanggal. Anda boleh melihat kutu dengan adanya kutu atau bintik-bintik hitam pada bulu, manakala lices bintik halus berwarna hitam..dan jika diperhatikan dengan teliti ia akan bergerak..lazimnya pada bahagian ruff (bulu leher). Bagi kucing yang alah (allergic) pada kutu ia akan menyebabkan penyakit lain seperti kudis dan kurap. Ini akan menyebabkan bulu tertanggal dengan mudah.

Anda boleh membunuh kutu dengan menggunakan racun seperti Bio-groom atau Frontline. Tetapi jika terdapat kudis, anda perlu membawa kucing anda ke vet untuk diberi suntikan antibiotic.

Lain-lain faktor :-

Bagi kucing berbulu panjang, jika cuaca terlalu panas terutama bagi rumah yang beratap zinc dan tiada aircond, ia akan menghadapi keguguran bulu yang ketara.

(sumber : jerrycatlovers)

24 October 2014

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah

 
Sejak betul rasanya kita dah tiba di hujung tahun hijrah 1435, hari ini adalah hari terakhir dalam tahun itu dan rasa-rasanya baru semalam kita menyambut Maal Hijrah 1435 itu. Dan selepas waktu magrib ni maka jika kita panjang umur maka kita dah berada di tahun 1436H.

Jadi jangan lupa ya untuk membacakan doa akhir tahun selepas waktu solat asar nanti dan selepas solat magrib bacakan doa awal tahun pula. Semoga sama-sama kita diampunkan Allah swt segala dosa kita tahun lepas dan diberikan rahmat, iman dan keberkatan pada unur dan kehidupan kita di tahun mendatang. Ameen.



23 October 2014

Hj Ahmad's Family Gathering 2014 - Part 1

Pada 22 Oktober 2014 (semalam) adik-adik saya telah menganjurkan pertemuan keluarga di Restoran Rebung di Bangsar. Semua adik-adik saya dan keluarga mereka hadir sama walaupun ada beberapa members of family yang tidak dapat hadir atas urusan peribadi, mereka yang tidak hadir adalah Adik (Mohamad Firdaus), Kak Ngah (Afifa) dan Amir (Mohamad Amirudin).

Adnan dan keluarganya bersama dengan Ain bertolak dari Kota Tinggi Johor dan menginap di rumah keluarga kami di Felda Bukit Senggeh, Melaka. Manakala Azman pula bertolak dari pejabatnya di Johor sementara keluarganya bertolak dari Kuantan. Saya dan emak dari Taman Saga.

Allah huakbar... bukan main susahnya nak saya sampai di Restoran ini. Sesat beberapa kali dan hampir berlaku kemalangan. Kejadian ini betul-betul buat saya stress dan hilang selesa makan, sebaliknya rasa nak muntah pula bila melihat pelbagai makanan. 

Kelihatan anak-anak bujang kami dalam foto di atas Amir di hadapan sekali, di belakangnya adalah Ammar dan di belakang Ammar adalah Amirul. Manakala di sebelahnya juga bernama Amir, kedua-dua Amir berkaca mata.

Yang ini pula adalah anak dara kami tentunya tak termasuk mak saya.... Dari kanan Kak Long (Adila), Adlina dan Wawa.

Di hadapan saya pula adalah Abang (Adi Nur Rasyid) anak saudara lelaki sulung keluarga kami. Abang bertolak dari UiTM di Shah Alam dengan menaiki motosikalnya. Jarak antara Uni dia dengan Restoran ini pun bukannya jauh sangat. Yang pakai TShirt merah di hujung tu adik saya Adnan.

Yang ini adalah adik saya Azman dan di sebelah dia adalah Azmee. Dan diperkenalkan adik-adik ipar saya.

Oza isteri kepada Azmee, di sebelahnya Azi isteri kepada Azman dan Shima isteri kepada Adnan. Sebelah abang adalah adik bungsu saya Ain. Mereka makan sekenyang-kenyangnya dan bagi saya rasa makanan di restoran ini bolehlah tahan. Dan lebih baik jika kuih lopis dibuat dengan lebih sempurna iaitu bukan dikukus dan bentuk sebaliknya direbus dari pulut yang dibalut dengan daun pisang.
Saya bagi 4 bintang kepada restoran ini.

22 October 2014

Gelagat Kiki Di Veterinar Cheras

Baru-baru ni saya bawa Kiki ke Veteriner Kerajaan di Cheras, lawatan Kiki kali ini adalah untuk vaksinnya yang terakhir.

Kiki ni memang tidak suka sangat duduk dalam carrier dia, dia akan menjerit sekuat hati untuk kita keluarkan dia dari carrier. Masalahnya dia pula sangat takut dengan orang lain. Jika dikeluarkan dari carrier makanya sayalah yang akan jadi mangsa dia.

Dia akan cuba menyorokkan muka dan badan dia di celah-celah tudung, muka dan ketiak saya, Apa nak buat dah sayang makanya saya ikutkan juga.

Selepas puas menyondol, nampaknya Kiki dah penat. kasihan Kiki akhirnya dia duduk di atas kerusi dengan bersembunyi di sebalik beg saya.

Akhirnya dia terlelap juga. Kali ini ramai pelawat di Vet ini, kami terpaksa menunggu lama. terdapat juga kucing/ haiwan lain yang dah penat dan berbunyi menghangatkan suasana.

Nasib saya baik sebab Kiki terus lena sehingga nombor dia dipanggil.

20 October 2014

TRANSFER FACTOR (TF)

Transfer Factor Advance Formula merupakan "immune booster" (pemangkin daya tahan melawan penyakit) yg menakjubkan bukan sahaja kepada manusia malah untuk haiwan yg mengalami berbagai penyakit.

Jangkitan bakteria, jangkitan virus dan sistem imun yg lemah merupakan faktor utama haiwan mendapat pelbagai penyakit Sporo, Parvo, Jaundice terutama ke atas anak kucing/ anjing dan kucing/ anjing yang berusia. Transfer Factor membekalkan kuasa penuh terhadap sistem imun mereka secara semulajadi.

Mengapa guna formula Transfer Factor manusia ke atas haiwan?

Ramai veterinar di negara barat mencadangkan penggunaan formula Transfer Factor manusia berbanding formula Transfer Factor haiwan untuk merawat haiwan yg sakit.

Dr. Steven Slagle dalam testimoninya, telah menggunakan formula Transfer Factor manusia untuk merawat seekor kucing yg menghidapi leukemia, mempunyai tumor dan lumpuh. Hasilnya selepas sebulan penggunaan 1 kapsul sehari, kucing tersebut mengalami pertambahan berat badan dan selepas 5 bulan, tumor mengecut sebanyak 80% dan anggota badan yg lumpuh di kaki dan ekor telah pulih.

Formula Transfer Factor didatangi dalam bentuk kapsul kecil, mudah diberikan kepada haiwan yang tidak mempunyai selera makan. Cuma masukkan ke dalam mulut haiwan atau buka kapsul dan campurkan serbuk tersebut dengan sedikit air dan masukkan campuran ke dalam mulut haiwan dengan menggunakan picagari.

Di manakah anda boleh memesan atau mendapatkan produk berasaskan transfer factor?
Saya ada beberapa sahabat fb yang boleh membantu anda untuk mendapatkan TF ini:

Tel / SMS / Whatapps : 012-3480834 (Niza)
Tel/ SMS/ Whatapps : 011-11344526 (Cahaya Jannah)

Sekarang ini terlalu banyak kes si bulus kesayangan dilaporkan mengalami masalah kesihatan seperti CIRIT BIRIT, DEMAM, JAUNDICE, KURANG SELERA MAKAN, LEMAH BADAN, LEUKEMIA, LUKA-LUKA KECIL, LUMPUH, MUNTAH-MUNTAH, PARVO , SELSEMA, SPORO, BATUK.

Dalam keadaan kecemasan seperti cuti umum dan hari sabtu atau ahad, tiada Vet yang buka, kalau ada mungkin harga yang melambung mahalnya. Jadi ini adalah cara yang boleh membantu haiwan kesayangan anda. Untuk mengatasi masalah kesihatan ini berlaku, tolong amalkan kucing anda diberi TRANSFER FACTOR sebagai perlindungan kesihatan yang terbaik demi menyelamatkan nyawa mereka. TF bukan sahaja boleh diambil semasa sakit malahan semasa sihat, bukan sahaja untuk haiwan malahan untuk manusia juga.

Cubalah ...

19 October 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Pertama Baby dan Adik

Semalam (18 Oktober 2014) genap setahun umur Baby dan Adik. Hadiah yang mummy bagi pada mereka adalah tilam baru. Baby dapat tilam warna  biru dan Adik dapat tilam warna maroon.

Adik macam raja atas tilam baru dia.

Baby selesa di atas tilam baru dia

Semoga mereka bersama dengan ibu mereka Oky dan 5 adik-adik kandung dan seekor adik angkat sentiasa sihat dan bahagia bersama keluarga saya.

18 October 2014

Milo Singgah Sebentar

Milo si anak kucing yang tiba-tiba muncul di hadapan rumahku. Dari perhatian ku anak kucing ini seperti ada tuannya. Milo kelihatan sangat manja dan bersih. Selama hampir 2 minggu Milo berada di rumah saya, dan saya memutuskan untuk emmanggilnya Milo kerana bulu dia yang bercorak tortoise shell pekat berwarna coklat. Sayangnya dia singgah hanya sebentar kerana selepas masuk minggu ke3 Milo dah pergi mungkin balik kepada keluarganya. 

Namun aku gembira walaupun dia singgah hanya sebentar dan semoga Milo bahagia dengan keluarga dia ...

15 October 2014

MITOS KUCING HITAM

My little one - Zizi
Apabila disebut sahaja kucing hitam maka akan timbullah difikiran bahawa kucing itu mengandungi 1001 misteri, Figure kucing hitam sering kali diketengahkan dalam acara yang berkaitan dengan dunia mistis seperti menjelang malam Hallowen,

Simbol kucing hitam dijual dalam bentuk boneka kecil atau gantungan kunci. Binatang bermata menyala waktu malam hari selalu dikaitkan dengan dunia sihir atau magic. Mengapa?

Kepercayaan kucing hitam bermula dari sejarah di zaman Babylon kuno. Masa itu kucing hitam dipersembahkan dalam upacara ritual untuk dibakar bersama sajian lain. Mitos ini bermula apabila ada seekor kucing hitam yang tidur di tengah-tengah seekor ular di mana pada zaman itu ular merupakan lambang dari kejahatan.

Kepercayaan ini terus berkembang hingga abad pertengahan. Di Jerman, terdapat kepercayaan bahwa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit, kematian akan datang pada orang yang sakit itu. Manakala kepercayaan orang Normandia di mana apabila dalam perjalanan anda melihat seekor kucing hitam yang sedang menyeberang di tengah bulan purnama, mereka percaya bahawa anda akan terserang suatu epidemik.

Di Firland, masyarakat di sana percaya bahawa kucing hitamlah yang membawa jiwa manusia ke alam baka. Di China, kehadiran seekor kucing hitam merupakan pertanda bahawa mereka akan terkena penyakit atau akan jatuh miskin.

Ceritanya sedikit berubah seperti di India, jiwa yang bereinkarnasi dapat dibebaskan dengan melempar kucing hitam ke api. Terdapat satu legenda dari bangsa Bengali bahawa ada seorang wanita yang dapat merubah jiwa manusia menjadi seekor kucing hitam, dan setiap kucing hitam itu disakiti maka ianya akan menyakiti wanita itu juga. Masyarakat Celts pula percaya bahawa kucing hitam dapat memprediksi masa depan. Druids pada masa Ingeris kuno percaya bahawa kucing merupakan jelmaan seseorang yang berbuat jahat di masa lalunya kemudian dihukum menjadi seekor kucing hitam. Malahaan mereka jugalah yang mula-mula menghubungkan kucing hitam dengan Halloween, hantu dan para ahli Sihir.

Ada juga kepercayaan lain yang mengatakan bahawa kucing hitam ini merupakan salah satu penyamaran para ahli Sihir. Walaupun tidak ada saksi yang pernah menyaksikan ahli Sihir yang berubah menjadi seekor kucing hitam atau seekor kucing hitam yang berubah menjadi seorang ahli Sihir, tetapi mereka mengatakan bahawa suatu hari mereka menyakiti seekor kucing hitam dan kucing hitam itu terluka, dan keesokaan harinya mereka menemukan luka yang sama di tempat yang sama kucing itu terluka pada seorang wanita.

Kepercayaan lain mengatakan bahawa kucing hitam adalah teman para ahli Sihir untuk menyelesaikan their evil deeds. Mereka akan terbang dengan penyapu lidi mereka dan mulai membuat keributan.

Percaya atau tidak, apakah kucing hitam ada hubungannya dengan dunia spiritual itu semua terserah Kalian kawan.

14 October 2014

Handphone Dulu-Dulu

Ahad lepas saya kemas-mengemas almari, dan terjumpa dengan handphone-handphone (hp) ini. Sebelum ini pun saya dah memusnahkan 2 handphone terawal yang saya peroleh secara percuma dari service provider. Terdapat juga beberapa hp yang saya hadiahkan kepada ahli keluarga saya.

Sebelum hp-hp ini dimusnahkan saya rakamkan di sini untuk kenang-kenangan. 

13 October 2014

Muka IMB Dah Putih

Masa saya dengan mak saya nak breakfast semalam (12 Oktober 2014) kami terkejut melihat muka Si Itam Mike Black jadi putih. Kesian pun ada geli hati pun ada. Dia dengan muka selamba duduk tersepot tak jauh dari kami.

Mana dia ambil benda putih tu . . . puas saya fikirkan.. akhirnya bla ke dapur baru saya perasan rupanya dia selongkar plastik tepung gandum, ada kemungkinan di masukkan muka dalam pelastik atau dia tepuk-tepuk plastik tu sampai naik debu tepung.

hairannya muka kucing-kucing yang lain tak pula ada debu tepung ni.... memang dia ni nakal.. Akhirnya saya buangkan debu tepung tu sebab dengan debu tu dia nampak macam tak sihat dan sangat kasihan. Itam yang nakal....

12 October 2014

Toxoplasma Gondii Jangkitan Pada Kucing

Toksoplasmosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh Toxoplasma gondii (T. gondii) parasit. Ia adalah salah satu penyakit parasit yang paling biasa dan diketahui menjejaskan hampir semua haiwan berdarah panas dan manusia, tetapi kucing dikenali sebagai perumah utama bagi T.gondii.

Parasit ini melengkapkan kitaran hayatnya dalam kucing, dan mereka adalah satu-satunya mamalia yang mana parasit ini dilepaskan melalui najis dan ke dalam alam sekitar sebagai sebahagian daripada kitaran hidup. Walau bagaimanapun, daging mentah dan makanan yang tidak dibasuh juga merupakan sumber yang sangat penting dan juga diketahui jangkitan manusia.

Kedua-dua bentuk akut dan kronik toksoplasmosis wujud, di mana borang yang kronik biasanya penyakit gred rendah tanpa sebarang tanda-tanda klinikal, dan bentuk yang akut lebih gejala.

Gejala dan Jenis

Kucing lebih biasa dilihat dengan gejala klinikal berbanding dengan anjing. Gejala tersebut termasuk:

-   kelesuan
-   kemurungan
-   demam
-   berat badan
-   Masalah pernafasan, seperti sesak nafas
-   gaya berjalan tidak selaras
-   sawan
-   gegaran
-   kelemahan otot
-   Lumpuh separa atau lengkap
-   muntah
-   cirit-birit
-   Sakit perut
-   Jaundis
-   Hilang selera makan
-   Radang tonsil (tonsillitis)
-   Keradangan retina (Retinitis)
-   Keradangan bahagian tengah mata termasuk iris (uveitis)
-   Keradangan kornea (keratitis)

Gejala yang paling teruk pada anak kucing yang dijangkiti semasa dalam rahim. Ini anak-anak itu mungkin lahir mati atau mati sebelum bercerai susu. Orang-orang yang hidup boleh menunjukkan persembahan kurang selera makan, demam, nafas yg sulit, dan penyakit kuning.

Punca

Kucing dijangkiti melalui hubungan dengan parasit T. gondii, yang boleh diambil dari perakaran dalam tanah yang dijangkiti atau daripada tertelan najis kucing.

Diagnosis

Anda perlu memberikan sejarah terperinci kesihatan, bermulanya kucing anda dan jenis gejala, dan mungkin kejadian yang mungkin dicetuskan keadaan ini, seperti hubungan dengan kucing lain. Doktor haiwan anda akan melakukan pemeriksaan fizikal menyeluruh untuk menilai sistem badan kucing anda dan menilai kesihatan keseluruhan kucing anda. Ujian makmal yang rutin - seperti kiraan darah lengkap, profil biokimia, dan ujian kencing - juga digunakan untuk mengesahkan jangkitan.

Sebagai contoh, kucing dengan TOXOPLASMOSIS boleh menunjukkan nombor yang luar biasa rendah sel darah putih (leukopenia), neutrofil rendah (neutropenia) dan limfosit rendah (lymphopenia) dalam kiraan darah lengkap.

Sebaliknya, semasa pemulihan, kiraan darah lengkap boleh mendedahkan peningkatan bilangan sel-sel darah putih, tanda peningkatan aktiviti jangkitan melawan sel-sel darah putih.

Profil biokimia biasanya mendedahkan luar biasa tahap hati tinggi enzim ALT (alanina aminotransferase) dan AST (Aspartate aminotransferase). Selain itu, tahap albumin (protein yang biasa terdapat di dalam darah) juga didapati berada pada tahap di sesetengah kucing dengan toksoplasmosis menurun; keadaan perubatan yang dikenali sebagai hypoalbuminemia. Dalam kira-kira 25 peratus kucing dengan TOXOPLASMOSIS, penyakit kuning dilihat dengan hati terganggu enzim ALT dan AST. Ujian kencing boleh mendedahkan tahap yang luar biasa tinggi protein dan bilirubin dalam sampel air kencing. Sampel najis juga boleh mendedahkan maklumat penting, seperti kucing yang dijangkiti sering menumpahkan telur parasit dalam najis mereka. Jika anda mempunyai sampel najis kucing anda bahawa anda boleh membawa bersama anda ke doktor haiwan anda, ini membantu untuk membuat diagnosis dan rawatan langkah bersama-sama dengan lebih cepat.

Ujian serologi adalah ujian yang paling boleh dipercayai untuk membuat diagnosis tepat. Dengan mengukur tahap antigen toxoplasma dalam badan, doktor haiwan anda boleh menentukan jenis jangkitan, dan sama ada ia aktif, tidak aktif, baru-baru ini (akut), atau jangka panjang (kronik). Doktor haiwan anda boleh mengulangi ujian ini tiga minggu selepas ujian awal sebagai sebahagian daripada pemeriksaan susulan.

Ujian serologi juga akan membantu dalam menentukan tahap antibodi IgM dan IgG. Antibodi adalah protein yang biasanya hadir dalam badan atau dikeluarkan sebagai respons kepada antigen (dalam kes ini toxoplasma) bagi tujuan meneutralkan antigen. Menentukan tahap IgM membantu dalam diagnosis toksoplasmosis aktif, antibodi ini meningkatkan jumlah masa satu minggu dari jangkitan dan boleh kekal tinggi selama tiga bulan. Antibodi IgG meningkatkan dalam masa dua hingga empat minggu selepas jangkitan dan boleh kekal tinggi untuk tahun untuk mengikuti. Penentuan antigen dan antibodi peringkat akan membantu doktor haiwan anda membuat diagnosis pengesahan. Ujian Nama Pesakit adalah ujian boleh dipercayai untuk mengesahkan kehadiran Toxoplasma gondii dalam sampel.

Pengimejan diagnostik juga boleh dipanggil untuk, termasuk toraks (dada) X-ray, yang mungkin menunjukkan perubahan dalam tisu paru-paru, jangkitan dan tanda yang menunjukkan komplikasi yang berkaitan dengan jangkitan. Doktor haiwan anda juga boleh mengambil sampel cecair paru-paru untuk menentukan kehadiran organisma T. gondii, terutama pada kucing dengan penglibatan paru-paru. Ujian diagnostik yang lebih maju termasuk mengambil koleksi cecair serebrospina (CSF). Ujian makmal CSF boleh mendedahkan nombor yang luar biasa tinggi sel darah putih (WBCs) dan kepekatan protein pada pesakit dengan jangkitan yang telah mencapai sistem saraf pusat.

Sumber: http://www.petmd.com/cat

11 October 2014

Nini Dah hampir Sembuh

Alhamdulillah, luka pembedahan Nini di perut dia dah hampir sembuh. Nini pun dah mula lasak, berlari, melompat dan bergurau dengan adik-adik dan ibunya. Tapi Nini selalu kesejukan terutamanya apabila tidur di dalam bilik hawa dingin.

Perut Nini yang dioperasi dicukur dan itu yang menyebabkan dia kesejukan. Nini kerap tidur atas tilam dan jarang saya lihat dia tidur di atas lantai simen, mungkin kerana sejuk.

Itu dia nyenyaknya dia tidur di atas katil, tetapi d atas tilam dia. Semoga Allah memelihara Nini dan semua kucing-kucing saya suoaya sihat sejahtera sentiasa. Ameen . . .

10 October 2014

Gift From KLM

Semasa mengemas almari minyak wangi dan cenderahati, saya terjumpa koleksi ini. Ini adalah koleksi rumah Holland yang saya peroleh dari Syarikat Penerbangan KLM. Ini menunjukkan 2 kali saya menaiki KLM untuk ke Perancis kerana bertugas. Biasanya pegawai kerajaan menaiki Syarikat Penerbangan MAS, tetapi disebabkan tempat duduk dah penuh terpaksalah saya menaiki KLM.

Setiap penumpang yang menduduki Kelas Perniagaan akan diberikan tanda hati ini dan kalau tidak silap mereka mempunyai 48 jenis rumah yang pelbagai rupa. Rumah-rumah ini bila dicantumkan akan kelihatan deretan rumah seperti di atas. Tak tau bila lagi nak naik KLM dengan kelas perniagaan.

09 October 2014

Operasi OHE Nini - Saat Menunggu

Ini adalah anak dara saya yang paling bungsu. Sekarang ni kami sedang menunggu nombor giliran dipanggil di Bilik No. 7. Ini adalah bilik pembedahan, dan kali ini giliran Nini telah tiba. Sepatutnya kakaknya Kiki yang patut menjalanan operasi ini tetapi kerana kakaknya tidak sehat, Kiki telah miss beberapa giliran untuk vaksin.

Untuk menjalani OHE semua haiwan dan kucing mesti telah diberikan vaksin yang penuh. Namun pada 3 Oktober 2014, Kiki akan menjalani vaksin ketiganya dan setelah itu jadual Kiki ditentukan.


Budak nakal tetapi manja ni tak suka pintu carrier dia ditutup. Tiap kali tertutup dia akan bising dan mengganggu ketenteraman haiwan lain yang juga sedang berdebar-bedar (saya agak je).

Manja kat mummy dan meletakkan kepala dia atas tangan saya... masa ni rasa sangat kasihan pada Nini, tetapi terpaksa takut populasi kucing bertambah. Cukuplah 10 ekor sekarang ni.

08 October 2014

Dari Jendela - Tkt 10 KIP Seri Seputih

Lihatlah keadaan Kuala Lumpur pada tengahari semalam (7 Oktober 2014) sangat buruk. Jarak pandangan menjadi pendek dan debu-debu halus meliputi beberapa ruang udara menjadikan bangunan yang tidak jauh sangat kelihatan berbalam-balam. 

Nampak gayanya jerebu di Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya menjadi fenomena. Bagi orang seperti saya agak merisaukan kerana keadaan ini menjadikan pernafasan saya lebih sukar dan terbatuk-batuk.

Dalam keadaan jerubu pun permandangan dari KIP ini tetap menarik.

Adakah anda dapat melihatjauh di sana sebuah bangunan tinggi. Apakah nama bangunan itu?