30 September 2014

Miz Si Bulus Dari Masjid Negara



Si anak kucing yang saya temui semasa dia memasuki kelas kami di Masjid Negara pada tahun 2012. Dia jinak dan membuatkan ramai antara kami yang jatuh hati padanya. Dia berlegar-legar di dalam kelas dan saya katakan padanya jika dia ingin bersama saya dia kena tunggu sehingga kelas habis lebih kurang jam 10 malam. Dia tunggu dan balik bersama saya.

Saya namakan dia Miz. Usia Miz pada ketika itu lebih kurang 2 bulan, masih kecil lagi tetapi saya jangkakan dia telah berpisah susu dengan ibunya. Miz adalah kucing betina yang coamel dan manja. Badannya pada masa itu tidak terlalu kurus tetapi rasanya dia kurang makan. Jadi Miz akhirnya menjadi keluarga saya. Kerana Miz sudah biasa dengan kebebasan maka saya biarkan dia lepas bebas. Miz sangat kenal dengan warna kereta saya, kerana setiap kali saya balik kerja dia akan berada di pintu pagar dan tidak sabar-sabar melintas menghampiri kereta saya yang berwarna hitam.

Suatu pagi lebih kurang selepas 3 minggu Miz bersama saya, dia dilanggar oleh sebuah kereta hitam yang mungkin dia sangkakan saya, malangnya kereta itu terus melanggar dia. Ketika Abang Jaafar jiran saya menalipon mengatakan Miz terlah tiada hancur hati saya. Abang Jaafar telah mengebumikan Miz... selamat jalan sayang...

Kini selepas dia tiada dan melihat gambar-gambarnya saya rasa rindu pada dia.

29 September 2014

Rombongan? Tugasan SK2P Di Majlis Persaraan 2014

Inilah peneraju utama dalam agenda ini... Cik Azrin Ketua Unit Perkhidmatan dan Perjawatan. Beliau memikul beban yang besar dan berat di pundaknya. Tapi jangan bimbang kami ada untuk membantunya.

Kenapa? hairan ke melihat saya macam terlebih gembira. Yang sebenarnya kami bukan nak pergi rombongan, macam rombongan Cik Kiah tu... tapi ini adalah rombongan untuk melaksanakan tugas yang sangat penting bagi Jabatan kami.

Peristewa ini berlaku pada 22 September 2014, di mana pihak bertanggungjawab iaitu Unit Perkhidmatan dan Perjawatan JPWPKL yang menjadi tuan rumah kepada majlis ini. Sebagai anggota dalam sektor yang sama menjadi tanggungjawab kami untuka membantu dan sudah tentu memastikan agar majlis ini berjalan dengan lancar dan baik.

Hari ini adalah lawatan tapak oleh AJK majlis Persaraan JPWPKL 2014 bersekali dengan mesyuarat terakhir kami. Harilah merupakan penentu jaya dan tidaknya majlis ini nanti, oleh itu peranan dan semangat semua AJK sangat diperlukan. Cuba lihat wajah setiap dari AJK kami..... penuh dengan karisma dan kekuatan yang tersembunyi... dan ianya akan dipertontonkan nanti di majlis itu... 

Tunggu laporan saya selanjutnya....

28 September 2014

Oky Deman?

Sejak semalam saya rasa badan Oky sedikit panas. Dia pun jarang minum air jadi bimbang akan kehaidratan saya suapkan dia air minum beberapa kali. Oky kurang makan dan yang paling jelas dia kurang bermain dengan anak-anak dia. Semalam dan ari ni Oky tidur dalam bilik tidur atas bantal dia. Muka dia masam je mungkin sebab kena paksa minum air.

Mungkin Oky tak tahu bahawa kami sangat sayangkan dia. Anak-anak dia masih mahukan dia berada di sekeliling mereka. Oky ada 7 ekor anak yang besar 2 ekor pada 18 haribulan depan genap mereka berumur setahun. Manakala 5 anaknya berumur 6 bulan. Saya janji dengan Oky selepas dia beranak 2 kali peranakan dia harus diikat... dan itulah yang telah terjadi.. Oky dineauteredkan pada 26 Jun yang lalu. Sebagai langkah pencegahan saya dah suapkan Oky dengan Transfer Factor (TF) dan doalah agar Allah swt pulihkan Oky dan harap Oky cepat sihat.

Dah 3 Tahun Comel Tinggalkan AKu


Hari ini genap 3 tahun kucingku Comel meninggalkan aku dan tidak akan kembali. Comel mati pada hari ini 3 tahun lepas kerana sakit yang tiba-tiba. Comel kucing jalanan yang tidak suka dikurung, jadi dia bebas bermain, berlari, memanjat dan mengejar burung. Sayangnya Comel dihinggapi virus ganas yang sering menyerang kucing.

Saya tidak sempat membawa Comel untuk mengambil vaksin yang sepatutnya, dan inilah pengajaran yang amat bermakna bagi diriku dan selepas kematian Comel semua kucing-kucing aku divaksinkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Semoga dengan usaha ini Allah akan memelihara semua kucing-kucing saya dengan dengan selamat. Ameen.

23 September 2014

Matahari Terbit di Ancasa PD

Tak sangka rupanya matahari terbit di luar tingkap bilik hotel saya di PD. Masa tu saya sedang menghadiri Kursus Perolehan anjuran LKS JPWPKL.

Selepas subuh cahaya kemerahan menerjah dari balik-balik hujung pokok. Saya perhatikan matahari seperti malu-malu untuk menunjukkan wayahnya. Sekeliling bulatannya kelihatan merah kekuningan akibat dari pancarannya yang masih lemah.


Kecilnya matahari pagi muat-muat dalam lengkongan jari saya. Indahnya waktu pagi, inilah keadaan yang tidak didapati di KL.


22 September 2014

Pungut Beransur Pulih

Semasa saya, Ani dan Din membuat pemantauan di Blok Duta 2 saya ternampak seekor kucing hitam yang terlalu amat kurus. Dia terbaring di laluan tangga, kelihatan seperti nyenyak tidur tapi tubuhnya yang terlalu kurus membuatkan saya terfikir bahawa dia kebuluran. Saya panggil dia, dan dia bangun dan terus meletakkan kepalanya di kaki saya.

Sedih yang bukan kepalang melihatkan kelakuan dia, saya dan Din terus merasa sangat sayu, Din juga seorang yang sangat sukakan kucing. Terus saya katakan kepada Din saya perlu bawa balik kucing ini untuk merawat dia bukan untuk memelihara kerana saya sudah ada 9 ekor di rumah.

Saya minta tolong Din dan Nizam untuk sediakan kotak dan ambilkan kucing ini dari Blok 2 ke kereta saya semasa pulang nanti. Alhamdulillah dia masih ada di Blok Duta 2 semasa tamat masa kerja dan saya bawa dipulang. Setiba di rumah selepas keluarkan dia dari kereta, mak terus meletakkan nama dia Si Pungut. Redha jelah Pungut.

21 September 2014

Dari Jendela : Hadapan JPWPKL

Gara-gara saya akan bertukar ke Melaka saya suka nak berkongsi 3 photo Jabatan saya, mana tahu nanti bila rindu boleh lihat blog ini. Tetapi sehingga kini tak ada berita pun. Sedih bila saya rasa macam dipermainkan.

Alang-alang dah ada fotonya apa salahnya saya teruskan hasrat nak merakamkan foto-foto tu dalam blog saya ni. Untuk makluman anda semua saya ambil foto ini dari tingkat opis saya.

Tu dari sini saya boleh nampak kereta saya di bawah tu... Dan kalau nak tahu tiang lampu sukan (sportlight) yang nampak tu adalah dari Stadium Hoki di hadapan opis kami. Tahu dah kat mana saya kerja kan? 

20 September 2014

Bob dan Jasanya

Saya sangat tertarik dengan cerita 2 makhluk Allah ini, seorang manusia dan seekor kucing.

Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Di sini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan.

Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia.

Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.

James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suami kakaknya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal di jalanan.

James memulakan hidupnya di jalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa dengan tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan Belle yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu James mengatasi ketagihannya.

Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya sahaja, namun membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut, tetapi kucing tersebut (kemudian diberi nama Bob) mengekorinya ke mana sahaja dengan setia.

Apabila Bob di sisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen.

Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.

Sumber ; fb

18 September 2014

Dari Jendela - AnCasa PD

Pada 3 hingga 5 September 2014, saya bersama dengan beberapa pegawai JPWPKL telah menghadiri Kursus di PD. kami menginap di salah sebuah appartment iaitu AnCasa PD.

Saya menginap di tingkat 4 dengan 2 orang lagi pegawai Jabatan. Permandangan dari jendela bilik saya.

Tak banyak yang menarik kerana di hadapan saya hanya belukar yang belum diterokai, entah bilalah nasib dia akan berubah menjadi gersang apabila manusia memulakan projek mereka nanti.

17 September 2014

Flu Kucing (Cat Flu)

Penyakit flu sering terjadi pada kucing, terutama pada kucing yang belum divaksinasi dan mudah sekali menular kepada kucing lain. Penyakit ini jarang menyebabkan kematian pada kucing dewasa tetapi dapat berakibat fatal bila menyerang anak kucing.

Meskipun pada kucing dewasa jarang berakibat fatal, gejala-gejala penyakit seperti pilek dan bersin-bersin dapat berlangsung cukup lama. Oleh karena itu pencegahan dengan vaksinasi rutin merupakan tindakan terbaik.

Apakah Flu Kucing itu?

Flu kucing adalah penyakit pada kucing yang biasanya disebabkan oleh infeksi satu atau kombinasi beberapa virus (virus herpes dan virus calici) dan bakteri.

Bagaimana cara penularan Penyakit ini ?

Sepertihalnya penyakit flu pada manusia, flu kucing juga menyebar melalui air liur,cairan bersin/droplet yang mengandung virus. Droplet ini tersebar melalui bersin, kontak langsung atau tidak langsung melalui peralatan (tempat makanan, minuman, kandang,dll) yang tercemar virus. Kontak tidak langsung juga dapat terjadi melalui sentuhan manusia, oleh karena itu cucilah tangan dengan sabun/antiseptik setelah memegang kucing sakit agar tidak menulari kucing lain.

Masa inkubasi penyakit ini dapat mencapai 3 minggu, artinya kucing bisa saja tidak menunjukkan gejala sakit flu hingga 3 minggu sejak virus menyerang. Selama 3 minggu tersebut kucing bisa saja menyebarkan virus, meskipun tidak terlihat sakit.

Bagaimana tanda-tanda kucing terserang Flu ?

Gejala flu kucing mirip seperti flu pada manusia. Di awali dengan bersin-bersin bekelanjutan, demam, nafsu makan berkurang atau hilang sama sekali, lemah, lesu, diikuti dengan batuk, mata merah dan berair. Tanda-tanda penyakit biasanya mulai berkurang setelah 7 hari dan kembali ke kondisi semula dalam 2-3 minggu. Pada beberapa kasus, penyakit ini dapat menyebabkan semacam sariawan pada mulut dan menyebabkan kucing kesakitan bila makan.

Apakah Flu kucing menular pada manusia ?

Tidak. Virus flu pada kucing berbeda dengan virus flu yang menyerang manusia.

Apakah flu kucing dapat diobati ?

Sayangnya hingga saat ini belum ada obat untuk flu kucing. Segera temui dokter hewan bila gejala penyakit ini terjadi pada kucing Anda. Pemberian obat-obatan seperti antibiotik lebih bersifat mencegah infeksi sekunder yang disebabkan oleh bakteri. Obat-obat lain yang diberikan biasanya bertujuan untuk mengurangi gejala flu seperti menurunkan panas, melegakan pernafasan dan menghilangkan lendir saluran pernafasan yang berlebihan. Selebihnya sangat tergantung pada sistem kekebalan tubuh kucing itu sendiri.

Pada kucing dengan kondisi dan gizi yang bagus, penyakit flu ini akan sembuh sendiri dalam waktu 2-3 minggu. Meskipun kucing tidak mau makan, usahakan ada makanan yang masuk ke dalam tubuh dengan cara disuapi, agar kucing tersebut tetap mempunyai energi dan nutrisi yang baik untuk memerangi virus flu.

Apakah Kucing yang terserang Flu dapat kembali sehat ?

Biasanya kucing yang terserang flu kembali sehat dalam beberapa minggu. Pada beberapa kasus infeksi dan gejalanya berlangsung lebih lama, Kucing terlihat selalu bersin-bersin dan pilek selama beberapa bulan. Hal ini dapat menyebabkan kondisi kucing kurang baik dan mudah terserang penyakit lain.

Perlukah diberi vitamin atau suplemen ?

Vitamin dan suplemen dapat membantu meningkatkan kondisi dan sistem kekebalan tubuh kucing yang sedang sakit. Konsultasikan dengan dokter hewan vitamin/suplemen yang cocok beserta dosisnya.

Apakah Vaksinasi dapat menyembuhkan kucing yang sakit flu ?

Vaksinasi lebih bersifat pencegahan.Vaksinasi rutin tidak 100 % melindungi kucing dari penyakit. Pada kucing yang rutin divaksinasi, meskipun terserang flu biasanya tidak parah dan lebih cepat sembuh. (drh. Neno WS)

Sumber: Kucingkita.com

16 September 2014

Selamat Menyambut Hari ATM


Hari Angkatan Tentera terasa dekat dengan saya . . maklumlah saya anak tentera, dalam keluarga saya 2 adik saya berkhidmat dengan ATM. Saya sendiri berkhidmat dengan Kementerian Pertahanan pun hampir 30 tahun dan saya adalah bekas askar wataniah.

Saya dilahirkan dalam kem tentera dan dibesarkan di banyak kem tentera di Singapura dan Malaysia. Kehidupan yang penuh dengan disiplin.

Kepada semua para tentera Malaysia se;lamat menyambut hari ATM semuga maju jaya. Terima kasih atas jasamu yang tak mungkin kami lupakan.

Selamat Hari Malaysia


Saya mengucapkan selamat menyambut hari Malaysia dan semoga perpaduan negara ini dapat dipertingkatkan. Jangan cari pasal kerana kita hidup dalam berbilang kaum.... sedik isu boleh memecah belahkan negara dan lihat contoh negara lain yang tidak aman di mana rakyat mereka hidup susah dan sentiasa dalam ketakutan.

Semua kaum ada hak untuk hidup aman damai dan usah fikirkan untuk merampas hak kaum-kaum lain. Kita berkongsi dan hidup ikhlas.... jangan tikam belakang kawan!!!!

15 September 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran AIn


Ain, selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Untung Ain setiap tahun seluruh rakyat Malaysia bercuti kerana secara kebetulan juga hari tersebut adalah hari Malaysia. Pada hari tersebut juga adalah hari Ulang Tahun ATM. 

Semoga Ain dan keluarga diberikan keberkahan oleh Allah swt, dipanjangkan umur dengan rahmat dan berkat, dimurahkan rezeki yang halal dan kebahagian di dunia dan di akhirat. 


13 September 2014

Cara mencegah jangkitan FIP

Ini satu lagi artikel mengenai FIP, semoga ianya boleh membantu kita untuk mencegah FIP dari menjangkiti kucing-kucing kita.

FELINE Infectious Peritonitis (FIP) atau jangkitan peritonitis kucing adalah virus berbahaya dan merupakan kes yang kerap dilaporkan.

Virus ini berpunca daripada sejenis virus lain iaitu virus korona.

Semua kucing memiliki virus korona dalam badan, namun ia tidak berbahaya kecuali virus berkenaan bermutasi dan berubah menjadi FIP.

Terdapat dua jenis FIP iaitu basah dan kering. Bagi jenis basah, akan berlaku pengumpulan cecair di bahagian dalam abdomen atau paru-paru atau kedua-duanya pada kucing.

Kucing yang diserang FIP jenis basah ini menyebabkannya sukar bernafas atau mencungap, tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan antibiotik, penurunan berat badan, lemah, kurang aktif, tidak bertenaga, demam, hilang selera makan dan perut buncit.

Sementara itu, jenis kering pula akan menyebabkan pembengkakan pada sel-sel di dalam organ kucing. FIP kering agak sukar dikenal pasti memandangkan tanda-tanda serangan tidak jelas.

Ia bergantung pada organ yang diserang, sebagai contoh simptom serangan organ buah pinggang menyebabkan simptom dahaga yang melampau, kerap kencing, penurunan berat badan, muntah-muntah dan gangguan sistem saraf.

Agak sukar untuk mengenal pasti serangan FIP meskipun ada alat ujian makmal yang dihasilkan untuk memeriksa serangan ini, namun peratusan ketepatan agak meragukan.

Walaupun ujian dilakukan dan hasilnya negatif, belum pasti kucing berkenaan bebas FIP. Jika keputusan positif, tidak bermakna haiwan belaan tersebut dijangkiti FIP.

Sebenarnya FIP tidak mempunyai rawatan spesifik dan kebanyakan kucing yang dijangkiti virus ini akan mati.

Jika kucing dijangkiti FIP masih hidup, veterinar akan memberi tunjuk ajar kaedah terbaik bagi membantu memanjangkan hayat haiwan tersebut.

Jarang ada kucing yang terselamat selepas dijangkiti FIP dan jika masih hidup sekalipun, haiwan belaan ini akan menjadi pembawa virus aktif dan berpotensi menjangkiti kucing-kucing lain.

Meskipun ada vaksin khas bagi mencegah FIP tetapi keberkesanannya masih samar-samar. Bahkan, penggunaannya belum digalakkan memandangkan ia belum stabil.

Bagi mencegah FIP, beberapa panduan perlu diikuti seperti:

a.   Menempatkan kucing-kucing di dalam rumah

b.   Memastikan kucing diberi suntikan vaksin asas bagi membantu meningkatkan ketahanan badan dan kuarantin kucing jalanan daripada bergaul dengan kucing-kucing sedia ada.

c.   Jadualkan pemeriksaan fizikal berkala untuk kucing-kucing

d.   Peka dengan sebarang perubahan sifat dan fizikal kucing

e.   Memastikan rumah dan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan akhir sekali

f.   Simpan nombor telefon klinik veterinar untuk rujukan sewaktu kecemasan.

Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo

12 September 2014

Feline Infectious Peritonitis

Sejak akhir-akhir ni saya banyak terbaca mengenai kucing-kucing yang mati kerana penyakit kucing seperti feline infectious peritonitis (FIP). Saya bimbang dan memang tidak ada pengetahuan mengenai FIP ni. Saya nak berkongsi sedikit pengetahuan penyakit ini yang saya ambil dari http://id.wikipedia.org/wiki/ Feline_infectious_peritonitis.

Feline infectious peritonitis atau radang selaput rongga perut dan dada pada kucing (disingkat FIP) adalah suatu penyakit pada kucing berakibat kematian yang sering mempengaruhi lapisan dada dan perut yang dapat menular dan disebabkan oleh Feline Coronavirus (FCoV), yaitu Feline Enteric Coronavirus (FECV) dan Feline Infectious Peritonitis Virus (FIPV).

Bentuk penyakit

Penyakit ini bermanifestasi dalam dua bentuk, yaitu basah (wet) dan kering (dry). Tipe basah menyebabkan sekitar 60-70% dari keseluruhan kasus penyakit ini dan lebih ganas dari tipe kering. Bentuk penyakit yang muncul sangat tergantung pada reaksi kekebalan tubuh kucing. Jika kekebalan tubuh bereaksi cepat, biasanya yang muncul adalah tipe kering. Sebaliknya, jika kekebalan tubuh lambat bereaksi, maka tipe basah yang muncul.

Pada saat respon kekebalan tubuh cukup kuat, gejala penyakit ini dapat tidak muncul tetapi kucing dapat menjadi pembawaan dan dapat menularkan virus selama beberapa tahun hingga kekebalan tubuhnya berkurang sedikit demi sedikit. Seiring dengan berkurangnya kekebalan, penyakit akan semakin berkembang hingga timbul gejala sakit dan akhirnya menyebabkan kematian.
Statistik kejadian

Ada dua strain virus penyebab penyakit ini, yaitu FcoV-1 dan FcoV-2, sekitar 85% penyakit FIP disebabkan oleh strain pertama. Kejadian penyakit FIP sekitar 1% dari total kucing sakit yang dibawa ke dokter hewan untuk diobati.

Penyakit ini biasa menyerang kucing, terutama kucing-kucing di penampungan hewan, dimana terdapat sejumlah besar kucing dewasa dan anakan hidup bersama. Diperkirakan sekitar 10-20% kucing pada tempat-tempat yang positif mengandung FECV, terinfeksi FIP. Sekitar 2% kasus penyakit terjadi pada pemeliharaan kucing kurang dari tiga ekor.
Penularan

Kucing sehat dapat tertular melalui kontak langsung dengan kucing yang terinfeksi atau kotorannya. Kucing yang terinfeksi menyebarkan virus melalui liur dan kotoran. Penularan terutama terjadi melalui kontak kotoran dengan mulut, lainnya melalui liur atau lendir saluran pernafasan.

Virus FIP dapat bertahan hidup selama 2-3 minggu dengan suhu ruangan pada permukaan kering, termasuk pada peralatan makan kucing, mainan, kotak kotoran (litter box), tempat tidur, pakaian kucing atau bulu kucing. Induk yang pembawaan dapat menularkan virus ke anaknya. Menurut para ahli, kucing jarang tertular virus FIP secara langsung. Sebagian besar penyakit FIP yang terjadi diduga berasal dari mutasi FECV yang memang banyak terdapat pada pencernaan kucing dan relatif tidak berbahaya.
Gejala

Sebagian besar kucing yang terinfeksi tidak menunjukkan gejala yang nyata, tetapi sebenarnya virus tetap berkembang di dalam tubuh. Setelah kontak, virus mulai berkembang di tenggorokan dan usus halus kucing. Kemudian pindah ke paru-paru, perut dan menyebar diseluruh usus. Sekitar 1-10 hari kemudian virus sudah dapat ditularkan ke kucing lain. Selama infeksi ini, gejala yang muncul dapat berupa bersin-bersin, mata berair, lendir hidung yang berlebihan, diare, berat badan berkurang, lemah dan lesu. Gejala yang muncul dapat juga tidak spesifik, seperti hilangnya nafsu makan, depresi, rambut kasar dan demam.

Pada bentuk basah terjadi akumulasi cairan di rongga perut dan rongga dada, menyebabkan menyebabkan pembengkakan daerah perut (biasanya tanpa rasa sakit) disertai kesulitan bernafas. Sedangkan, pada bentuk kering, cairan yang menumpuk relatif sedikit dan gejala yang muncul tergantung organ yang terinfeksi virus. Sekitar setengah dari kasus bentuk kering, menunjukkan gejala radang mata atau gangguan syaraf, Fseperti lumpuh, cara berjalan yang tidak stabil dan kejang-kejang. Gejala lainnya dapat berupa gagal ginjal atau pembengkakan hati, depresi, anemia, berat badan berkurang drastis, gangguan pankreas dan sering disertai demam. Gejala lain berupa muntah, diare & icterus (warna kekuningan pada kulit dan selaput lendir).
Pengobatan

Sampai saat ini belum ada obat untuk menyembuhkan penyakit ini. Pengobatan yang ada masih berupa pengobatan dukungan untuk mengurangi gejala dan mengurangi rasa sakit kucing. Kucing yang sakit dapat bertahan hidup 1 minggu-1 tahun tergantung kekebalan tubuh dan keparahan penyakit.
Pencegahan

Jagalah kebersihan kandang & peralatan kucing. Jangan lupa untuk mencucinya dengan sabun, deterjen atau desinfektan. Bahan yang murah meriah & cukup efektif adalah larutan kaporit atau pemutih +3%. Jagalah juga kesehatan kucing dengan pemberian nutrisi yang cukup dan baik.

Vaksin FIP pertama digunakan tahun 1991 di Amerika Serikat. Sampai saat ini efektivitas vaksin masih diperdebatkan. Sampai saat ini Vaksin FIP belum tersedia di Indonesia.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Feline_infectious_peritonitis

10 September 2014

Dari Jendela - Duta 1 JPWPKL

Permandangan dari pejabat saya di JPWPKL. Permandangan ini adalah dari tingkat tertinggi di Jabatan kami. Yang sebenarnya bangunan utama jabatan ini bukannya tinggi sangat pun.

3 blok di hadapan tu adalah bangunan Jabatan Hasil yang terletak di Komplek Kerajaan Jalan Duta, manakala kelihatan padang kecil di hadapan sebuah dewan yang kelihatan sangat kecil dalam kompoun Jabatan.

Cantiknya langit yang bewarna biru yang menunjukkan panasnya pada masa ini.

08 September 2014

Makan Tengahari Selepas Lawatan Ke KIP

Unit saya sedang melaksanakan gerak gempur KIP, setiap minggu kami akan keluar untuk membuat lawatan mengejut di beberapa KIP yang dipilih atas aduan pelanggan.

Kebanyakan KIP kami tidak mempunyai lif, jadinya terpaksalah kami menaiki tangga. Penatnya Allah saja yang tahu.

Kadang kala kami bertugas sehingga waktu rehat dan terpaksa mencari makan di luar. 

06 September 2014

FAKTA YANG MAHASISWA HARI INI KENA TAHU MENGENAI MAHATHIR DALAM SISTEM PENDIDIKAN!

1.   Ketika Tun M jadi Menteri Pendidikan pada 1974, Tun M mengubah model pendidikan kita dari British kepada model pendidikan Jerman.

2.   Kenapa Jerman? Jerman lebih kepada hands on dan praktikkan sesuatu yang kita belajar. Tun berpendapat kita buktikan dengan cara yang lebih jelas dgn buat kerja itu sendiri. Sebab itu orang Jerman lebih cekap dalam bidang kejuteraan.

3.   Tun M berkata Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya berubah ke arah itu. Kita lebih menjurus kepada teori, peperiksaan bertulis tanpa buktikan kebolehan secara praktikal.

4.   Pada 4 tahun terakhir pemerintahan Tun, 7 buah kolej universiti telah ditubuhkan semua nya atas hasratnya ikut model pendidikan jerman (hands on or praktikal basis).

5.   Tahukah anda bahawa Tun M juga mewujudkan dan menekankan subjek Tamadun Islam dan kenegaraan?

6.   Tun M berkata subjek Tamadun Islam sangat penting malah tujuan beliau juga mahu orang bukan Islam mengenali agama Islam yang sebenar BUKAN agama Islam yang ditafsirkan oleh orang tertentu.

7.   Tun M berkata mereka (orang bukan islam) boleh memahami Islam dan tidak perlu berasa takut dengan Islam dan orang Islam pula akan lebih faham asal usul mereka.

8.   Tun juga dapati orang yang belajar agama tak banyak yang tidak belajar sejarah Islam dan kekurangan itu perlu diatasi.

9.   Tun M juga memperkenalkan Sekolah Wawasan. Beliau cadang kerana beliau melihat pelajar sekolah sekolah terpisah antara kaum.

10.  Sekolah wawasan Tun cadangkan gabungkan tiga sekolah dalam satu kampus.

11. Tapi aktiviti tertentu kena bersama mcm sukan perhimpunan dan waktu rehat dan Tun berpendapat ia baik utk.negara kita.

12. Tun juga perkenalkan PPSMI dan ianya dimansuh pada zaman penggantinya.

13. Ketika zaman Tun lagi MCA juga dan kaum Cina sangat menentang idea sekolah wawasan.

12. Tun M Berkata orang cina menentang secara emosi seolah2 anak mereka tak boleh bercampur dengan anak orang lain.

13. Tun M juga berkata mereka seolah anggap kita inferior(lebih rendah) dan beliau tak boleh hal itu.

14. Dari segi pragmatism, ini cara terbaik. Kalau mgkin tak boleh tutup sekolah berasaskan kaum. Sekolah wawasan adalah yang terbaik.

15. Hanya MCA dan kaum Cina menolak dan sebab itu Sekolah tamil boleh campur dengan sekolah kebangsaan dalam satu kampus.

16. Tun juga berkata kebanyakan orang India lebih suka hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan dan mereka tak ada masalah utk tidak diadakan sekolah vernakular Tamil tapi lagi suka kalau dekat sekolah kebangsaan ada subjek mengajar bahasa Tamil.

17. Tun M juga menegaskan bahawa kalau kita baca Quran dan hadis2 sahih , kita akan dapati Al Quran itu cukup baik , cukup pragmatik dan cukup sesuai di mana2 zaman.

18. Yang menjadi masalah ialah tafsiran yang dibuat. Tafsiran ini pula ditumpukan kepada form(bentuk) bukan substance (isi).

19. Tun M juga antara yang cadangkan wujudkan Akta Universiti dan Kolej Universiti kerana ketika zaman beliau jadi Menteri pelajaran, dia dapati mahasiswa melayu lebih tertumpu kepada demonstrasi.

20. Kerajaan habis banyak guna duit rakyat tanggung mereka di universiti utk belajar bukan berdemonstrasi dan berpolitik. Ini sangat membazir dan tak hargai pelaburan tersebut.

Sumber: fb Kelab Che Det

05 September 2014

Apa Yang Israel Menang Atas Palestin

Izzat Al-Risyq Ahli Biro Politik HAMAS berikan kenyataan berikut:

1.   Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.

2.   Musuh tidak berjaya mencapai apa-apa objektif yang mereka telah nyatakan pada awal peperangan, sebaliknya pejuang Gaza telah berjaya dalam operasi bertahan, menggegarkan kawasan mereka dan melakukan satu pukulan yang kuat ke atas mereka.

3.   Zionis adalah pihak yang memulakan peperangan ini, tetapi pejuang mampu bertahan dan di belakang mereka ialah rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.

4.   Gencatan senjata tidak bermakna kami akan mengurangkan tuntutan rakyat kami dengan apa jua situasi, bahkan peperangan ini ialah satu bentuk perpaduan antara rakyat kami dan juga para pejuang. Kerjasama ini akan berterusan sehinggalah kami berjaya mencapai seluruh tuntutan kami.

5.   Di sebalik kesakitan dan pengorbanan, peperangan ini melambangkan satu roh semangat yang ditunjukkan oleh rakyat kami dan menunjukkan ketabahan yang telah dibina bersama para pejuang. Inilah rahsia strategi yang mampu mengalahkan penjajah Zionis dan mencapai kebebasan dan kepulangan kami ke tanah Palestin yang sedang dijajah oleh mereka.

6.   Apa yang telah berlaku dalam peperangan pada kali ini akan menjadi satu batu asas ke arah melengkapkan perjuangan kami mendapatkan hak-hak rakyat kami secara keseluruhan tanpa ada sebarang pengurangan.

7.   Kami mempunyai kemampuan dan faktor-faktor kekuatan moral dan ketenteraan yang mampu menyebabkan kami berterusan berusaha mendapatkan kembali hak-hak rakyat kami yang dirampas oleh Zionis.

8.   Kami akan sentiasa menjadi pelindung kepada anak watan dan rakyat kami serta hak-hak yang sepatutnya. Kami akan berterusan meneruskan kebangkitan ini sehinggalah kami berjaya mencapai kejayaan.

Sumber: Aman Palestin

03 September 2014

Bunting dan Beranak SiComel

Keluarga saya memelihara kucing sejak lama dulu. Ikut ayah saya dia juga memelihara kucing semasa dia masih lagi bujang. Dan kini saya mempunyai 9 ekor kucing.

Bermula dengan Smoky aka Oky yang saya ambil dari belakang rumah adik saya di Kota Tinggi semasa dia berusia lebih kurang 3 bulan. Oky dibuang semasa dia kecil, Kesian melihat anak kucing yang dibuang tanpa belaan. Oky akhirnya hidup sihat dan melahirkan anak sebanyak 2 kali dengan 7 ekor anak. Rasanya Oky kurang sihat kerana semasa melahirkan anak kali ke2 dia tak mampu lakukan sendiri. Apa lagi saya bantu dia dan alhamdulillah anak-anaknya sihat.

Oky bersama anaknya yang baru lahir
Pada kelahiran pertama Oky, saya tak ambil kisahpun tentang perkara mengenai bunting Oky, tetapi semasa kelahiran keduanya saya benar-benar bimbang apabila Oky mengalami sesak nafas atau lelah. Jadi saya mengambil langkah untuk mengetahui serba sedikit hal bunting dan kelahiran kucing.

Pada kebiasaanya selepas dari mating kucing lebih kurang 2 hingga 3 hari, akan berlakunya pensenyawaan antara kucing jantan dan betina, Untuk memudahkan pengiraan tempoh bunting kucing anda, maka catatkan di kalendar. Kucing biasanya bunting dalam tempoh 60 hingga 65 hari. Maka anda boleh bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga anda.

Oky telah melahirkan anak pertamanya selepas 62 hari dan kelahiran ke2nya selepas 65 hari. Alhamdulillah kesemua anak-anaknya sihat dan kini membesar dengan baik.

02 September 2014

MALAIKAT YANG MENGUNJUNGI ORANG SAKIT

Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu pada saat sehat dan pada saat waktu senangnya.” Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili.

Dalam hadist yang lain Rasulullah saw bersabda: Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya. Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah swt tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba mukmin.

Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : "‘Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaanKu jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut.” Dengan ini, maka kelak pesakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Wallahu a'lam bishawab

Dari : Oase Spiritual 2 Hikmah dalam Ujaran & Kisah (Disadur dari Kitab Klasik Al Mawa'izh al Ushfuriah)

Semoga kisah ini dapat memberi hikmah dan manfaat bagi kita semua... Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabbal'alamin..