Bermula dengan Smoky aka Oky yang saya ambil dari belakang rumah adik saya di Kota Tinggi semasa dia berusia lebih kurang 3 bulan. Oky dibuang semasa dia kecil, Kesian melihat anak kucing yang dibuang tanpa belaan. Oky akhirnya hidup sihat dan melahirkan anak sebanyak 2 kali dengan 7 ekor anak. Rasanya Oky kurang sihat kerana semasa melahirkan anak kali ke2 dia tak mampu lakukan sendiri. Apa lagi saya bantu dia dan alhamdulillah anak-anaknya sihat.
Oky bersama anaknya yang baru lahir |
Pada kelahiran pertama Oky, saya tak ambil kisahpun tentang perkara mengenai bunting Oky, tetapi semasa kelahiran keduanya saya benar-benar bimbang apabila Oky mengalami sesak nafas atau lelah. Jadi saya mengambil langkah untuk mengetahui serba sedikit hal bunting dan kelahiran kucing.
Pada kebiasaanya selepas dari mating kucing lebih kurang 2 hingga 3 hari, akan berlakunya pensenyawaan antara kucing jantan dan betina, Untuk memudahkan pengiraan tempoh bunting kucing anda, maka catatkan di kalendar. Kucing biasanya bunting dalam tempoh 60 hingga 65 hari. Maka anda boleh bersedia untuk menerima ahli baru dalam keluarga anda.
Oky telah melahirkan anak pertamanya selepas 62 hari dan kelahiran ke2nya selepas 65 hari. Alhamdulillah kesemua anak-anaknya sihat dan kini membesar dengan baik.
No comments:
Post a Comment