Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Di sini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan.
Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia.
Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.
James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suami kakaknya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal di jalanan.
James memulakan hidupnya di jalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa dengan tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan Belle yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu James mengatasi ketagihannya.
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya sahaja, namun membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut, tetapi kucing tersebut (kemudian diberi nama Bob) mengekorinya ke mana sahaja dengan setia.
Apabila Bob di sisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaitu A Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen.
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.
Sumber ; fb
No comments:
Post a Comment