FELINE Infectious Peritonitis (FIP) atau jangkitan peritonitis kucing adalah virus berbahaya dan merupakan kes yang kerap dilaporkan.
Virus ini berpunca daripada sejenis virus lain iaitu virus korona.
Semua kucing memiliki virus korona dalam badan, namun ia tidak berbahaya kecuali virus berkenaan bermutasi dan berubah menjadi FIP.
Terdapat dua jenis FIP iaitu basah dan kering. Bagi jenis basah, akan berlaku pengumpulan cecair di bahagian dalam abdomen atau paru-paru atau kedua-duanya pada kucing.
Kucing yang diserang FIP jenis basah ini menyebabkannya sukar bernafas atau mencungap, tidak memberi sebarang tindak balas terhadap rawatan antibiotik, penurunan berat badan, lemah, kurang aktif, tidak bertenaga, demam, hilang selera makan dan perut buncit.
Sementara itu, jenis kering pula akan menyebabkan pembengkakan pada sel-sel di dalam organ kucing. FIP kering agak sukar dikenal pasti memandangkan tanda-tanda serangan tidak jelas.
Ia bergantung pada organ yang diserang, sebagai contoh simptom serangan organ buah pinggang menyebabkan simptom dahaga yang melampau, kerap kencing, penurunan berat badan, muntah-muntah dan gangguan sistem saraf.
Agak sukar untuk mengenal pasti serangan FIP meskipun ada alat ujian makmal yang dihasilkan untuk memeriksa serangan ini, namun peratusan ketepatan agak meragukan.
Walaupun ujian dilakukan dan hasilnya negatif, belum pasti kucing berkenaan bebas FIP. Jika keputusan positif, tidak bermakna haiwan belaan tersebut dijangkiti FIP.
Sebenarnya FIP tidak mempunyai rawatan spesifik dan kebanyakan kucing yang dijangkiti virus ini akan mati.
Jika kucing dijangkiti FIP masih hidup, veterinar akan memberi tunjuk ajar kaedah terbaik bagi membantu memanjangkan hayat haiwan tersebut.
Jarang ada kucing yang terselamat selepas dijangkiti FIP dan jika masih hidup sekalipun, haiwan belaan ini akan menjadi pembawa virus aktif dan berpotensi menjangkiti kucing-kucing lain.
Meskipun ada vaksin khas bagi mencegah FIP tetapi keberkesanannya masih samar-samar. Bahkan, penggunaannya belum digalakkan memandangkan ia belum stabil.
Bagi mencegah FIP, beberapa panduan perlu diikuti seperti:
a. Menempatkan kucing-kucing di dalam rumah
b. Memastikan kucing diberi suntikan vaksin asas bagi membantu meningkatkan ketahanan badan dan kuarantin kucing jalanan daripada bergaul dengan kucing-kucing sedia ada.
c. Jadualkan pemeriksaan fizikal berkala untuk kucing-kucing
d. Peka dengan sebarang perubahan sifat dan fizikal kucing
e. Memastikan rumah dan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan akhir sekali
f. Simpan nombor telefon klinik veterinar untuk rujukan sewaktu kecemasan.
Sumber: http://kosmo.com.my/kosmo

No comments:
Post a Comment