Si anak kucing yang saya temui semasa dia memasuki kelas kami di Masjid Negara pada tahun 2012. Dia jinak dan membuatkan ramai antara kami yang jatuh hati padanya. Dia berlegar-legar di dalam kelas dan saya katakan padanya jika dia ingin bersama saya dia kena tunggu sehingga kelas habis lebih kurang jam 10 malam. Dia tunggu dan balik bersama saya.
Saya namakan dia Miz. Usia Miz pada ketika itu lebih kurang 2 bulan, masih kecil lagi tetapi saya jangkakan dia telah berpisah susu dengan ibunya. Miz adalah kucing betina yang coamel dan manja. Badannya pada masa itu tidak terlalu kurus tetapi rasanya dia kurang makan. Jadi Miz akhirnya menjadi keluarga saya. Kerana Miz sudah biasa dengan kebebasan maka saya biarkan dia lepas bebas. Miz sangat kenal dengan warna kereta saya, kerana setiap kali saya balik kerja dia akan berada di pintu pagar dan tidak sabar-sabar melintas menghampiri kereta saya yang berwarna hitam.
Suatu pagi lebih kurang selepas 3 minggu Miz bersama saya, dia dilanggar oleh sebuah kereta hitam yang mungkin dia sangkakan saya, malangnya kereta itu terus melanggar dia. Ketika Abang Jaafar jiran saya menalipon mengatakan Miz terlah tiada hancur hati saya. Abang Jaafar telah mengebumikan Miz... selamat jalan sayang...
Kini selepas dia tiada dan melihat gambar-gambarnya saya rasa rindu pada dia.
No comments:
Post a Comment