Semasa saya, Ani dan Din membuat pemantauan di Blok Duta 2 saya ternampak seekor kucing hitam yang terlalu amat kurus. Dia terbaring di laluan tangga, kelihatan seperti nyenyak tidur tapi tubuhnya yang terlalu kurus membuatkan saya terfikir bahawa dia kebuluran. Saya panggil dia, dan dia bangun dan terus meletakkan kepalanya di kaki saya.
Sedih yang bukan kepalang melihatkan kelakuan dia, saya dan Din terus merasa sangat sayu, Din juga seorang yang sangat sukakan kucing. Terus saya katakan kepada Din saya perlu bawa balik kucing ini untuk merawat dia bukan untuk memelihara kerana saya sudah ada 9 ekor di rumah.
Saya minta tolong Din dan Nizam untuk sediakan kotak dan ambilkan kucing ini dari Blok 2 ke kereta saya semasa pulang nanti. Alhamdulillah dia masih ada di Blok Duta 2 semasa tamat masa kerja dan saya bawa dipulang. Setiba di rumah selepas keluarkan dia dari kereta, mak terus meletakkan nama dia Si Pungut. Redha jelah Pungut.
No comments:
Post a Comment