Video ini hanya rekaan sahaja menunjukkan bagaimana sekiranya tiba-tiba ajal kita tiba, di mana tempatnya?, bagaimana keadaan kita pada masa itu? dengan siapakah kita? dan apa yang sedang kita lakukan?.
Bila difikir-fikirkan memang rasa takut. Jadi kita kenalah sentiasa bersedia jika Malaikat Izrail tiba-tiba datang menjemput kita mengadap Allah SWT. Bolehkah jemputan itu ditolak dan kita katakan kepadanya "lain kali lah datang" atau "saya tak sedia lagi, datang balik bulan depan boleh!!!" mesti tak boleh sebab masa dia datang pun tiba-tiba sahaja dan selalunya dia tak ketuk pintu dan beri salam.
Semoga Allah menamatkan hayat kita dalam keadaan yang baik dan di sekeliling oleh orang yang kita sayang. Semoga Allah jadikan pusara kita taman-taman di dunia dan di syurga. Semoga pusara kita kerap dilawati oleh orang yang kita sayang dan mendoakan supaya kita tenteram, aman dan gembira di alam sana. Amin
No comments:
Post a Comment