07 March 2012

Malaikat Izrail

Orang Islam wajib mengetahui rukum iman, saya nak tanya kepada kawan-kawan ada berapa rukun iman yang wajib kita percayai. Mudahkan .... Rukun Iman ada 6, dan rukun yang ke 3 itu adalah percaya kepada Malaikat-Malaikat. Soalan seterusnya ada berapa pulak malaikat yang Allah SWT jadikan dan apa tugas-tugas mereka?. Allah menjadikan beribu-ribu malaikat dengan tugas masing-masing dan di antara beberapa malaikat yang Allah tugaskan untuk melaksanakan tugas khusus seperti Malaikat Jibril, Malaikat Riduan, Malaikat Malik, Malaikat Izrail, Raqib dan Atiq dan beberapa malaikat lagi.

Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat malaikat yang utama seperti Jibrail, Mikail dan Israfil. Izrail juga dikenali sebagai malaikat maut kerana tugas khususnya adalah untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT. Petikan dari Wikipedia mengenai Izrail adalah "Izra'il (Bahasa Arab: عزرائیل) ialah nama yang masyhur bagi mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa menurut kepercayaan orang-orang Islam. Perkataan `Izra'il dipercayai berasal daripada bahasa `Ibrani atau Hebrew yang bermaksud hamba Allah. Nama `Izrail tidak pernah disebutkan di dalam Al-Qur'an atauhadis sebaliknya mala'ikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa dipanggil (Malaikat Maut) Malaku l-Mawt(ملك الموت). Bagaimanapun, malaikat maut ini juga dikenali sebagai Izrail dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris sebagai Izrail, Izrael, Azrael, Azrail, Azraille, atau Ozryel. Secara harafiah terjemahan namanya membawa erti yang dibantu oleh Tuhan (Whom God Helps). "

Allah menjadikan malaikat dalam beberapa bentuk sama ada elok atau teruk rupa parasnya bergantung kepada tugasnya. Allah mencipta Malaikat Izrail dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail sama ada dari segi wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih. Di riwayatkan bahawa dari kepala hingga kedua telapak kaki Iztail berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitik pun akan jatuh melimpah. Jika dibayangkan dengan skiala dan akal fikiran manusia saiz Izrail memang besar dan jika dia daang menjemput kita dengan saiz ini tentu sekali kita akan terkejut yang amat sangat.

Diriwayatkan juga ketika Allah SWT mencipta Al-Maut dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkatalah Malaikat Izrail: "wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menerang dan menyingkapkan rahsia Al-Maut itu. lalu Allah SWT memerintah seluruh malaikat untuk menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Bagaimana pulak dengan kita nanti?

Setelah para malaikat sedar kembali, mereka pun
bertanyalah: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu". Kemudian Allah SWT berfirman: "Hai Izrail, ambillah Al-Maut itu, dan Aku telah menyerahkannya kepada mu". Maka malaikat Izrail pun berkata: "Ya Tuhanku, apa dayaku untuk mengambilnya sedangkan ia lebih agung dari ku". Kemudian Allah SWT memberikan kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.

Setelah itu Al-Maut berkata: "Ya Tuhanku, izinkanlah aku untuk berseru di dalam langit sekali sahaja". Maka, setelah diizinkan, berserulah ia dengan suara yang amat keras: "Aku ini adalah Al-Maut, tugasku sebagai pemisah orang yang saling mencintai. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan antara anak dan ibunya. Aku adalah Al-Maut, tugasku memisahkan saudara lelaki dan wanita. Aku adalah Al-Maut, tugasku menghancurkan bangunan rumah dan gedung-gedung, Aku adalah Al-Maut, tugasku meramaikan kuburan. Aku adalah Al-Maut, tugasku mencari dan mendatangi kamu semuanya, walaupun kamu berada dalam lapis benteng yang amat kuat. Dan tiada satupun makhluk yang tidak merasakan kepedihanku".

Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah SWT sehingga arah barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya sebagaimana keadaan seseorang yang sedang menghadapi sebuah meja makan yang dipenuhi dengan pelbagai macam makanan yang siap untuk dimakan. Ia juga boleh membolak-balikkan dunia sebagaimana kemampuan seseorang boleh membolak-balikkan wang syilling.

Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ianya akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan Dialah yang mempunyai kuasa tertinggi di atas hambaNya. Dan diutusNya, padamu malaikat-malaikat penjaga. Sehingga apabila datang kematian pada salah seorang di antaramu lalu ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat Kami, dan malaikat-malaikat Kami itu tidak melalaikan kewajipannya." (Al-An 'un: 61)

Wallahu'alam.

No comments: