Betullah kata-kata pujangga dari pelbagai bangsa bahawa manusia dan haiwan memang boleh bersahabat, malahan haiwan seperti anjing dan kucing dijadikan teman bagi orang-orang kurang upaya. Begitu juga dengan anak kecil ini menjadikan anjing sebagai sahabatnya, bagai diajar anjing tersebut sentiasa menghulurkan bantuan setiap kali anak kecil ini melakukan aktivitinya.
Cuba tanya pada diri kita, adakah kita layak digelar sahabat - yang membolehkan orang lain bergantung sedikit kepada kita terutamanya apabila mereka dalam kesusahan. Adakah suara hati fitrah kita sentiasa menolak permintaan bantuan orang, jawapannya tidak sama sekali kerana Allah menjadikan hati fitrah manusia sebagai lembut, bertimbang rasa dan tidak kesampaian untuk membiarkan keburukan berlaku. Tetapi malangnya suara hati fitrah seseorang kadang-kadang semakin lenyap dan hampir-hampir hilang. Tidak mustahil jika ada insan yang tidak perasan akan ujudnya suara hati fitrah masing-masing.
Duhai sahabat-sahabatku cuba lihat dalam diri kita - di manakah suara hati kita????
No comments:
Post a Comment