Saya bukan kurang minat pada politik negara, bukan pula kurang ambil tahu tentang perjalanannya politik itu, tetapi saya lebih minat pada perpaduan Melayu itu sendiri. Selepas dicongak dan dikira, berapa kerat sangat orang Melayu yang tinggal jika semuanya bersatu dalam ideologi politik mereka masing-masing. Kini negara kita mempunyai 3 parti yang besar yang dianggotai oleh orang Melayu, bolehkah kita kuat jika kita berpecah - kata orang tua buat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita bermuafakat. Memang benar ramai dan boleh dikatakan fitrah manusia untuk hidup senang dan kaya dan parti politik merupakan jalan yang mudah untuk mencapai hsrat tersebut. Mungkin ini menjadikan setiap orang tercari-cari parti manakah boleh melonjakkan mereka bagi mencapai hasrat tersebut.
Cuba lihat perjuangan orang Melayu awal dulu, secara spesifik selepas semasa penjajahan British. Pejuang-pejuang tersebut seperti Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Mat Kilau dan sahabat-sahabat mereka yang lain. Perjuangan mereka jujur dan ikhlas, mereka memperjuangkan Islam dan Melayu walaupun nyawa mereka sebagai galang ganti. Bandingkan pula dengan pemimpin Melayu sekarang (pemimpin Melayu bagi semua parti), sungguh jauh berbeza perjuangan dan pemilikan aset mereka jika dibandingkan dengan pejuangan terdahulu. Yang sangat yakin pada saya, kalau dulu pejuang politik sekarang ini dari golongan rakyat marhain tetapi sebaik sahaja mereka memegang kuasa dalam politik gaya hidup dan aset pemilikan mereka juga makin bertambah dan kehidupan yang sangat berbeza sehingga 360 darjah. Rakyat melihat ini semua dan dalam diam-diam mereka menganggap bahawa politik adalah pejuangan untuk merebut kekayaan peribadi, apakan daya mereka hanya mampu melihat sahaja.
Apa agaknya akan terjadi akhirnya dengan orang Melayu... tunggu dan tengok
No comments:
Post a Comment