22 September 2011

Kedudukan Agama Islam Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa warga Malaysia yang cuba mempertikaikan akan amalan agama Islam seperti azan, membaca Al Quran di masjid dengan menggunakan pembesar suara, pelaksanaan majlis berunsurkan Islam dan sebagainya.

Selaras dengan itu saya saja membawakan undang-undang Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) yang berkaitan:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Oleh yang demikian, jika kaum-kaum lain memahami akan undang-undang ini dan permulaannya negara ini yang dulunya di sebut sebagai Tanah Melayu, adalah dihuni oleh orang-orang Melayu. Di mana orang-orang Melayu ini telah memeluk agama Islam secara berbondong-bondong mengikut jejak Sultan mereka pada ketika itu, Sultan Iskandar Shah atau nama asalnya Parameswara. Sejak zaman itu sehingga kini amalan yang dilakukan adalah serupa dan selama ini belum pernah kaum lain membantah apa tah laku dengan suara yang lantang, kerana pada masa itu kaum-kaum ini sedar bahawa mereka adalah menumpang di Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Itulah yang saya harapkan agar kaum-kaum ini peka akan amalan berkurun dan Perlembagaan Malaysia.

No comments: