Pagi semalam sebelum saya berangkat ke pejabat, Comel masih lagi tidor di atas floor mat di pintu hadapan, jarang dia tidor atas floor mat kalau waktu malam, biasanya dia akan tidor di atas kereta, di cermin hadapan. Walaupun agaknya dia sudah sakit pada masa itu, tapi tak nampak sangat perubahan dia, hanya dia kelihatan malas, biasanya dia bersikap macam tu terutamanya apabila dia sudah kenyang. Pagi tu selepas meletakkan makanan kucing dalam beberapa bekas dan air minuman, aku usap dia, dia menoleh dan pandang sahaja tanpa mengeow.
Aku dah agak dia sakit, tapi mungkin tak berapa teruk, jadi aku berhasrat untuk pulang jam 2 petang untuk bawa dia ke klinik haiwan. Semasa di pejabat, jiran aku Abang Jaafar ada menalipon memaklumkan Comel nampak sangat sakit, jadi jam 3 petang aku pulang ke rumah, sesampai sahaja di rumah, Comel tak ada, aku panggil nama dia tetapi masih dia tak ada. Aku terus ke Masjid Negara kerana malam itu aku ada kelas. Sebalik dari Masjid Negara Comel masih tak pulang ke rumah.
Selepas subuh aku tinjau di luar, Comel masih tak ada, pagi ini aku dah ambil cuti untuk membawanya ke Hospital Vaterina di Cheras. Jam 7 pagi sebaik sahaja aku buka pintu, Comel terbaring di atas floor mat depan rumah. Aku sampai di Hospital Vaterina jam 8.30 pagi. Seakan dia tahu aku cuba selamatkan nyawa dia, sepanjang perjalanan dia diam dan memandang aku terkebil-kebil.
Perawat memaklumkan Comel dihairated (kekurangan air dalam badan) jadi air di masukkan ke dalam tubuh dia 1 setengah pain. Sedikit air dan makanan di masukkan ke dalam mulutnya untuk memberikan tenaga dan menaikkan suhu badan. Disebabkan suhu badan Comel terlalu rendah dia tidak boleh disuntik, jadi antibiotik dimasukkan secara oral.
Bagi menaikkan suhu badannya, beberapa bekas air panas diletakkan di sekeliling tubuhnya, usaha ini juga tidak membantu untuk menaikkan suhu badannya. Lebih kurang jam 10.10 pagi rawatan ke atas Comel selesai, selepas makan ubat aku bawa Comel balik, sepanjang perjalanan Comel gelisah dan berubah tempat duduknya. Tiba di rumah Comel memuntahkan semua ubat dan air. Sebaik sahaja habis muntah Comel terus menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang jam 10.50 pagi.
Sedih melihatkan dia pergi dalam usia yang muda, sebab dalam usia sebegini Comel sangat lincah dan nakal. Aku semadikan dia bersama dengan salah 1 mainan beruang panda yang dia suka lambung untuk temankan dia. Mengikut kata perawat, Comel dijangkiti Viral yang berjangkit. Jangkitan ini dibawa oleh angin dan mungkin kucing di sekitar kawasan ini pernah dijangkiti. Untuk tidak menjangkiti kucing-kucing lain, lantai dan bekas makan kucing dibasuh. Hari Sabtu dan Ahad yang mendatang dah tak ada kucing yang suka mengait kaki aku semasa aku menjemur pakaian dan dia minta masuk ke rumah waktu tengahari untuk tidor dalam bilik berhawa dingin. Kini semuanya tinggal kenangan.
No comments:
Post a Comment