30 September 2011

Legasi Semangat Ayah


Kalau anda melihat kepada nama saya mungkin tak berapa jelas akan nama Melayu, memanglah tak ada orang Melayu dulu-dulu bernama Adnee, apa lagi dengan ejaan ee di hujungnya. Tetapi saya bersama dengan 2 lagi adik saya mempunyai nama ejaan ee di hujung iaitu Azmee dan Ainee. Foto sebelah, saya bersama adik-adik saya Azmee dan Ainee - foto lama mengimbau kenangan lama.

Walaupun nama saya mungkin tak berbau nama orang Melayu, tetapi saya dilahirkan dengan semangat Melayu yang kuat. Saya boleh mengkelaskan diri sendiri sebagai seorang Melayu yang berpatriotik kebangsaan. Saya mendapat semangat ini adalah legasi dari ayahanda saya yang juga seorang pejuang bangsa, walaupun beliau telah bersara dari perkhidmatan, tetapi semangatnya tetap membara sehingga akhir nafasnya. Saya sangat berbangga mempunyai seorang ayah yang kuat semangat dan tak kenal erti mengalah. Di atas adalah foto ayah semasa di dalam angkatan tentera semasa beliau muda remaja.

Saya mewarisi semangat ayah, menjulang Islam agama mulia dan sayangkan bangsa Melayu, bangsa yang pernah berdiri utuh di Nusantara selama 111 tahun. Tetapi yang sebenarnya kini saya agak kurang selesa yang apa yang terjadi kepada bangsa Melayu, terutamanya apabila saya analisi dan membuat kajian sendiri akan kedudukan orang Melayu sekarang. Apa yang bakal tinggal untuk generasi kemudian, terlalu sedikit, adakah salahnya boleh diletakkan kepada kaum yang datang mencari kekayaan di bumi bertuah ini, atau kita patut melihat sendiri kepada diri kita - adakah kita sudah cukup selesa dengan apa yang ada sehinggakan kita dibuai dengan rasa "cukuplah ini, buat apa nak buat itu, dan sebagainya". Jangan bila kita sedar segala hak yang dulunya milik nenek moyang dah terlepas ke tangan yang lain, baru nak timbul kekesalan dan pada masa itu apa daya kita. Ingat sebelum terkena.

Kita boleh kekal di bumi bertuah ini, jika kita bersatu. Memang sukar untuk dibayangkan bagaimana agaknya kalau semua orang Melayu bersatu dan boleh hidup aman kembali seperti dulu-dulu tanpa meletakkan ideologi parti di hadapan. Tapi malangnya boleh ke?... bila agaknya?.... Wahai sahabat-sahabat yang sebenarnya kita sendiri pun hampir-hampir berada dalam kegawatan kekacauan bangsa. Sedihnya bila melihat cerdik pandai, alim ulama yang pandai berkata-kata tapi tak pandai bertindak... orang Melayu ke macam itu? orang Islam ke tu. Cubalah melihat apa yang berlaku kepada banyak negara yang sedang dalam kekacauan, yang rata-rata bukan disebabkan oleh serangan dari luar tetapi kekacauan yang tercetus dari dalam negara. Kalau menang apa yang mereka boleh banggakan - umpama kata peribahasa yang menang jadi arang yang kalah jadi abu, semua pihak akan kerugian. Agaknya banggakan mereka selepas ada nyawa yang melayang.

Fikir-fikirkan dan bertindak mengikut kemanusiaan, semangat bangsa dan keagungan Islam.

No comments: