30 September 2011

Legasi Semangat Ayah


Kalau anda melihat kepada nama saya mungkin tak berapa jelas akan nama Melayu, memanglah tak ada orang Melayu dulu-dulu bernama Adnee, apa lagi dengan ejaan ee di hujungnya. Tetapi saya bersama dengan 2 lagi adik saya mempunyai nama ejaan ee di hujung iaitu Azmee dan Ainee. Foto sebelah, saya bersama adik-adik saya Azmee dan Ainee - foto lama mengimbau kenangan lama.

Walaupun nama saya mungkin tak berbau nama orang Melayu, tetapi saya dilahirkan dengan semangat Melayu yang kuat. Saya boleh mengkelaskan diri sendiri sebagai seorang Melayu yang berpatriotik kebangsaan. Saya mendapat semangat ini adalah legasi dari ayahanda saya yang juga seorang pejuang bangsa, walaupun beliau telah bersara dari perkhidmatan, tetapi semangatnya tetap membara sehingga akhir nafasnya. Saya sangat berbangga mempunyai seorang ayah yang kuat semangat dan tak kenal erti mengalah. Di atas adalah foto ayah semasa di dalam angkatan tentera semasa beliau muda remaja.

Saya mewarisi semangat ayah, menjulang Islam agama mulia dan sayangkan bangsa Melayu, bangsa yang pernah berdiri utuh di Nusantara selama 111 tahun. Tetapi yang sebenarnya kini saya agak kurang selesa yang apa yang terjadi kepada bangsa Melayu, terutamanya apabila saya analisi dan membuat kajian sendiri akan kedudukan orang Melayu sekarang. Apa yang bakal tinggal untuk generasi kemudian, terlalu sedikit, adakah salahnya boleh diletakkan kepada kaum yang datang mencari kekayaan di bumi bertuah ini, atau kita patut melihat sendiri kepada diri kita - adakah kita sudah cukup selesa dengan apa yang ada sehinggakan kita dibuai dengan rasa "cukuplah ini, buat apa nak buat itu, dan sebagainya". Jangan bila kita sedar segala hak yang dulunya milik nenek moyang dah terlepas ke tangan yang lain, baru nak timbul kekesalan dan pada masa itu apa daya kita. Ingat sebelum terkena.

Kita boleh kekal di bumi bertuah ini, jika kita bersatu. Memang sukar untuk dibayangkan bagaimana agaknya kalau semua orang Melayu bersatu dan boleh hidup aman kembali seperti dulu-dulu tanpa meletakkan ideologi parti di hadapan. Tapi malangnya boleh ke?... bila agaknya?.... Wahai sahabat-sahabat yang sebenarnya kita sendiri pun hampir-hampir berada dalam kegawatan kekacauan bangsa. Sedihnya bila melihat cerdik pandai, alim ulama yang pandai berkata-kata tapi tak pandai bertindak... orang Melayu ke macam itu? orang Islam ke tu. Cubalah melihat apa yang berlaku kepada banyak negara yang sedang dalam kekacauan, yang rata-rata bukan disebabkan oleh serangan dari luar tetapi kekacauan yang tercetus dari dalam negara. Kalau menang apa yang mereka boleh banggakan - umpama kata peribahasa yang menang jadi arang yang kalah jadi abu, semua pihak akan kerugian. Agaknya banggakan mereka selepas ada nyawa yang melayang.

Fikir-fikirkan dan bertindak mengikut kemanusiaan, semangat bangsa dan keagungan Islam.

Kenangan Bersama Teman-Teman di Kundasang - Part 1

Saja nak berkongsi beberapa foto saya dengan beberapa teman yang sempat dirakamkan semasa kami sama-sama menghadiri kursus di Kundasang Sabah pada bulan September 2011. Foto ini saya bersama sahabat baik saya Puan Hafisah yang bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Kuala Lumpur.







Foto ini saya bersama Nana Rosdi, Pegawai Tadbir Awam yang bertugas di Kuantan Pahang.
















Bersama dengan Badariah, seorang pegawai yang bertugas di Kementerian Pertahanan.












Bersama teman baik saya, Puan Mazinah Abdullah yang sekarang ini bertugas di JPJ Johor.









Bersama dengan Puan Salmah Ismail, Pegawai di bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan







Saya, Nana dan Hafisah merakamkan gambar kami berlatar belakangkan gunung tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu.

Kobis dan Bunga Kundasang

Kobis yang masih belum cukup besar, mengikut kakitangan di BTN Kundasang, kobis ini boleh besar lagi sehingga saiz bola sepak kalau yang betul-betul sihat. Kalau macam tu tak habis makan seminggu.

Deretan kobis di tanam di tepi pokok bunga dan tepi pagar. Kalaulah boleh kita tanam kobis di KL !!!!!!

Foto-foto bunga ini adalah dari kamera Puan Hafisah, sahabat saya yang juga menghadiri kursus di Kundasang, Sabah.

Bunga-bunga ini rasanya ada ditanam di sekitar kawasan berhawa panas, tetapi ianya tidak secantik dan sebesar bunga-bunga di Kundasang.

Tengok warna kuningnya sangat menyerlah dan berseri.

28 September 2011

Adakah Relaven Melayu Terus Berlembut????

Jangan terkejut dengan tajuk di atas, saya cuba mencari apakah maknanya lemah lembut dalam keperibadian Bangsa Melayu. Semua orang amat memahami bahawa bangsa kita bangsa yang berbudi tinggi, lemah lembut dan sukar untuk mengatakan "tidak".

Umpamanya kalau orang berhutang dengan kita, adakah kita sanggup untuk meminta hutang tersebut atau kita hanya memanjatkan doa kepada Allah supaya sahabat yang berhutang teringat untuk menjelaskannya. Begitu juga bila ada orang yang meminta sesuatu dari kita ... agak sukar untuk kita kata tidak boleh. Agaknya sebab inilah banyak tanah dan aset orang melayu yang lain tergadai. Agak-agaknya berapa banyak sudah tanah yang bertukar tangan????

Sampai bila agaknya, kita hendak terus bersikap begini? Kalau terus-menerus sikap ini diwarisi, nampaknya akan bertambah layulah bangsa melayu ini.

Ayuh... bangun.... sedar.... bangkit dan lakukan sesuatu dari rumah untuk ubah sikap yang nagetif ini. Kalau nak berlemah lembut pun, lihatlah kepada keadaan yang bersesuaian, jangan hentam keromo sahaja.

Akhirnya Comel Pergi Jua

Pagi semalam sebelum saya berangkat ke pejabat, Comel masih lagi tidor di atas floor mat di pintu hadapan, jarang dia tidor atas floor mat kalau waktu malam, biasanya dia akan tidor di atas kereta, di cermin hadapan. Walaupun agaknya dia sudah sakit pada masa itu, tapi tak nampak sangat perubahan dia, hanya dia kelihatan malas, biasanya dia bersikap macam tu terutamanya apabila dia sudah kenyang. Pagi tu selepas meletakkan makanan kucing dalam beberapa bekas dan air minuman, aku usap dia, dia menoleh dan pandang sahaja tanpa mengeow.

Aku dah agak dia sakit, tapi mungkin tak berapa teruk, jadi aku berhasrat untuk pulang jam 2 petang untuk bawa dia ke klinik haiwan. Semasa di pejabat, jiran aku Abang Jaafar ada menalipon memaklumkan Comel nampak sangat sakit, jadi jam 3 petang aku pulang ke rumah, sesampai sahaja di rumah, Comel tak ada, aku panggil nama dia tetapi masih dia tak ada. Aku terus ke Masjid Negara kerana malam itu aku ada kelas. Sebalik dari Masjid Negara Comel masih tak pulang ke rumah.

Selepas subuh aku tinjau di luar, Comel masih tak ada, pagi ini aku dah ambil cuti untuk membawanya ke Hospital Vaterina di Cheras. Jam 7 pagi sebaik sahaja aku buka pintu, Comel terbaring di atas floor mat depan rumah. Aku sampai di Hospital Vaterina jam 8.30 pagi. Seakan dia tahu aku cuba selamatkan nyawa dia, sepanjang perjalanan dia diam dan memandang aku terkebil-kebil.

Perawat memaklumkan Comel dihairated (kekurangan air dalam badan) jadi air di masukkan ke dalam tubuh dia 1 setengah pain. Sedikit air dan makanan di masukkan ke dalam mulutnya untuk memberikan tenaga dan menaikkan suhu badan. Disebabkan suhu badan Comel terlalu rendah dia tidak boleh disuntik, jadi antibiotik dimasukkan secara oral.

Bagi menaikkan suhu badannya, beberapa bekas air panas diletakkan di sekeliling tubuhnya, usaha ini juga tidak membantu untuk menaikkan suhu badannya. Lebih kurang jam 10.10 pagi rawatan ke atas Comel selesai, selepas makan ubat aku bawa Comel balik, sepanjang perjalanan Comel gelisah dan berubah tempat duduknya. Tiba di rumah Comel memuntahkan semua ubat dan air. Sebaik sahaja habis muntah Comel terus menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang jam 10.50 pagi.

Sedih melihatkan dia pergi dalam usia yang muda, sebab dalam usia sebegini Comel sangat lincah dan nakal. Aku semadikan dia bersama dengan salah 1 mainan beruang panda yang dia suka lambung untuk temankan dia. Mengikut kata perawat, Comel dijangkiti Viral yang berjangkit. Jangkitan ini dibawa oleh angin dan mungkin kucing di sekitar kawasan ini pernah dijangkiti. Untuk tidak menjangkiti kucing-kucing lain, lantai dan bekas makan kucing dibasuh. Hari Sabtu dan Ahad yang mendatang dah tak ada kucing yang suka mengait kaki aku semasa aku menjemur pakaian dan dia minta masuk ke rumah waktu tengahari untuk tidor dalam bilik berhawa dingin. Kini semuanya tinggal kenangan.

26 September 2011

Jalur Gemilang Kebanggaan Kita


Jalur Gemilang yang dulunya kita sebut sebagai Bendera Malaysia yang sebenarnya telah ada lama dulu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Bendera yang ketika itu dikenali sebagai Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dicipta oleh seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, iaitu Encik Mohamed Hamzah yang memenangi pertandingan mereka-cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu, Sir Alec Newboult.

Sejarah mencatatkan pada tanggal 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengangkat sejumlah 373 reka bentuk bendera yang diterima dari pelbagai lapisan masyarakat kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pemilihan. Jawatankuasa telah menyenaraipendekkan tiga rekaan iaitu pertama: lambang keris bersilang dikelilingi dengan 11 bintang pecah lima; rekaan kedua mempamirkan reka bentuk yang hampir serupa dengan reka bentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan yang mengelilingi keris bersilang. Manakala rekaan ketiga menampilkan 11 jalur biru putih yang berselang seli dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri. Rekaan ini telah mendapat pilihan majoriti serta diperkenankan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 22 dan 23 Februari 1950.

Walau bagaimanapun sebelum bendera ini kekal seperti adanya sekarang, beberapa pindaan telah dibuat termasuklah menukar warna bulan sabit daripada warna putih kepada warna kuning bagi mewakili warna Diraja. Cadangan ini telah ditihtakan oleh DYMM Sultan Kedah.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. Sejarah mencatatkan pada tepat jam 9.30 pagi tanggal 26 Mei 1950, Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dengan megahnya buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor. Majlis tersebut telah dihadiri oleh wakil-wakil Sultan seluruh Tanah Melayu. Seterusnya bendera ini dijadikan medium dalam penyatuan rakyat negara ini tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Ianya telah dikibarkan bukan sahaja di dalam negara malahan juga di luar negara di mana kerajaan ini terlibat secara langsung.

Namun begitu setelah 47 tahun digelar Bendera Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Bendera Malaysia. Pada tahun 1997 bendera ini diberi nama Jalur Gemilang, majlis disempurnakan semasa sambutan kemerdekaan ke-40.

Pada 11 Julai 1995, Datuk Hashim Mat Idris telah mengusulkan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk memberikan nama kepada Bendera Malaysia. Satu peaduan telah diadakan dan nama Jalur Gemilang telah dicadangkan dan dimenangi oleh seorang pegawai Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti, iaitu Encik Redzuan Tamin dengan menewaskan 28 cadangan nama lain antaranya, Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa, Seri Setia Negara, Malaysia Raya, N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah, Jalur Nusa Gemilang, Jalur Sinar Gemilang dan sebagainya. Pengisytiharan Jalur Gemilang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir, pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Maksud lambang dan warna Jalur Gemilang

Lambang Jalur pada bendera menggambarkan satu laluan lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti rakyat negara ini;

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Jalur Gemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara;

Warna merah pada jalur melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran;

Warna putih melambangkan keluhuran dan keikhlasan;

Warna biru melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai; dan

Warna kuning melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan negara.

Nak Gantikan Jalur Gemilang???????????



Ini antara berita yang saya terima baru-baru ini dan saya jangkakan ramai yang dah tahu mengenai cadangan pembangkang untuk menukar Jalur Gemilang - "Kuala Lumpur: DAP assemblyman for Kota Alam Shah M. Manoharan wants Jalur Gemilang to be replaced with a new flag should Pakatan Rakyat come to power. Manoharan, who refused to fly the Malaysian flag on Malaysia Day today, said his call to replace the national flag is due to its "deficiencies and shortcomings"."

Saya menyeru dan mencabar anak-anak Melayu, jangan duduk diam - berbagai-bagai cara kaum ini timbulkan isu dan masalah yang menyentuh dan bersangkut-paut dengan Islam dan Melayu. Mereka lakukannya dengan strategi bergabung dengan orang Melayu lain. Pastikan bangsa kita memerintah dan terus kekal di Alam Melayu ini, bukankah Melayu itu gagah? tinggal lagi bangsa kita terlalu lama dibuai dengan kemewahan yang tak seberapa dan rasa selesa. Celikkan mata dan lihat sendiri apa yang dah berlaku. Bagi yang cerdik cuba susun kronologi pembangkitan kaum-kaum ini. Jangan leka dan teruskan berjuang.

Kongres Majlis Agama Islam Seluruh Malaysia akan bersidang dan saya jangkakan banyak resolusi yang baik untuk bangsa dan negara akan diputuskan, untuk memperkukuh dan perkuatkan lagi kedudukan Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara/ Negeri yang yang bertanggungjawab memelihara Islam dan orang Melayu.

Jangan lekas melatah dengan terpengaruh dengan omongan kaum yang memang suka melihat keruntuhan Islam dan Melayu. Negara ini adalah warisan dari nenek moyang kita... Sedarlah.....

25 September 2011

Kundasang Kini (2011)

Cantiknya bumi ini dijadikan Allah Taalah, melihat banjaran gunung yang terletaknya gunung tertinggi di Asia, membuatkan saya menjadi lebih kerdil. Maha besarnya Allah dengan kejadiannya yang sempurna. Foto ini diambil dari bas yang bergerak menuju ke Kundasang, Sahdunya permandangan tersebut.


Puncak gunung Kinabalu ditutupi oleh awan, boleh dikatakan setiap awal pagi hingga tengahari puncak gunung akan berawan, sukar bagi kami untuk merakamkan puncaknya yang berbatu-batu tersebut. Dari sini puncaknya nampah agak jelas jika tiada awam.


Banjaran ysng bersambung sehingga ke Gunung Kinabalu, di kawasan kaki banjaran dijadikan ladang sayur oleh penduduk tempatan.


Kawasan kampung didiami oleh penduduk tempatan.

22 September 2011

Kedudukan Agama Islam Di Malaysia

Sejak akhir-akhir ini terdapat beberapa warga Malaysia yang cuba mempertikaikan akan amalan agama Islam seperti azan, membaca Al Quran di masjid dengan menggunakan pembesar suara, pelaksanaan majlis berunsurkan Islam dan sebagainya.

Selaras dengan itu saya saja membawakan undang-undang Malaysia (Perlembagaan Persekutuan) yang berkaitan:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

Oleh yang demikian, jika kaum-kaum lain memahami akan undang-undang ini dan permulaannya negara ini yang dulunya di sebut sebagai Tanah Melayu, adalah dihuni oleh orang-orang Melayu. Di mana orang-orang Melayu ini telah memeluk agama Islam secara berbondong-bondong mengikut jejak Sultan mereka pada ketika itu, Sultan Iskandar Shah atau nama asalnya Parameswara. Sejak zaman itu sehingga kini amalan yang dilakukan adalah serupa dan selama ini belum pernah kaum lain membantah apa tah laku dengan suara yang lantang, kerana pada masa itu kaum-kaum ini sedar bahawa mereka adalah menumpang di Tanah Melayu untuk mencari rezeki. Itulah yang saya harapkan agar kaum-kaum ini peka akan amalan berkurun dan Perlembagaan Malaysia.

21 September 2011

Kongsi Foto Kursus







Melayu Bersatu

Saya bukan kurang minat pada politik negara, bukan pula kurang ambil tahu tentang perjalanannya politik itu, tetapi saya lebih minat pada perpaduan Melayu itu sendiri. Selepas dicongak dan dikira, berapa kerat sangat orang Melayu yang tinggal jika semuanya bersatu dalam ideologi politik mereka masing-masing. Kini negara kita mempunyai 3 parti yang besar yang dianggotai oleh orang Melayu, bolehkah kita kuat jika kita berpecah - kata orang tua buat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita bermuafakat. Memang benar ramai dan boleh dikatakan fitrah manusia untuk hidup senang dan kaya dan parti politik merupakan jalan yang mudah untuk mencapai hsrat tersebut. Mungkin ini menjadikan setiap orang tercari-cari parti manakah boleh melonjakkan mereka bagi mencapai hasrat tersebut.

Cuba lihat perjuangan orang Melayu awal dulu, secara spesifik selepas semasa penjajahan British. Pejuang-pejuang tersebut seperti Tok Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Mat Kilau dan sahabat-sahabat mereka yang lain. Perjuangan mereka jujur dan ikhlas, mereka memperjuangkan Islam dan Melayu walaupun nyawa mereka sebagai galang ganti. Bandingkan pula dengan pemimpin Melayu sekarang (pemimpin Melayu bagi semua parti), sungguh jauh berbeza perjuangan dan pemilikan aset mereka jika dibandingkan dengan pejuangan terdahulu. Yang sangat yakin pada saya, kalau dulu pejuang politik sekarang ini dari golongan rakyat marhain tetapi sebaik sahaja mereka memegang kuasa dalam politik gaya hidup dan aset pemilikan mereka juga makin bertambah dan kehidupan yang sangat berbeza sehingga 360 darjah. Rakyat melihat ini semua dan dalam diam-diam mereka menganggap bahawa politik adalah pejuangan untuk merebut kekayaan peribadi, apakan daya mereka hanya mampu melihat sahaja.

Apa agaknya akan terjadi akhirnya dengan orang Melayu... tunggu dan tengok

20 September 2011

Wadah Warisan Melayu

Kawan-kawan ku mohon aku kepada mu, hayatilah senikata lagu ini, adakah kita yang dimaksudkan atau perlukah kita terus hanyut. Bangun dan sedarlah sayang....


Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.


Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.


Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.


Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.


Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.


Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.


Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara

Apa Dia Melayu

Tak usah bertanyakan kepada orang lain, saya cuba tanyakan pada diri saya sendiri - apakah ertinya perkataan Melayu. Tanpa berfikir saya akan menjawab Melayu itu adalah satu bangsa yang rata-ratanya hidup di Nusantara ini yang bertaburan di beberapa buah negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thai dan sedikit di Kemboja dan lain-lain negara. Di samping itu juga Melayu juga boleh dirujuk kepada satu Bahasa yang dikenali sebagai Bahasa Melayu - yang digunakan di negara-negara seperti di atas kecuali Indonesia di mana bahasa yang digunakan di negara tersebut adalah Bahasa Indonesia asasnya dari Bahasa Melayu (hanya deliknya sahaja yang lain). Sebaik sahaja saya membelik Kamus Dewan rupanya jawapan saya tak lari jauh, di mana dalam kamus tersebut menyatakan perkataan Melayu adalah "nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam;"

Adakah kita terutamanya yang tergolong dalam bangsa Melayu merasa bangga dengan bangsa ini? adakah kita rasa bersyukur apabila dilahirkan dalam bangsa Melayu? sejauh mana pula kita memahami evolusi bangsa dan bahasa ini? adakah kita sedar bahawa bangsa Melayu di Malaysia ini sedang menghadapi ancaman? dan apakah sumbangan kita untuk memastikan ancaman terhadap bangsa ini dapat ditangani dengan bijak? Saya lontarkan rasa hati saya yang gelisah ini kepada semua sahabat-sahabat saya..... Saya dah rasa tidak tertanggung untuk memikul beban rasa gelisah dan bimbang akan keruntuhan bangsa ini. Tetapi memandangkan ancaman yang tidak jelas ini, saya percaya ramai kawan-kawan yang sebangsa dengan saya tidak perasan akan ancaman yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu.

Saya berdoa setiap hari agar bangsa ini akan diselamatkan oleh Allah Taalah walau dengan apa cara sekalipun. Agar bangsa ini akan kekal di dunia ini seribu tahun lagi bagi membuktikan agar Tidak Melayu Hilang Di Dunia. Jangan ada di antara kawan-kawan memikirkan dengan terhapusnya ISA saya berani untuk bersuara dengan lebih lantang, tidak sekali-kali kerana saya sedar masih ada lagi Akta yang mengikat saya iaitu Akta Hasutan. Tetapi ini hanya untuk menyuarakan rasa hati di samping untuk mendapatkan pandangan sahaja. Bukankah ingat-mengingati itu budaya kita supaya kita tidak terus lalai dan leka.

Akhir kata, renungilah pantun ini:

Anak Melayu ketawa suka
Ketawa sambil berlari ke kedai
Kalau kita terlalu leka
Jangan dikesal negara tergadai.