Menjadi amalan Negara Malaysia, pembentangan bajet dilakukan pada Hari Jumaat. Diharap pembentangan ini mendapat semangat dari penghulu segala hari. Semalam (15 Oktober 2010) pembentangan bajet oleh Perdana Menteri (PM) Malaysia, pada pandangan saya bajet tahun ini boleh dikatakan antara bajet yang terbaik disaat dunia menghadapi krisis ekonomi, walaupun tidak dapat dinafikan krisis ini nampaknya akan pulih tetapi tindakan Kerajaan bolehlah "dipuji", namun tindakan pelaksanaannya perlulah dipantau oleh Kerajaan kerana takut peruntukan yang dinyatakan dikaut oleh "segolongan orang" sahaja.
Bajet kali ini membuktikan Kerajaan sedikit sebanyak mendahulukan rakyat, terutamanya rakyat di pendalaman. Pembangunan yang bakal dibangunkan juga nampaknya ke arah pembentukan masyarakat harmoni di samping mencapai hasrat/ dasar Kerajaan yang lain seperti pembangunan wawasan 2020, gaji minimum yang tinggi (saya suka idea ini) dan sebagainya. Shabas!!!!!
Seperti yang saya nyatakan di atas, dalam pelaksanaan untuk memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat, golongan yang terdahulu merasai nikmat bajet ini adalah para kontraktor. Tiba-tiba muncul beberapa persoalan dalam kepala saya. Agak-agaknya siapa/ kontraktor mana yang diberi peluang mendapat kontrak dengan Kerajaan?, Adakah konsep kroni masih diamalkan dalam Kerajaan kita? Desas desus yang saya dengar kini menyatakan bahawa kroni dan/ atau syarikat yang terlibat dengan isteri PM akan mendapat habuan yang banyak atau bagaimana?, begitu juga dengan munculnya beberapa orang kaya yang secara kebetulan menceburkan diri dalam politik. Macam mana Kerajaan nak buktikan bahawa persoalan-persoalan yang ada dalam kepala rakyat dapat dijawab dan Kerajaan mampu pula menterjemahkan segala persoalan tersebut dengan jelas dan telus? cam mana ya?
Pendengar kepada pembentangan ini juga terdiri daripada berjuta pegawai Kerajaan. Apa yang ditunggu-tunggu adalah pengumuman mengenai bonus. Kerajaan mungkin ada sebab tersendiri mengapa bonus perkhidmatan awam tidak dapat diumumkan semalam. Tapi saya dapat rasakan, mungkin ada pegawai Kerajaan yang merasakan kurang puas hati. Memandangkan bilangan pegawai kerajaan yang ramai, ada kemungkinan PM akan terdengar suara-suara yang mempertikaikan beberapa perkara. Jadi agak-agaknya apakah jawapan yang bakal dikeluarkan oleh Kerajaan mengenai perkara ini. Bagi saya sebagai salah seorang pegawai Kerajaan mengambil dua (2) sikap, iaitu tunggu pengumuman selanjutnya dari Kerajaan dengan harapan ada sesuatu untuk kami, kalau tak ade saya dah 'set'kan fikiran saya akan menerima apa sahaja yang diumumkan, dan tindakan kedua saya akan analisis tindakan Kerajaan pada kali ini seiring dengan pendapatan dan perbelanjaan.
Saya yang sebenarnya bukan nak komen Kerajaan, tetapi pada saya apa yang betul pada pandangan saya akan saya puji, tetapi jika tidak betul pada pandangan saya, saya akan cuba dapatkan alasan/ sebab mengapa ianya berlaku. Saya amat maklum bahawa bukan senang nak bangunkan masyarakat, apa tah lagi untuk membawa negara ke ambang negara maju, maaflah, kalau dulu masa pemerintahan Tun Mahathir saya amat selesa menyatakan mungkin kita akan dapat mencapai impinan untuk bergerak ke negara maju, tapi kini entahlah (semoga Allah bersama kita dan mengkabulkan doa-doa kita). Adakah kawan-kawan perasan bahawa kita hanya ada 10 tahun sahaja lagi untuk capai sasaran kita, entahlah...... jadi saya melihat bajet kali ini secara umumnya memang boleh membantu negara untuk mencapai sasaran tersebut, walaupun mungkin hanya diambangnya sahaja. Selepas dari itu kenalah kita bersama-sama buat analisis semula akan kejayaannya atau sebaliknya. ingat tak lagi dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tak berjaya tu, kita buang masa sahaja, saya amat berharap agar Kerajaan mengambilnya sebagai ikhtibar. Kalau nak bincangkan kegagalan DEB takut saya tak dapat tidur lak nanti.
Yang sebenarnya banyak lagi yang saya nak katakan tetapi masa tak pengizinkan. Topik ini merupakan topik yang sangat saya minat.
No comments:
Post a Comment