Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk buat teman-teman yang terlibat secara langsung dengan Audit Dalaman (AD) ISO HATTM. Minggu ini merupakan kali pertama untuk melihat adakah sistem yang dicadangkan dalam Manual Kualiti Kerja, Objektif Kualiti serta Sistem Pemantauan Objektif Kualiti dapat diikut, dapat dikutip datanya dan dipersembahkan dengan bijak oleh Unit/ Jabatan-jabatan terlibat. Semalam Pejabat Tadbir Awam (PTA) mengalu-galukan kehadiran Tim AD yang diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Hussain. Banyak yang ditemui dan kami amat menghargai usaha dan yang dilakukan. Umpama kata pujangga kita perlukan orang lain untuk melihat diri sendiri, bagaikan orang lain itu adalah cermin muka, yang memberikan gambaran positif atau negatif kepada kita.
Sebelum aksesais AD ini dilaksanakan di PTA pada hari semalam. Sehari sebelumnya kami warga PTA bergotong royong untuk menyempurnakan segala keperluan ISO setakat yang mampu. Rupa-rupanya semakin dalam sesuatu perkara itu dilihat, maka semakin banyak usaha pembetulan dan penyempurnaan perlu dilakukan, dengan masa yang terhad, tak banyak yang dapat kami lakukan - hanya melihat fail dan Buku Perkhidmatan sahaja. Malam itu aku yang tak lena tidur, memikirkan cara apa yang terbaik untuk menyempurnakan banyak kerja/ tanggungjawab yang terbengkalai. Di mana silapnya?, siapa yang silap?, siapa yang harus bertanggungjawab dan yang paling utama apa pelan tindakan yang perlu diambil untuk meletakkan semua itu di tempat yang betul (put everything in place) tu kata-kata orang putih yang aku sering dan suka gunakan. Setelah dianalisis, dua (2) kesimpulan utama yang aku dapat, iaitu pertama kerana kekurangan kakitangan, dan kedua kerana Pembantu-Pembantu Tadbir (PT) di pejabat ini membuat kerja yang tak sepatutnya seperti menguruskan tuntutan perjalanan kakitangan lain, menguruskan permohonan cuti kakitangan lain dan mendrafkan surat pelbagai permohonan kakitangan lain sehinggakan tugas hakiki mereka terbengkalai. Tapi yang hairannya tak ramai pulak yang pandai berterima kasih kepada PT-PT ini - agaknya ada yang terfikir bahawa kerja-kerja kebajikan tersebut tugas hakiki PT-PT ini kot?. Kalau itulah fikiran mereka macam mana pulak ada di antara mereka boleh dinaikkan pangkat, kalau perkara semudah itu pun tak mereka tak ketahui, isy.. ish.. ish mushkil la pulak!!!!!!!!!!!!!!!
Baik - Ada beberapa pelan tindakan yang dah ada dalam kelapa aku. Pertama mengenal pasti tanggungjawab dan tugas hakiki PT dan membuat arahan untuk memberhentikan kerja-kerja kebajikan di atas dengan segera. Insyaallah dengan cara ini, PT yang ada dapat menumpukan perhatian mereka kepada tugas hakiki tersebut. Bukan kami tak mahu tolong, tapi kerana staf awam di HATTM ini hampir 260 orang maka, kami dengan bilangan yang kecil tak mampu untuk membantu. Itulah yang bagusnya AD ini, kerana dengan laporan ini kami dapat melihat semula tanggungjawab dan mengambil langkah perubahan dengan lebih tuntas lagi.
Berlanjutan daripada itu, untuk langkah pertama - melalui Mesyuarat Staf Pejabat Tadbir Awam yang diadakan pada 28 Oktober 2010 telah mengambil keputusan untuk menyempurnakan semua Buku Perkhidmatan dan Fail-Fail Peribadi semua pegawai awam HATTM. Semua staf Pejabat Tadbir Awam HATTM diajak untuk berkerjasama melunaskan segala kerja yang terbengkalai ini dengan melaksanakan tugas-tugas tersebut pada hari Sabtu dan bagi beberapa PT yang sanggup untuk melakukannya pada sebelah petang hari kerja biasa, iaitu selepas waktu pejabat. Well, what should I say.... just... very much thanks to all my fellow friends.
Harap sangat kalau ada maklum balas daripada kekawan semua.
No comments:
Post a Comment