Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
31 October 2010
P. Ramlee Dalam Kenangan
Saya baru saja selesai menonton Channel 555 Astro yang menyiarkan dokumentari bertajuk P. Ramlee. Yang mengesahkan suka duka P. Ramlee seniman agung Malaysia mengharungi hidup sebagai anak seni. Dilahir dan dibesarkan di Pulau Pinang tetapi mencipta nama di Singapura, beliau disanjungi dan di hargai serta disayangi oleh ramai peminatnya, pun begitu sebagai manusia beliau tidak terkecuali daripada tidak disukai oleh musuhnya. Terbiasa dengan kehidupan yang menyoronokkan dan bersemangat tinggi pada sebilang masa, beliau menaburkah khidmat dan hasil ciptanya dengan Syarikat Shaw Brothers (banyak kaya itu syarikat). Bagaikan anak emas kepada syarikat tersebut, semua permintaannya dipenuhi. Beliau merupakan pengarah yang berpeluang menggunakan pelbagai peralatan yang moden pada zaman itu. Nah... hasilnya filem-filem yang ditayangkan sangat bernilai dan ada di antaranya masih belum tercabar lagi sekarang. Filemnya yang paling saya suka adalah Nujum Pak Belalang, Laksamana Do Re Me, Antara Dua Darjat, Madu Tiga dan Keluarga 69 (jangan marah aaaa....)
Sebaliknya apabila P. Ramlee terpaksa balik ke Malaysia, dia bagai tidak disambut oleh bangsanya sendiri, dia dijauhi, dinafikan hak dan yang paling menyentuh hati saya adalah apabila dia tidak dibantu, walaupun pelbagai usaha dan orang/ organisasi yang dikunjunginya untuk meminta sokongan dan bantuan. Hasratnya untuk memertabatkan lagu, kisah hidup dan tamaddun Melayu melalui filem-filemnya tidak kesampaian. Pada masa yang sama kemasukan filem dan lagu baru dari Barat dengan genre a go go dilihat seperti bersaing dengannya. Ditambah dengan kekangan kewangan dan sokongan kerajaan, maka beliau dengan beberapa kerat sahabat terkulai dengan lesu. Ada juga sahabat handai cuba menyokongnya tetapi bagaikan buih-buih halus di tepian pantai yang hilang bila diterjah oleh ombak.
Dashyatnya... rasa saya yang sebenarnya dia ini dikejami dan cuba dibunuh karyanya, mungkin para bijak pandai masa itu tidak dapat mengambarkan betapi pentingnya medium seni yang boleh dijadikan untuk membentuk sahsiah dan semangat bangsa. Mungkin juga pada masa itu (negara kita baru sahaja Merdeka) lebih mementingkan pembangunan negara terlebih dahulu. Akibat dari penolakan itu (yang mungkin berlaku secara tak sengaja oleh Kerajaan) hidup dan karya P. Ramlee ikut terjejas dan merudum jatuh. Lebih buruk lagi layanan rakyat bagaikan kacang lupakan kulit.
Yang hairannya pada hari kematiannya, masih terlalu ramai rakyat yang menghantarnya ke pusara, yang terasa akan kehilangannya. Kalau benci kenapa masih ramai yang mengambil berat dan rasa akan kehilangannya. Kepada Kerajaan, apa gunanya gelaran yang melangit tinggi, kalau pada masa dia ada Kerajaan tak sanggup untuk menolong. Inilah orang kita, bila orang dah tak ada masa itu baru dihargai.. dah terlambat. P. Ramlee meninggal dalam usia yang boleh dikatakan muda iaitu 44 tahun.
"Di mana kan ku cari ganti - serupa denganmu" pada saya setakat ini belum ada yang dapat menggantikan beliau.
Saya doakan semoga roh beliau dan Puan Seri Saloma dicucuri rahmat oleh Allah Taalah dan ditempatkan di tempat yang selesa di alam barzah. Amin
Sedih....sedih.....sedih...
Labels:
P. Ramlee,
Pandangan Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
sekarang pun kerajaan masih tak buat ape2...
kalau ada...mane keluarga P'Ramlee??
kenapa mereka semua tak dapat penghargaan seperti mana yang sepatutnya....
rasa2...hidup mereka pun bukan senang mana....
Yang sebenarnya, baru-baru ini Kerajaan Malaysia (Kerajaan) membantu untuk mendapatkan semula hak bagi semua filem dan lagu ciptaan Tan Sri P. Ramlee. Kalau abang tahu faktanya.. Syarikat Shaw Brothers lebih cerdik di mana masa itu dia telah menjadikan semua hasil karya seni Tan Sri P. Ramlee menjadi hak mereka. Tetapi rasanya ada yang dapat 'diambil' atas bantuan Kerajaan, sayangnya royalti dibayar selepas dia meninggalkan kita. Jadi royalti itu dibayarkan kepada zuriat dia yang tinggal.
Post a Comment