Semalam penutup Perhimpunan Agung UMNO, ucapan PM selaku Presiden UMNO amat memberansangkan. Antara yang sangat menarik perhatian saya adalah mengenai persoalan hak keistimewaan orang Melayu dan Perlembangaan Malaysia. Isu ini sememangnya menjadi isu yang amat saya sukai dan ambil berat.
Seperti yang pernah saya bincangkan dalam post saya yang lepas... kita orang Melayu dan Bumiputera rasanya macam dah terlalu selesa dengan kemajuan negara ini... sehinggakan kita tak terfikirkan apa yang bakal berlaku kepada generasi yang akan datang. Kita jarang sangat menganalisis perbandingan pemilikan kita dari sebelum merdeka hingga kini... lihat sendiri di sekeliling kita banyak bangunan-bangunan dan deretan rumah kedai yang tersergam indah, yang mungkin dulunya adalah tanah milik datuk-moyang kita. Rasanya fenomena ini berlaku di kebanyakan bandar-bandar atau pekan-pekan di Malaysia, kini semua itu hanya tinggal kenangan. Dengan perkembangan dan peluasan bandar serta pekan seiring dengan itu peratus orang Melayu di kawasan tersebut akan jatuh/ berkurangan. Memang betul, kita terpaksa mengikut peredaran dan pembangunan dunia serta mendokong hasrat Kerajaan untuk memajukan negara... tetapi memajukan negara tidak pulak bermaksud memiskinkan penduduk asal negara ini. Apabila bandar berkembang, maka makin jauhlah kita Orang Melayu ke pendalaman, ini disebabkan kita orang Melayu dan Bumiputera tak mampu untuk meneruskan hidup di bandar... kenapa?????????? mungkin cukai yang tinggi dan cara hidup yang tak sama dengan kehidupan di kampong, merupakan faktor penolak... Untuk melihat sama ada apa yang saya katakan ini benar atau tidak, apa kata kita balik kampong dan kita tanyakan atuk nenek kita, tanah di pinggir bandar tu dulunya tanah sapa??? mana tuan punya tanah tu sekarang???
Yang sebenarnya ucapan YAB PM yang sungguh berapi dan bersemangat itu membuatkan saya sendiri teruja. Agaknya memang betul hak Melayu tak akan berubah... fikr saya.. tapi saya tertanya-tanya pulak hak apa yang dimaksudkan? bagi saya hak memilikan aset merupakan semacam satu kuasa yang dominan dalam hidup masa kini. Jadi macam mana nak buat sebab sekarang ni, kerana banyak dah hak Melayu yang hilang dari pegangan kita, apa kita nak buat? (adakah Kerajaan akan laksanakan kempen kesedaran atau bantuan untuk pemilikan yang baru selain dari tanah FELDA???) macam yang saya katakan kat atas, kedudukan kita semacam makin jauh dari bandar kerana FELDA dibangunkan di kawasan pendalaman, dan bila FELDA ini dah dibangunkan dan menjadi bandar kecil/ pekan golongan tertentu ada pulak perancangan untuk membangunkannya, apa yang berlaku??? jadilah lagi peristewa seperti orang kampong yang hilang tanah. Kita orang Melayu agaknya hanya sewajarnya menjadi pembangun kampong sahaja... bila nak jadi bandar kita kene serahkan kepada orang lain dengan cara terhormat (pada saya macam penipuan je).
Agak-agaknya apa pulak tindakan UMNO untuk pastikan hak orang Melayu ini dapat dikekalkan dan sampai bila pulak kita mampu bertahan?
Pada pandangan saya, walaupun agak terlewat Kerajaan perlu dengan apa cara sekalipun menyedarkan orang Melayu akan kepentingan pegangan aset dalam tangan kita sendiri... Dalam hal ini saya secara amnya memuji tindakan orang Melayu di Kampong Baru Kuala Lumpur untuk menegakkan hak pemilikan Kampong Baru tersebut. Perlu lihat baik-baik cadangan pembangunan - jadikan pembangunan bandar-bandar lain di Malaysia sebagai pedoman - Biar lambat asal hak kita punya.
No comments:
Post a Comment