HATTM patut dipuji kerana dalam usia yang terlalu muda sudah berani untuk mengharungi pancaroba dan pengalaman membangunkan ISO bagi semua urusan dokumentasi HATTM. Saya nak pinjam kata-kata YBhg Dato' Pegawai Memerintah, di mana ISO bukannya suatu perkara yang baru, ianya adalah kerja yang kita laksanakan tetapi kita dokumentasikan supaya ianya boleh diaudit. Betul tu, kalau sesuatu kerja atau perkara itu tidak dapat diaudit, macam mana kita nak tahu akan keberkesanannya dan macam mana kita nak tau kelemahannya, selepas diaudit kita ada ruang untuk penambahbaikan dan pembetulan.
Kini kami berada di Awana Genting. Ramai pegawai kanan yang sama-sama berganding bahu untuk merealisasikan hasrat ini, YBhg Dato' Pegawai Memerintah juga hadir serta berkongsi ilmu dan pendapat dalam mengubal beberapa dokumen. Selama 3 hari dan 2 malam kami berkampong beramai-ramai di Genting,tetapi pada pandangan saya usaha ini bagai kurang berjaya. Tak berani saya nak katakan siapa yang bertanggungjawab, walaupun dalam hati saya telah mengenal pasti beberapa insan yang memandang remeh akan usaha ini ditambah dengan sifat kurang profesionalisme. Agaknya disebabkan oleh beberapa kekangan antaranya pengalaman dan sumber manusia, maka HATTM mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan 'pakar', tetapi setelah sekian lama nampaknya, warga HATTM sendiri terpaksa melaksanakan inspirasi ini, dengan tiada pengalaman dan kekangan kerja harian, dalam keadaan merangkak warga HATTM bergerak juga walaupun ada yang ketinggalan. Duit habis tetapi hasil tak nampak sangat,kita yang penat dan stress. Tetapi kerana sayangkan organisasi ini, susah payah akan ku hadapi, walaupun di depan ku berdiri kukuh seekor naga, tetap akan ku cuba mengapai bintang di atasnya.
Pada ucapan penutup oleh YBhg. Dato' Pegawai Memerintah ada mengunkapkan kata-kata berikut yang patut menjadi pengajaran dan pedoman kepada kita warga HATTM, kita patut dapat tafsirkan kata-kata beliau itu, adakah ianya lahir dari rasa gembira atau sebaliknya rasa kecewa melihat apa yang kita hasilkan tapi tak sampai kepada expectation beliau. Kata beliau "Kerja kita, kita yang kena buat, orang lain tak ada yang datang untuk buatkan kerja tu untuk kita.. jangan tunggu sampai kerja itu melekat" saya yakin ramai yang faham apa yang dimaksudkan oleh YBhg. Dato'. Pada diri saya sendiri tiba-tiba pada masa itu saya rasa malu pulak, kerana dalam diam rupanya ada yang tidak beres. Apa lagi kekawanku, jom kita bergerak dan capai apa yang sepatutnya. Saya yakin ada yang tanya apa yang sepatutnya itu? jawablah sendiri.
Buat rakan seperjuang ku, teruskan tanggungjawab mu dengan keihklasan kerana hanya Allah Taalah sahaja yang akan membalasnya. Jangan cepat putus asa, kitakan dari bangsa yang tidak mudah mengalah, jadi apa lagi teruskan usaha, sambil kukuhkan barisan. Perpaduan dan kerjasama merupakan faktor pemdorong kejayaan. Jangan ada yang menjadi api dalam sekam, membakar tanpa disedari... tiba-tiba hangus semuanya.
Satu perkara yang aku nak tegurkan, sepatutnya kita bergerak atas landasan yang dilukiskan di awal garis permulaan, apa yang aku maksudkan adalah milestone dan rangka kerja. Jadi di setiap pertemuan, di awal bicara milestone dan rangka kerja perlu disemak, adakah ianya selari dengan persetujuan semasa rundingan dengan konsultan (antara syarat yang tercatat dalam surat tawaran yang dikeluarkan kepada konsultan). Pada aku, perahu dah di air dan berkolek separuh sungai, untuk sampai ke seberang tak jauh lagi, jadi pastikan ianya selamat sampai. Kini aku telah menjadi salah seorang yang mendayung kolek tersebut dan aku tak pula sanggup menjadi penyebab kolek itu karam. Semoga Allah menyatukan hati-hati kami dan menguatkan kesatuan kami untuk sama berderap ke garisan akhir. Amin.
P/S - Kenangan berurut reflaksilogi di Awana bersama teman baikku Lt Kol Hajah Sabrina binti Abdullah.
2 comments:
Assalamualaikum...
Berkata-kata memang mudah,untuk melaksanakan mengambil masa yang panjang,dalam erti kata lain ia amat sukar.Untuk menjadikan ia satu "REALITI"pihak atasan perlu menunjukan contah,teladan yang baik untuk kakitangan dibawah seliannya.Bukan hanya pandai menyuruh sahaja,tapi dalam erti kata yang lain membantu bersama melakukankan dan mendekati pegawai bawahan.Cara untuk menyuruh pegawai bawah melakukan kerja,haruslah dengan kata-kata yang memberi semangat.Contohnya..Ali..boleh tak TOLONG saya blaaa..blaaa.Perkataan TOLONG itu memberi impak yang amat besar kepada pegawai itu sendiri atapun Ali hanya awak saja pandai buat kerja ini,tapi haruslah tidak didengari oleh pegawai lain.
Pegawai atasan juga hendak lah sentiasa mendekati pegawai bawah,bertanyakan khabar,macam mana dengan kerja hari ini.
HATTM patut aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pegawai.Sempena ulangtahun pertama baru-baru ini ,tiada langsung melibatkan pegawai atasan dengan pegawai bawah.kita hendak wujudkan susana kerja yang ceria.Aktiviti sepatutnya dijalankan sekatar HATTM.Sebagai contoh,buat beberapa kumpulan,yang menjadi ketua kumpulan harus setiap ketua jabatan masing-masing dan gabungkan semua kakitangan yang lain,dengan adanya aktiviti ini mungkin kita dapat merapatkan jurang diatara sesama kita.Bukan imbuhan/hadiah diperlukan tapi suasana ditempat kerja,semua nya ceria.Kadang-kadang tue,selisih punya tidak bertegur sapa.
ini hanya pandangan saja,untuk mewujudkan kakitangan mempunyai keikhlasan dan bertanggungjawab terhadap kerja dan HATTM iru sendiri kita harus merapatkan,mengeratkan lgi hubungan antara pegawai atasan dan juga pegawai bawah.Baru kita boleh mencapai KERJASAMA,bila ada kerjasama...kerja apapun yng sukar akan lebih menjadi mudah.
SEKIAN
Walaikumusalam tuan atau puan,
Terima kasih atas komen tersebut dan secara amnya saya sanga setuju. Seperti yang saya pernah postkan dalam blog yang sama, saya pernah nyatakan bahawa organisasi ini adalah kepunyaan kita semua, bukan mana-mana golongan. Sepatutnya untuk mencapai objektif bersama... yang penting adalah kerjasama, kerjasama tidak akan ujud jika tiada sikap hormat menghormati (bertindak bukan atas pilih kasih,)suasana ruang kerja yang kondusif dan ceria serta setiap warga mempunyai semangat setia kawan.
Mungkin yang di antara teman-teman yang membaca post ini tidak setuju dengan apa yang saya katakan, tetapi itulah yang dipraktikkan oleh semua bahagian awam di MinDef. Di MinDef kebanyakan bahagian awam terutamanya Bahagian Perolehan menerapkan budaya kerja yang sihat. Di mana melihat semua warga sebagai entiti yang penting dan sama rata. Jawatan adalah medium bagi warga melaksanakan fungsi masing-masing. Dengan inspirasi yang sama saya cuba untuk menerapkan budaa ini di HATTM, terawal adalah di kalangan pegawai awam bukan klinikal. Walaupun memang sukar tetapi saya amat berharap agar pihak-pihak terlibat memahami dan bersama saya untuk mencapai hasrat ini. Selepas ini saya akan cuba untuk menerapkannya di kalangan pegawai awam klinikal dan kemudia kita akan bergerak dalam barisan yang sama.
Walaupun saya rasa mungkin mustahil untuk kita sama-sama menerapkan budaya ini di dalam suasana kerja sahabat kita (beruniform) tetapi sekiranya kita sudah kukuh maka sedikit sebanyak ianya akan mempengaruhi sahabat kita itu nanti. Di samping berusaha, kita perlu juga berdoa agar Allah memakbulkan hasrat ini.
Post a Comment