19 October 2010

Dugaan Dalam Menjalankan Tugas

Sejak hari Isnin minggu ini, saya rasa agak kepenatan menguruskan urusan sumber manusia di opis saya di HATTM. Keletihan itu mungkin disebabkan oleh kurang tidur kot, rasa letih sehingga saya hampir terlelap semasa memandu. Itu yang bahaya. Bagi saya ini adalah salah satu dugaan dalam menjalankan tugas kerana keletihan akan menyebabkan fikiran saya turang tumpuan, kuasa berbicara menjadi lemah dan yang paling saya takuti akan timbul rasa marah (dijauhkan Allah hendaknya).

Tapi yang hairannya, semasa di opis tak pulak rasa mengantuk, walaupun begitu di waktu rehat saya cuba untuk melelapkan mata, tetapi tak nak tidur pulak. Di opis, setiap jam dan minit ada sahaja staf awam yang datang untuk dapatkan nasihat dan pandangan, pelbagai isu dan masalah yang mereka hadapi, kebanyakan isu/ masalah yang dihadapi mereka yang melibatkan prestasi kerja mereka.Walau apa pun yang mereka hadapi dan walau siapa pun mereka, saya akan bersama mereka untuk memecahkan kebuntuan, semoga dengan bantuan saya mereka kembali ceria dan gembira menghadapi pekerjaan harian. Kesemua mereka adalah aset penting bagi organisasi ini, oleh yang demikian mereka tidak boleh dibiarkan menghadapi isu/ maslah sendirian. Saya layan kesemua mereka sama dan adil - hasrat saya agar semua staf awam di HATTM dapat memberikan produktiviti terbaik. Saya berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan saya dalam berbicara dan yang utama tidak menyakiti hati sesiapa, semoga Allah melembutan hati-hati kami dan timbulkan rasa ikhlas dalam hati kami untuk bertugas kerana Allah.

Bagi memulihkan keletihan, setiap malam saya berazam untuk tidur awal, tetapi setiap malam itu jugalah saya akan tidur lambat, sebabnya 1 perkara utama, iaitu saya aktif main games on-line, ditambah dengan respon daripada kawan-kawan seluruh dunia. Biasanya saya sangat suka untuk menulis ruangan blog ini dan juga e-dairy saya ataupun chat dengan sahabat dari negara-negara lain. Tapi minggu ini semuanya berubah kerana keletihan, terfikir dalam hati saya, keletihan ini mungkin disebabkan oleh umur saya yang meningkat, jadi cepat letih dan mengantuk. Nak kata perubahan emosi tak pulak terasa, hanya rasa penat dan nak tidur lebih awal.

2 comments:

Atie said...

Cik, walau banyak manapun kerja tu, kesihatan perlu diutamakan... Jgn asyik keje je... nanti dah sakit, satu keje pun x leh nk buat, lg haru...
mungkin juga faktor umur yg meningkat menyebabkn cik dh x blh aktif cm dulu... cik jaga la kesihatan diri tu ya....

Unknown said...

Itu la Atie, ingatkan kat sini kurang kerja, rupanya mana saya pergi, kerja akan sentiasa mengekori. Sekarang ni dalam kepala saya banyak betul yang nak saya laksanakan, tetapi kami di sini menghadapi kekangan sumber manusia. Baru-baru ini saya didokong oleh staf saya terpaksa datang kerja pada hari Sabtu. Rupanya banyak buku perkhidmatan yang belum disenggara. Mana tidaknya staf di sini banyak buat kerja 'kebajikan' tolong staf lain pada perkara yang tidak ada dalam SKT mereka. Harap lepas ini everything will be back to normal.