Spontan anak yang sulung bertanya, “Bolehkan ayah beritahu secara tepat lokasi harta karun itu?” Si ayah hanya menggeleng-geleng kepala.
“Bang, tak payahlah kita paksa ayah. Ayah, kan tenat...’” kata anak bongsu. “Eh, kau ni! Bukan senang nak bersihkan kawasan seluas itu. Kalau ayah beritahu tempatnya, kan senang?” Sampuk anak keduanya.
Tidak lama kemudian ayah mereka meninggal dunia. Lalu, kedua-dua anak yang sulung dan anak kedua tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan tanpa berlengah terus menebas kawasan hutan dan menggali di tempat-tempat yang mereka rasa harta karun itu berada. Setelah beberapa lama menebas dan menggali, harta karun masih tidak ditemui.
“Ah, mana ada harta? Agaknya ayah bercakap dalam keadaan buang tebiat ke...,” kata anak sulung. “Mungkin ayah dah tak berapa waras lagi ketika memberi wasiat kepada kita itu.”
Mendengar kata-kata tidak sopan abang-abangnya, si adik bongsu berkata, “Kita kenal ayah. Kata-kata ayah selalu benar. Tidak ada sebab ayah hendak menipu kita.” “Baiklah kalau kau percaya sangat kau seorang sahajalah tebas hutan ni dan teruskan menggali,” ujar abangnya.
Si adik bongsu menyambung kerja menebas dan menggali tanah itu. Tidak lama kemudian, seluruh hutan dan tanah itu menjadi terang dan gembur.
“Macam mana, ada harta karun?” tanya abang-abangnya dengan nada mengejek. Namun si adik bongsu tetap yakin bahawa ayahnya bercakap benar. Tidak mungkin ayahnya berbohong. Cuma apakah hakikat sebenarnya yang dimaksudkan oleh ayahnya?
Lama-kelamaan, si anak sulung dan anak yang kedua pergi meninggalkan kampung untuk mencari pekerjaan di kota. Mereka kecewa kerana mengharap harta karun yang tidak ada. Tanah itu mereka serahkan sepenuhnya kepada adik bongsu mereka.
Melihat tanah kosong yang telah diterangi itu, timbul idea dalam benak si anak bongsu untuk bercucuk tanam. Dia mulai dengan menanam jagung, kacang dan sayur-sayuran, yakni yang cepat mendatangkan hasil. Hasil tanamannya dijual dan mendapat sedikit keuntungan.
Setelah mengumpul agak banyak modal, tanah itu ditanam pula dengan pokok buah-buahan. Beberapa waktu kemudian, ladang buah-buahannya mengeluarkan hasil yang agak lumayan. Di samping menjadi pembekal sayur, kacang dan jagung, dia kini menjadi pengeluar buah-buahan yang agak besar. Dalam beberapa tahun, dia menjadi pengusaha yang maju dan kaya.
Kini barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh ayahnya mengenai harta karun yang terpendam di kawasan hutan belakang rumah mereka. Ayahnya tahu rahsia kerajinan, ketabahan dan sikap tidak putus asa dalam berusaha. Itulah “harta karun” yang dimaksudkan oleh ayahnya dulu.
Pengajaran:
Tiada jalan pintas untuk mendapat kejayaan dalam hidup. Semuanya perlukan usaha dan kesabaran. Jika kita berusaha dengan seluruh tenaga dan kemampuan diri, kita akan melihat ruang dan peluang sentiasa ada untuk dicapai.
Diadaptasi daripada Buku Angguk Geleng.
No comments:
Post a Comment