22 November 2015

Tuah Menumpang Kasih Abang-Abang

Tuah Fitri bagaikan anak yatim piatu, masih memerlukan kasih spesis yang sama dengannya untuk bermanja. Nasib Tuah baik sebab ada antara kucing-kucing saya yang sanggup memanjakan dia. Walaupun Tuah tidur dengan saya, tetapi mungkin dalam hati kecilnya lebih selesa tidur dengan sibulus.

Tuah bersama dengan Mimi lena tidur, sedih juga saya lihat Tuah kerana terpaksa berlisah dengan ibu dan adik-adik dia masa dia terlalu kecil. Ramai manusia yang tidak melihat nyawa haiwan sebagai sesuatu yang berharga apatah lagi untuk melihat haiwan juga mempunyai hak yang sama untuk hidup. Makanya haiwan-haiwan sebegini dibuang sahaja bagaikan sampah.

Tuah lena tidur bersama dengan Bujang. Bujanglah yang paling sayangkan Tuah, bermain dengan Tuah, makan juga bersama. Saya juga belajar daripada haiwan-haiwan ini untuk melihat dunia ini dengan kaca mata yang lebih luas. Bumi Allah ini bukan untuk manusia sahaja, malahan Allah swt menguji kita untuk melihat bagaimana kita melayanan makhluk-makhluk Allah yang lain.

19 November 2015

Oky Yang Seksi

Semenjak berpindah rumah dari Kuala Lumpur ke kampung, kesemua kucing-kucing saya melainkan Jiji semakin sihat. Badan makin besar dan berat juga bertambah. Bagi Oky si ibu kucing bulu dia makin lebat menjadikan perut dia makin labuh ditambah lagi dengan kaki dia yang pendek.

Inilah gaya kegemaran Oky, tidur dan bersantai secara kuak lentang dan yang paling utama di tengah-tengah rumah. Saya sering juga mengubah Oky tetapi dia akan balik semula ke lokasi tengah rumah dan melentang semula. Agaknya bila dia telengtang di tengah-tengah rumah kucing-kucing lain jadi serem melihat dia yang sedang tergolek tu. Tulah antara aksi kucing saya yang selalu berposing seksi.

16 November 2015

TIPS MENOLAK FITNAH DAJJAL ALVIN TAN

Saya peroleh artikel ini dari fb kekawan yang saya rasakan ianya perlu dikongsi bersama.

"Ramai yang bertanya kenapa kami tidak pernah mengulas isu panas yang dicetuskan Alvin Tan. Sebenarnya setiap isu panas yang menjejaskan agama kami ulas penuh teliti bersama anak-anak kami. Kami sedar, bukan semua kenyataan terbuka membawa kebaikan. Apatah lagi apabila ia melibatkan isu kaum dan agama.

KESILAPAN BESAR orang kita ialah suka SHARE langsung dari posting Alvin Tan merata-rata dan 'VIRAL'KANNYA setiap kali dia buat angkara. Ramai yang LIKE untuk dapatkan notifikasi komen dan update. Memanglah LIKE & SHARE itu yang dia mahu. Lalu dia buat lagi dan lagi…

KESILAPAN KEDUA kita ialah menghambur rasa di wall dia sehingga ke tahap mengancam bunuh dan sebagainya. Ancaman itulah yang dia guna untuk melanjutkan suaka politiknya di Amerika. Kerana itulah dia ulangi setiap 3 bulan sekali. Padahal jika kita biarkan atau tidak mengancam bunuh, dia hilang kelayakan suaka politik itu dan terpaksa balik ke sini.

Dajjal dikatakan ada hanya sebelah mata. Itulah makhluk yang Allah cipta untuk menguji manusia, yang sebenarnya menutup sebelah mata terhadap kebenaran dan kebatilan, juga kebaikan dan keburukan.

Golongan Syaitan ini akan merasuk manusia secara halus mahupun kasar...

SECARA HALUS mereka gunakan fahaman jahat atau REGIM nya untuk memesong dan melonggarkan ikatan umat terhadap prinsip agamanya.

SECARA KASAR pula mereka ini melakukan apa sahaja kejahatan TERANG-TERANGAN tanpa menghiraukan kemarahan manusia. Lebih kita marah lebih mereka suka dan ketawa. Antara caranya ialah mereka menghina apa sahaja yang kita puja. Lebih teruk lagi apabila mereka sanggup membunuh tanpa berkira-kira.

APA PRINSIP KITA APABILA DIHINA?

Kadangkala terfikir nasihat orang tua-tua. Jika berhadapan dengan orang yang suka mengata, lawanlah dengan hujah yang nyata. Jika mereka tidak mahu dengar, maka sebaiknya tinggalkan sahaja. Itulah kaedah Islam dalam menangani umpat dan keji. (QS:73/10-12).

QS:73. Al Muzzammil 10-12: “Dan BERSABARLAH terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik. Dan biarkanlah Aku bertindak terhadap orang-orang yang mendustakan itu, orang-orang yang mempunyai kemewahan dan BERI TANGGUHLAH mereka barang sebentar. Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala.

TETAPI BAGAIMANA ALLAH MELINDUNGI KITA DAN MEMBALAS KEJAHATAN INI?

Jika kita kata mahu hidup ini sejahtera berlandaskan alQuran dan as-Sunnah, mari berlindung pada kedua duanya. HIDAYAH itulah yang menolong kita. Cari jalan menghubungkan hati (silah) dan tindak tanduk kita dengan Wahyu Allah dan sunnah rasulNYA agar kita tidak binasa dengan angkara mereka.

Islam adalah agama ilmu, faham dan penuh dengan hujjah yang meyakinkan. Serangan FAHAMAN JAHAT, atau REGIM & PROPAGANDA ini harus ditangani dengan FAHAMAN juga agar kita tidak terpedaya. Itulah hakikat TAKWUZ.

BERLINDUNG DENGAN ALLAH ialah berlindung melalui wahyuNya. Itulah sunnah baginda nabi SAW yang telah di uswahkan untuk kita. Hati kita akan jadi aman dengan wahyu yang kita hadam. Kelak Syaitan akan putus asa apabila regim jahatnya tidak diperdulikan manusia. Itulah pertolongan Allah untuk manusia. Itulah balasan Allah terhadap syaitan dan regimnya.

ISU MENGHINA ALQURAN

Kefahaman mikro dari alQuran akan membuatkan iman kita kuat dan hati jadi kebal. Mari kebalkan hati dengan meneliti beberapa wahyu dan berlindung kita dengannya dalam isu ini.

FAKTA BESAR yang harus kita jadikan pegangan di sini agar dapat memujuk dan melegakan hati ialah Islam itu agama ilmu. Sumber ilmu dari alQuran yang duduknya di DADA, bukan di KERTAS.

QS: 29. Al 'Ankabuut 49. Sebenarnya, ia (Al Quran itu) adalah ayat-ayat yang NYATA DALAM DADA orang-orang yang diberi ILMU. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim.

QS: 6. Al An'aam 7. Dan kalau Kami turunkan kepadamu TULISAN DI ATAS KERTAS, lalu mereka dapat menyentuhnya dengan tangan mereka sendiri, tentulah orang-orang kafir itu berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata."

QS: 6. Al An'aam 91. Dan mereka TIDAK MENGHORMATI ALLAH dengan penghormatan yang semestinya, di kala mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatupun kepada manusia." Katakanlah: "Siapakah yang menurunkan kitab yang dibawa oleh Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia? Kamu jadikan kitab itu LEMBARAN-LEMBARAN KERTAS. Kamu perlihatkan dan kamu sembunyikan sebahagian besarnya. Padahal TELAH DIAJARKAN kepadamu apa yang kamu dan bapak-bapak kamu tidak mengetahui". Katakanlah: "Allah (yang menurunkannya)", kemudian BIARKAN SAJA mereka bermain-main dalam kesesatannya.

QS. Al-Baqarah: Ayat 193: Dan perangilah mereka itu sampai tidak ada lagi fitnah, dan agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali terhadap orang-orang zalim.

Antara pelajaran besar dari ayat ayat di atas ialah jangan kita terpedaya dengan permainan mereka sehingga boleh membinasakan emosi dan akidah kita. Kembalilah kepada sunnah Rasulullah SAW. Teliti bagaimana baginda mendaulatkan alquran di DADA, bukan hanya di kertas sepertimana tabiat kita sekarang dan umat-umat sebelum baginda.

Nabi SAW wafat sebelum alQuran ini dimusyhafkan lagi pun. Ini bermakna pelbagai budaya alQuran yang melibatkan kertas dan buku ini bukan dirangka oleh baginda.

Banyak khilaf berlaku terkait dengan budaya kita mengendalikan naskah itu. Ada naskah yang dijunjung di kepala, ada yang diikat di nesan kubur, ada yang ditayangkan kepada syaitan dan jin sebagai majik, ada yang ditulis di piring dan diminum airnya berserta dakwat dan entah apa-apa lagi. Banyak juga perselisihan faham tentang isu ini, khususnya terhadap golongan WAHABI yang dikatakan 'kurang' menghormati naskah alQuran. Di Masjidil Haram pun ramai yang malah jadikannya alas duduk ketika belajar.

QS; 4. An Nisaa' 82. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran? Kalau kiranya Al Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat khilaf/pertentangan yang banyak di dalamnya.

Jangan harapkan golongan seperti Alvin Tan yang jahil itu untuk menghormati Allah dan agamaNya selagi alQuran masih tidak di dada mereka. Kerana itu mereka sengaja menghina agama ini sewenang-wenangnya agar kita sakit hati. Padahal jika kita amat-amati, sebenarnya mereka sedang TERTIPU dengan kelakuan itu kerana yang mereka hina itu hanya KERTAS yang bercetak.

KESIMPULAN

Jangan kita ikut SHARE & LIKE posting Alvin Tan yang telah mempermain-mainkan Al' Quran itu. Jika perlu pun printscreen sahaja dan kongsikan melalui status kita sendiri. Itupun jika ia boleh membantu umat menolak fitnahnya, bukan untuk menambahkan kebencian terhadap agama kita. Dengan itu dia tidak dapat kredit LIKE & SHARE dari usaha dakwah kita.

QS: 4. An Nisaa' 140. Dan sungguh (Allah) menurunkan atas kamu di dalam Kitab bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dengannya dan DIPEROLOK-OLOK dengannya maka JANGAN KAMU DUDUK-DUDUK BESERTA MEREKA sehingga mereka memasuki dalam pembicaraan lainnya. Sesungguhnya kamu jika demikian SERUPA DENGAN MEREKA. Sungguhnya Allah mengumpulkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir dalam neraka Jahanam semuanya.

Kami pernah bertembung dengan kilang cetak bukan Islam yang mencetaknya atas arahan orang kita. Dijualnya pula dengan harga hampir RM500 senaskah. Yang mencetak, yang menjilid, yang membungkus semuanya tidak terkawal sudah. Jika ada sisa kertas bercetak mereka guna sebagai kertas tandas pun kita tidak tahu.

Apapun, mari jadikan penghinaan ini sebagai motivasi untuk kita lonjakkan tekad bagi menambah kefahaman sendiri tentang agama warisan Nabi SAW ini. Hati kita akan amat sakit jika tidak memahami ‘trick’ ini tetapi akan lega dan bersemangat jika tahu duduk perkara sebenarnya dari alQuran itu sendiri. Kefahaman itulah syifak, penyembuh penyakit dalam dada kita.

QS: 10. Yunus 57. “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu PELAJARAN dari Tuhanmu dan penyembuh bagi PENYAKIT DALAM DADA dan PETUNJUK serta RAHMAT bagi orang-orang yang beriman”.

Untuk Alvin Tan dan semua yang suka menghina KITAB KAMI, harap anda baca artikel ini. Sebenarnya anda telah TERTIPU kerana yang anda cerca itu HANYA KERTAS. Quran kami yang sebenar ada DI DADA KAMI dan anda tidak sekali kali akan mampu menyentuhnya selagi anda tidak bersama dalam agama ini.

Cemuhan Alvin Tan tentang Islam agama keganasan, bukan agama sejahtera dan murni kerana terdapat arahan membunuh dalam alQuran akan kami cuba jelaskan dalam artikel lain…. BERSAMBUNG.

ALLAHUMMASALAAMATANFIDDIEN...
Semuga perkongsian ini bermanfaat.

Salam Jumaat,
WARGA PRIHATIN"

Sumber: fb

15 November 2015

Tuah Fitri?

Agaknya tentu Tuah Fitri dah lama tertanya-tanya mengapa saya letakkan nama dia Tuah Fitri, nama yang sepatutnya lebih sesuai untuk si jejakA. Tapi tentunya Tuah berfikir diakan sijelita tapi mommy bagi nama Tuah.... Maaf ya Tuah mommy tak tau yang tuah adalah anak dara, mommy ingatkan Tuah anak kucing jantan.

Bila Tuah dah besar baru mommy perasan Tuah rupanya anak dara. Sorry ya sayang.. tapi nama Tuah Fitri tu kan sedap didengar dan sedap disebut. Tak pelah nama tu kekallah dengan Tuah ya sama macam dengan abang Mimi yang mommy ingatkan sijelita juling tapi rupanya sijejaka lembut.

Itulah sebabnya mommy bagi nama kepada adik Hero lambat sehingga mommy sahkan betul-betul jantina dia. Maafkan mommy ya sayang Tuah.

13 November 2015

Keindahan dan Kemakmuran Sebuah Mosalah/ Masjid

Agak-agak di manakah tempat ini? Kali pertama menjejakkan kaki di tempat ini saya terkejut dengan keadaan sekeliling, kebersihan, kemudahan dan keindahannya. Ini adalah mosalah atau surau yang terdapat di salah sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Banyak tempat yang saya pergi dan banyak juga mosalah/ surau yang saya tumpang tetapi belum pernah saya jumpa mosalah/ surau seindah dan penuh dengan kemudahan seperti ini.

Untuk makluman kekawan semua. Mosalah/ surau ini teletak di Tingkat 4 Bangunan Bank Rakyat di Jalan Rakyat Kuala Lumpur. Saya menumpang solat sementara menunggu mesyuarat yang diadakan di sebelah petang. Ruang ini adalah ruang solat muslimah, lihat sahaja sekelilingnya tidak terdapat longgokan beg-beg pelbagai warna dan saiz yang bertabur di sudut dan tepi dinding. Semua beg muslimah diletakkan di dalam ruang (pegion hole) tertutup masing-masing. Rasanya hampir 100 pegion hole disediakan.

Begitu juga dengan ruang solat lelaki yang sangat kemas dan selesa. Mosalah/ surau ini juga menyediakan ceramah agama pada waktu tengahari. Saya bertuah kerana berkesempatan mendengar ceramah yang diadakan. Rasanya banyak perkara/ aktiviti/ program yang boleh dilakukan di sini.

Saya juga dimaklumkan bahawa mosalah/ surau ini juga telah mendapat kebenaran untuk mengendalikan solat jumaat pada setiap hari Jumaat, mungkin bagi menampung kebanjiran di masjid-masjid berhempiran. Tahniah kepada Bank Rakyat dan juga kepada jurutera dan akitik yang membina bangunan ini. Alangkah bagusnya jika semua bangunan besar di Kuala Lumpur tanpa mengira agama empunyanya dapat menyediakan kemudahan seperti ini.

12 November 2015

Apa Nama Nak Berikan Pada Dia?

Selepas 2 minggu, baru saya berikan nama kepada dia. Nama yang sangat sesuai adalah HERO kerana dia sememangnya hero kerana berjaya mengatasi sakit yang dia alami dan semangat dia seperti hero yang ingin terus hidup.

Hero masih belum pulih 100%, dia masih susah untuk buang air besar, walaupun air kecilnya dah tidak warna gelap lagi. Kaki kirinya masih lagi dengkut dan ibu saya letakkan minyak urut setiap hari walaupun tak tahu nak urut kat mana. Nampaknya kaki Hero ada perubahan baik sebab Hero dah mula berkejaran dengan Tuah.

Anak kucing ini sangat manja, walaupun kadang-kdang najis ada melekat di badanya dia masih nak tidur dengan saya. Terpaksalah saya bersihkan dia selalu dan hairanya bila saya bersihkan dia, dia sendiri akan menilat dirinya supaya bersih sebaik sahaja naik ke atas katil.

Hero kini menjadi perhatian semua kucing lain di rumah saya sebab dia paling kecil, makan dalam pinggan siap dengan 4 kaki dan mengeow yang kuat. Semoga Allah berikan dia kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

11 November 2015

Karnival Kuasa Pengguna di KUIM

Banting Program Kuasa Pengguna Peringkat KPDNKK Negeri Melaka

Pada 30 dan 31 Oktoberbersambung hingga 1 November 2015, KPDNKK Melaka telah menganjurkan Karnival Kuasa Pengguna bersama-sama dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) bertempat di KUIM Kuala Sungai Baru.

Karnival ini adalah di peringkat negeri yang dirasmikan oleh YB Datuk Mas, Timbalan Menteri Pelancongan. Saya dan beberapa lagi staf KPDNKK Melaka telah dilantik sebagai AJK bagi beberapa tugas .

Selepas siap tugas kami pagi itu, saya bersama dengan Miss Tan meronda booth yang ada. Di atas adalah Booth Pendaftaran Negara yang mempamerkan fungsi mereka dan yang menarik perhatian saya adalah beberapa keping Kad Pengenalan lama beberapa orang VVIP seperti Tun Mahathir, Tan Sri P. Ramlee dan lain-lain.

06 November 2015

Acik Si Dara Sunti


Si Kecik aka Acik, anak kucing yang saya ambil yang berkeliaran di depan rumah di KL dulu. Masa mula ambil Acik badan dia berkurap dan kini lihatlah sendiri, dia dah besar dan cantik.

Tapi Acik ni sangat manja namun dia bukan jenis kucing yang suka dipegang, tapi saya akan tetap dukung dia sehinggakan dia cakar saya.

Lihatlah anak dara sunti saya ni. Nampak sombong tapi takut dengan abang-abang dia yang garang. Acik selalu kena kejar dan sepakan Si Adik dan Oky. Untuk selamatkan dia saya kurung di di ruang yang sederhana besar bersama dengan Ms Lulu dan Itam MB.

02 November 2015

Tuah Fitri Terkini

Balik je dari tanah suci saya perasan Tuah Fitri dah besar, baru saya tahu rupanya Tuah bukan kucing jantan, sebaliknya dia anak dara sunti. Masa Tuah kecik memang saya tak dapat agakan akan jantina Tuah yang sebenarnya. 

Raut wajahnya seperti kucing jantan apatah lagi dengan bulunya berwarna hitam.Tapi apabila Tuah membesar, rupanya bulu dia bukan semua hitam sebaliknya bulu berlapis dua, hitam di permukaan tetapi putih atau kelabu di sebelah dalamnya. Bulu Tuah sangat lembut dan selesa dicium.

Tuah Fitri antara kucing yang paling saya rindu semasa di tanah suci. Saya tinggalkan diamasih kecil dan bila balik dia dah sunti.Alhamdulillah dia masih kenal saya dan tidur bersama.