21 February 2015

Masa Makan

Bila tiba masa makan sama ada breakfast atau dinner, ruang dapur saya penuh dengan mereka 10 ekor. Selagi belum dihidangkan makanan mereka, suara mereka memnuhi ruang kecil ini.

Ada yang bergesel, ada yang menarik kaki seluar dan ada yang membuat muka kasihan. Bila dah letakkan pinggan-pinggan mereka, mereka tahu untuk bahagi-bahagikan ruang untuk semua menikmati makanan masing-masing. Nampak berbeza sangat besarnya Acik kucing yang baru saya ambil dan Oky.

Kibbles pada masa ini tidak laku, kerana mereka makan kibbles mereka hanya untuk makan tengahari sahaja. Kelihatan dari kanan Adik, Zizi, Jiji, Mimi, Kiki dan Nini.

Abang (Baby) dan Itam MB selalunya tak suka makan di bawah, jadi magkok makanan mereka akan disediakan di atas kabinet dapur berhampiran sinki.

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum saya yusri.. nak bertanya ada jual maincoon tak. . kalau lah sda

Unknown said...

Waalaikumusalam, tak ada semua kucing yang saya pelihara bukan untuk dijual. Saya dpt Oky pun sebab jumpa orang buang, tapi dia cross local. Maaf ya