18 February 2015

Melayu Keunikan Dunia Perlu Dipelihara

Tentunya anda kenal dengan empunya foto sebelah ini. Beliau adalah bekas kolumnis Utusan Malaysia, iaitu Encik Svet Zakharov, seorang warganegara Rusia yang fasih berbahasa Melayu. Kefasihan beliau dalam Bahasa Melayu bermula semasa beliau bertugas di Syarikat AKhbar Utusan Melayu/ Malaysia satu masa dahulu.

Saya sangat berminat dengan beberapa kenyataannya tentang budaya dan bahasa Melayu. Jika orang luar boleh menghargai budaya, bahasa dan sekali gus bangsa Melayu, kenapa bangsa kita tidak hargainya, sebaliknya cuba menjatuhkannya.

Saya pinjam laporan dari akhbar Utusan seperti berikut "Menurut beliau, budaya Melayu yang ada di Indonesia dan Malaysia merupakan budaya yang cukup unik dan tidak mampu ditemukan di mana-mana pelosok dunia. Katanya, budaya Melayu seharusnya dikekalkan dan dipelihara oleh orang Melayu itu sendiri dan juga bangsa-bangsa lain agar keunikan yang ada mampu dilihat dan dipelajari oleh generasi baharu. “Saya cukup kagum dengan jiwa pemimpin Malaysia yang berjaya membawa negara ini mencapai kemerdekaan dan terus maju. Apa yang dilakukan oleh pemimpin Malaysia selama ini terutamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad, membuktikan bahawa orang Melayu yang berkulit sawo matang mampu berada sama tahap, bahkan dapat menyaingi orang kulit putih,” jelasnya.

Katanya, bangsa Melayu merupakan bangsa yang celik pemikiran dan ternyata setanding dengan cerdik pandai bangsa-bangsa lain. Jelas beliau, buktinya bangsa Melayu mampu untuk mencipta pelbagai produk bagi kegunaan masyarakat dunia ketika ini. Beliau juga menyatakan slogan Malaysia Boleh sangat bagus kerana mampu memberikan suntikan semangat yang tinggi kepada rakyat negara ini. Katanya, antara cabaran besar yang berjaya dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah ekspedisi ke Kutub Utara.

Di samping itu, Zakharov menghargai usaha yang dibawa oleh kerajaan negara ini dalam memelihara tamadun Melayu termasuk menggabungkan seni bina Melayu dalam pembinaan bangunan-bangunan moden. "Ini secara langsung membawa keindahan yang unik dan pemandangan yang cukup sihat di Kuala Lumpur yang merupakan antara bandar dalam taman di dunia," ujar beliau."

Jadi sampai bila kita nak sedar akan kemampuan bangsa dan bahasa kita. Tahukah anda bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa yang digunakan di seantero nusantara. Tidak mustahir sekiranya sejarah berulang semula dan ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memertabatkan semula bahasa dan bangsa Melayu.

APA DITUNGGU LAGI JOM KITA BERTINDAJ BERSAMA. MERTABATKAN BAHASA MELAYU.

Sumber: Oleh RASDAN AHMAD (rasdan_utusan@yahoo.com

No comments: