Lebih kurang seminggu Motmot mati kerana sakit, tiba pulak sikecik ni, umur dalam lingkungan 4 - 5 bulan. Perwatakan manja dan kelihaan masih memerlukan pengajaan. Seperti biasa mana-mana kucing yang berkelana di rumah saya, saya akan bagi dia makan dan tempat berlindung.
Saya namakan dia Bujang kerana dia anak kucing jantan. Muka sedih seperti minta simpati untuk dipelihara dan dikasihi. Bujang budak yang baik, tetapi dia selalu diserang oleh 2 ekor kucing jantan dewasa dan seorang kucing betina yag saya namakan Abu. Saya harap sangat agar ada sesiapa yang baik hati untuk ambil Bujang untuk dikasihi dan melindunginya.
Saya dah tak mampu kerana 10 ekor yang dalam rumah ni pun dah banyak kerenah walaupun semuanya baik-baik. Kasihani dia seperti Rasulallah saw dan Saidina Abu Hurairah pernah kasihi kucing-kucing, semoga dia akan membalas jasa kita masa di Padang Mashyar nanti.
No comments:
Post a Comment