Cerita Pulau Nangka dah senyap sekarang. Perkembangan terakhir yang saya ikuti, Kerajaan Negeri Melaka dikatakan telah melantik kontraktor baharu untuk menguruskan tentang penggalian di pulau tersebut. Dan selepas itu diam... senyap... sepi.. mungkin belum ketemu apa-apa.
Yang sebenarnya apa yang ada di pulau ini sehinggakan beritanya menyebar ke seluruh dunia? Adakah cerita tentang harta kesultanan Melayu Melaka baru muncul atau sekian lama disembunyikan oleh alam?. Dari bacaan saya saya percaya bahawa kisah ini telah dimaklumi oleh penjajah terdahulu baik oleh Belanda, Inggeris mau pun Jepun. Mereka memang telah berusaha untuk cuba mengambil harta tersebut yang dikatakan makan beberapa generasi pun tak habis, tetapi tidak mampu mengalahkan pembinaan yang dilakukan oleh Sultan Melaka itu.
Melihat kepada struktur tembok batu yang dibina ini sememangnya sangat kukuh dan tidak terbanding dengan pembinaan sekarang ini, begitulah Almarhum Sultan Melaka menyembunyikan hartanya yang ada kemungkinan untuk diwariskan kepada rakyatnya terkemudian. Tidak terfikirkah oleh kita kenapa dan bagaimana orang dahulu bersusah payah untuk mempertahankan rakyat dan tanah airnya. Tidak terfikirkah oleh kita bagaimana mereka menghalau penjajah dari bumi Melaka.
Dalam kerja-kerja penggalian beberapa simbol unik turut ditemui seperti ukiran bulan sabit yang tertera kalimah “Muhammad Bin Abdullah” serta “Al-Mahdi serta peta Pulau Nangka dan yang uniknya adalah batu berbentuk piramid yang sama seperti terdapat di Pulau Serimbun yang terletak bersebelahan dengan Pulau Besar. Simbol lain yang ditemui adalah ukiran batu seperti orang Islam sedang solat iaitu melakukan duduk antara dua sujud, batu berbentuk ulas nangka.
Apa akan terjadi jika ada pihak-pihak yang cuba mengeluarkan khazanah Pulau Nangka yang dikatakan diwariskan kepada rakyat Melaka? adakah harta tersebut akan terus terbenam dan terus terbenam selain niat yang mengambilnya terpesung. Walallahualam..
No comments:
Post a Comment