Saya nak berkongsi dengan anda mengenai pandangan seorang penganalisis ekonomi. Adakah pandangan dan analisisnya akan benar-benar terjadi. Baca dulu kemudian fikir sendiri.
Prof Dr Hoo Ke Ping (Pakar Penganalisis Ekonomi) : Malaysia Menuju Ke Arah Kegawatan Ekonomi. Berhati-Hati Anak Muda,
Rakyat Malaysia! Kebelakangan ini jikalau diperhatikan, harga rumah sudah mulai “stagnant”, sudah tidak mampu naik melonjak sepertimana yang pernah berlaku 2,3 tahun lepas terutamanya yang melibatkan hartanah RM500,000 dan ke atas yang mana unit hartanah Soho, Sovo, Kondo Mewah, service apartment yang paling teruk terkesan apabila….bahang kegawatan ekonomi mula melanda Malaysia.
Apa nasihat yang dilemparkan kepada rakyat malaysia terutamanya golongan muda?
* Berjimat cermatlah ketika berbelanja terutamanya pelbagai tawaran diskaun dan YES (YEAR END SALE)
* Tinggalkan tabiat berbelanja barangan yang bukan keperluan dan boros berbelanja pada tahun 2015
* Elakkan menambah hutang kerana kadar faedah pinjaman bank akan naik tidak lama sahaja lagi.Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan kadar faedah mesti akan naik lagi.
* Jangan sesekali anda beli hartanah untuk tempoh 1,2 tahun daripada sekarang. Ini kerana telah berlaku lambakan rumah sekarang ini. Termasuk projek-projek di bawah skim DIBS apabila pembeli terpaksa mula membayar “bayaran sebenar” disebalik pembelian modal rendah ketika permulaan menempah unit hartanah tersebut 2,3,4 tahun yang lepas.
* Jikalau anda pergi di sekitar Jalan Awan Kecil, Vista Komanwel, Parklane, The Treez, Seringin Residense, Le Yuan Residence di sekitar lebuhraya KESAS sahaja sekelilingnya sejumlah 20,000 unit apartment telah mula mendapat CF, tetapi berdasarkan statistik yang diperolehinya hanya 10%-20% sahaja yang terisi dek kerana kerana “oversupply”.
Bagaimana kalangan pelabur hartanah 2,3 4 hartanah mampu bertahan apabila masih lagi tidak mampu menyewakan unit mereka kepada orang? (Fasa 1) Kemudian apabila pelabur hartanah bertindak mahu menjual unit hartanah mereka, masih tidak pembeli yang berminat (Fasa 2). Profesor Dr Hoo Ke Ping merasakan pelabur hartanah seperti ini akan hannnnncurrrrr.
Apabila sudah memasuki fasa 3, Profesor Dr Hoo Ke Ping menjangkakan sekali lagi harga rumah pasti akan turun apabila masalah “oversupply & kenaikan kadar feadah pinjaman yang bakal diumumkan BNM tidak lama sahaja lagi” sepertimana yang berlaku di Singapura dan UK. Dan ramai yang akan muflis selepas itu dek kerana tidak mampu bertahan dengan nilai wang mereka semakin mahal.
Apabila harga hartanah akan turun semula, pada masa itu, anak muda boleh beli unit hartanah yang bernilai RM600,000 pada harga RM400,000 sahaja
Keyakinan Profesor Dr Hoo Ke Ping bertambah melihatkan unit hartanah di Petaling 8 contohnya di Sri Petaling di bawah pemaju I&P Group Sdn. Berhad yang pernah dijual sekitar harga RM400 lebih psf. Realitinya sekarang anda boleh berunding dengan tuan rumah untuk beli dengan nilai serendah RM350psf untuk keluasan lebih 1000 sf
Profesor Dr Hoo Ke Ping menasihatkan terutamanya anak muda, beli unit hartanah apabila ekonomi semakin bertambah baik. Kalangan yang tidak mampu mendapatkan penyewa ditambah dengan kadar faedah naik, bakal menyebabkan pegangan hartanah tidak akan bertahan lama terutamanya kalangan pelabur yang tidak mempunyai simpanan tunai yang mencukupi akan jatuh muflis.
Inilah akibatnya yang akan terjadi dalam tempoh 1,2 tahun daripada sekarang dek kerana pemaju hartanah yang sudah begitu banyak untung dan terlalu tamak. Menyebabkan pelabur hartanah bakal terjerat tidak lama lagi. Bank-bank pun susah. Kegawatan sektor hartanah semakin hampir, apabila satu demi satu projek yang dilancarkan 2,3,4 tahun lepas bakal siap pada tahun 2015 ini.
Realitinya hari ini, untuk tempoh sejak 9 bulan terakhir ini jikalau diperhatikan kalangan bank-bank utama di Malaysia telah mula berlawan sesama-sama termasuklah Maybank apabila menawarkan pelbagai tawaran untuk menarik seberapa banyak pendeposit meletakkan simpanan duit mereka bernilai jutaan ringgit. Apa maknya itu? Ini menandakan bank-bank sudah mengalami masalah “liquidity” aliran tunai.
Berdasakan semakan Berita Semasa contohnya di negeri Melaka dan Johor :
Kenalan bank menasihatkan tidak membuat pinjaman bank untuk pembelian hartanah pada tahun 2015 ini. Dan bank tersebut juga sekarang ini tidak lagi menumpukan kepada pinjaman hartanah kepada peminjam.
Banyak pemaju hartanah di Melaka contohnya sudah mula beralih arah ke Tangkak, Johor Bahru untuk mencari mangsa dan pelanggan baru dek kerana pasaran haratanah di Melaka sudah mulai lesu
Di Johor Bahru pula, disebabkan berlkau lambat unit service apartment di sana, akhirnya tidak sampai 20% terjual yang mana banyak dibolot oleh pelabur Singapore. Manakala kuota 50% untuk pelabur tempatan “tidak banyak yang terusik” contohnya projek di Medini
Berdasarkan semakan Berita Semasa, pembelian unit hartanah banyak direkodkan sekitar tahun 2011, yang mana 3 tahun tempoh pembinaan berjalan bermakna sekitar tahun 2015 dan awal tahun 2016 akan terus berlkau lagi lambakan unit hartanah “oversupply” menyebabkan nilai hartanah akan jatuh
Dan kepada kerajaan Malaysia ini, ini nasihat Profesor Dr Hoo Ke Ping :
Kerajaan mesti potong bajet untuk projek yang bukan keperluan, termasuklah kerajaan mesti batalkan projek keretapi laju KL – Singapore. Kerajaan Malaysia tida duit untuk melaksanakan landasan berkembar masakan kerajaan mampu untuk menampung perbelanjaan besar bagi projek super mega keretapi laju KL Singapore?
Jikalau keretapi laju dilaksanakan juga, AirAsia turun, KTM turun, Malaysia Airlines (MAS) bakal terduduk. Ini kerana laluan Kl Singaore begitu besar keuntungannya kepada MAS.
P/S : Berita Semasa sangat sarankan untuk anda lebih tumpukan pembelian hartanah secondary di bawah harga RM500,000 ke bawah di lokasi yang sedang meningkat naik berbanding unit hartanah baru.
PP/S : CASH is the king. Mulakan simpanan anda daripada sekarang sehingga 2017, kemudian beli semua unit hartanah pada waktu itu. Inilah yang sedang berlaku dalam “cycle recession 10 years” yang mana hampir bermula…1997-2007-2017
PPP/S : Orang muda yang baru untuk memulakan kehiduapan akan begitu terdedah dengan risiko dengan bahang cabaran ekonomi 2015, 2016 kelak. Dijangka lebih ramai yang akan muflis selepas ini apabila kenaikan kadar faedah pinjaman diumumkan kelak (pinjaman rumah, kredit kad dan lain-lain)
PPPP/S : Sekali lagi Profesor Dr Hoo Ke Ping memberikan nasihat dan juga amaran kepada anak muda terutamanya pada beberapa bulan mendatang yang mana Malaysia sedang menuju kegawatan ekonomi, jangan “dibuat main“!! Bersiap sedia!
Sumber: http://www.beritasemasa.com.my/
No comments:
Post a Comment