Dalam membelek-belek gambar dalam folder Foto Family, saya ternampak 3 foto ini yang membawa kenangan manis bagi keluarga kami. Telah menjadi satu amalan bagi kami sekeluarga mengadakan perjumpaan setiap tahun atau sekurang-kurangnya sekali dalam 2 tahun. Dan Cameron Highland adalah percutian keluarga kami pada tahun itu, saya dah tak ingat bila, tapi bila melihat anak-anak yang masih kecil rasanya memang dah lama.
Masa itu Cameron masih lagi sejuk. Photo sebelah ayah, emak dan 3 cucunya iaitu Kak Long (adila), Kak Ngah (Afifa) dan Abang (Adi), comelnya mereka semasa kecil. Photo ini diambil dalam perjalanan naik dan berlatar belakangkan ladang teh. Kami juga membuat kunjungan ke Kilang Teh Boh untuk melihat proses pembuatan teh. Diakhir lawatan, kami membeli cenderahati seperti teh dan t-shirt.
Kalau tak silap, banyak juga photo yang kami ambil semasa percutian kali ini, tetapi aku sendiri pun tak faham macam mana hanya 3 keping ini sahaja yang aku simpan. Kepada adik-adikku yang ada fot selain dari yang ini tolong emailkan. Foto ini adalah semasa kami sekeluarga keluar untuk bersiar-siar, cuaca pada masa itu sangat sejuk, tapi kami sangat seronok.
Memang aku sendiripun tak akan dapat merasai pengalaman sebegini lagi, memandangkan ayah dah tiada. Buat apa pun sekali tak sama semasa dia ada bersama kami, walau bagaimanpun hidup perlu diteruskan apa lagi emak masih bersama kami. Tradisi bercuti bersama-sama masih kami amalkan, walaupun kadang-kadang tak semua ahli keluarga dapat bersama, maklumlah anak-anakpun dah besar dan mempunyai urusan masing-masing.
Tahun lepas kami bercuti di Pulau Langkawi dan sekiranya diizinkan oleh Allah Taalah, aku mencadangkan kepada keluarga ku untuk bercuti di Sabah atau Sarawak sahaja.
No comments:
Post a Comment