Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
02 April 2011
Drama : Namaku Bukan Setsuko
Baru je lepas tengok drama Melayu di TV 2 bertajuk Namaku Bukan Setsuko. Menarik plot dan mesej ceritanya patut ditonton oleh ramai orang. Apa pun yag paling saya suka bila cerita ini memaparkan rasa kesal dan kecewa pada diri sendiri oleh seorang Imam. Masa muda kelakuan Imam ini agak jahat, dan apabila tua dia menjadi Imam tetapi seorang perempuan tua tidak mahu Imam ini menjadi ketuanya, akibatnya perempuan tua ini tidak pernah ke Masjid sebaliknya menunaikan solatnya di rumah.
Apa yang nak disampaikan, masa muda jarang sekali seseorang itu berfikir sebelum bertindak. Dan apabila dah tua dan Allah menyampaikan hidayahnya, seseorang itu akan dihambat oleh rasa bersalah yang amat sangat. Alangkah bagusnya jika ramai anak muda yang berfikir dahulu akan akibatnya nanti, terutamanya dosa-dosa besar. Aku sendiri memhon ampun dan maaf dari Allah segala perbuatan bodoh ku dulu.
Labels:
Drama,
Pandangan Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment