Hi Kawan-kawan, jika ada kawan-kawan lama saya yang sama-sama belajar di UPM dulu semasa kita di kelas Sarjana Sains Komunikasi Korporat tahun 1999 kalau tidak silap. Terlihat foto-foto lama teringat kepada anda semua.
Saja saya nak postkan beberapa foto kenang-kenangan semasa saya bersama sahabat-sahabat melawat Universitas Gadja Madah di Jogjakarta Indonesia.
Saya bersama Dr Hasan sedang berjalan menuju ke Bilik Kuliah untuk mendengar taklimat dan wacana antara 2 buah universiti dan sekali gus dari 2 buah negara serumpun tetapi mempunyai budaya yang sedikit berlainan. Bukankah kelainan itu adalah jambatan perkelanan, persefahaman dan kemesraan.
Dari UPM kalau saya tidak lupa adalah serama hampir 40 orang dan projek ini adalah salah satu projek yang menjadi kayu pengukur untuk penijazahan kami. Alhamdulillah kami semua lulus kertas ini.
Saya bersama seorang sahabat sekuliah di hadapan Fakulti Social dan Politik Universiti tersebut.
Kami dalam bilik kuliah sebelum taklimat dan acara wacana dan soal jawab berlangsung antara 2 Universiti. Duduk di barisan hadapan adalah rakan sekuliah yang kini telah bergelar Dr. Awan Ismail. Ramai juga sahabat sekuliah yang kini telah bergelar Dr. agaknya hanya tinggal saya sahaja yang tidak berpeluang untuk mempunyai gelaran Dr sebelum nama saya. Mungkin inilah takdir...
Bergambar beramai-ramai selepas selesai acara. Gambar kenang-kenangan untuk kedua universiti dan kedua negara. Bagusnya kami semua dapat A bagi paper ini. Tak rugi kami merantau begitu jauh. Sayang sekali hubungan kami dengan rakan-rakan di Indonesi sepi selepas itu.
No comments:
Post a Comment