30 April 2011

Bahasa - English Science

Saya tertanya-tanya pada diri sendiri - bagaimanakah pencapaian pembelajaran Sains dan maths dalam Bahasa Inggeris - adakah tercapai dengan baik atau sebaliknya. Pada pandangan saya apa yang cuba dilakukan oleh Kerajaan sangat baik hanya pelaksanaannya perlu dipantau.

29 April 2011

Bahasa - English

Tu dia, macam mana nak ajar murid kalau guru sendiri pun tak betul. Ini baru dari segi bahasa - adakah kemungkinan ramai lagai guru yang jadi ibu ketam ??? dalam pelbagai bidang ??? dalam pelbagai budaya ??? Bak kata Nabil Raja Lawak - Lu fikir lah sendiri...

28 April 2011

Bahasa - Bahasa Rojak

Amalan rakyat negara ini, mencampurkan penggunaan Bahasa Malaysia dengan Bahasa Inggeris. Perkara ini bukannya baru, seingat-ingat saya ianya dah mula sejak dari zaman emak dan ayah kita - atau lebih tepat lagi selepas merdeka. Adakah pada masa itu kita nak tunjukkan bahawa kita dah sama bertamaddun dengan penjajah tersebut?? Fikirlah sendiri

26 April 2011

Apa dah jadi anakku

Tangkal ini rasanya tak mujarab bagi semua murid, ada tangkal yang lebih mujarab lagi apabila dalam bilik anak-anak kita penuh dengan poster kumpulan kugiran yang entah dari mana asalnya dan poster perempuan-perempuan yang tak cukup duit nak beli kain. Periksalah bilik anak-anak kita sekali sekali. Apa yang ada di dinding bilik dan dinding almari mereka. Jangan terkejut!!!

Sedih Bila Islam DiCap Sebagai Pengganas Dan Penjahat (Evil)

Cuba kawan-kawan lihat apa yang tertulis di penjuru kiri papan hijau kelas di salah sebuah negeri di USA (saya beranggapan di USA kerana bendera USA yang jelas di dalam kelas tersebut. Perkataan yang menjerut hati saya - ISLAM = TERRORISM = EVIL.

Kalau sejak kecil lagi anak-anak diasak dengan teori di atas, tidak mustahil apabila mereka besar mereka akan bersikap tidak adil kepada Islam. Tanpa berfikir panjang, orang Islam akan menjadi musuh mereka.

Memang tidak adil dan tidak demokratik cara mereka bertindak.

Gerakan MURTAD kepada Orang Melayu: FAKTA KES TAMAN KLCC

Assalamualaikum semua, dah lama kita tak jumpa. Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk dan kurang masa untuk bersama dengan blog ini. Kali ini saya nak mempamirkan satu tindakan oleh agama lain yang cuba untuk menaburkan ajakan-ajakan kepada agama mereka. Lokasi yang dipilih adalah taman-taman bunga di mana menjadi tumpuan mida-mudi kita yang diperhatikan sudah jauh dari agama Islam. Indikator adalah bagi mereka yang bergaul bebas. Marilah bersama-sama baca apa yang nak disampaikan oleh penulis di bawah.

KITA UMAT ISLAM WAJIB MENJAGA MARUAH UMAT ISLAM... BUKANNYA MENJAGA KEIMANAN INDIVIDU!!! tetapi kita sebagai rakyat.. kuasa terhad.. hanya pemimpin sahaja yang mempunyai kuasa. ALHAMDULILLAH... kita ada pemimpin Melayu jadi Pemimpin kita... seperti yang Raff sebutkan dalam forum terdahulu.... Ulamak-ulamak berpendapat bahawa... Pemimpin Melayu islam sekarang meletakkan hukum ALLAH ditapak kaki... terutama Hukum melibatkan murtad!!!

MARUAH UMAT ISLAM TIDAK DIJAGA OLEH PEMIMPIN MELAYU... PENDAKWAH KRISTIAN TIDAK TAKUT BERDAKWAH KEPADA MELAYU DI MALAYSIA NI.. PENDAKWAH KRISTIAN TAHU... PEMERINTAH MEREKA TIDAK AMBIL APA-APA TINDAKAN..

INI KERANA "KEBEBASAN BERAGAMA".... benar atau tidak pendapat Ulamak ini.. Raff cerita ini kisah benar!!!
semasa Raff lepak di Taman KLCC... kita sebagai pengembara.... bukan setakat mengembara dalam hutan.. di bandaraya pun kita mengembara jugak.... memerhati apa yang berlaku di masyarakat sekeliling...

benarlah apa yang diceritakan dalam Mastika... terdapat beberapa couple sedang berpelukan di taman KLCC ini... tanpa sebarang tindakan... menunjukkan bahawa... Maruah Islam hampir tidak ada di sini.... sambil melihat kanak-kanak dok mandi di kolam... tiba-tiba..Seorang pendakwah Kristian datang kepada Raff.. sambil melaung-laungkan "Dakwah Kristiannya".. dan memberikan artikel ini kepada Raff.... RAFF BERISTIGHFARRRRRRR!!!!
SAMPAI MACAM TU SEKALI BERANINYA MISIONARIS KRISTIAN MEMURTADKAN ORANG MELAYU...
kalau kat Kelantan buat camni... dah lama patah riuk dah paderi ni...
tapi ini kat KL... silap-silap kita yang kena belasah!!

25 April 2011

Duduk Iftirash

Duduk antara dua sujud dan sujud akhir juga dipanggil sebagai duduk iftirash. Rupanya ada sebab kenapa Allah jadikan duduk tersebut dalam solat kita - jika duduk dengan betul kita meransang kepentingan titik-titik kesihatan dalam badan kita.

Cuba perhatikan titik akupantur yang diamalkan oleh orang Cina yang juga menunjukkan kepentingan banyak organ-organ penting badan.

Sejak saya mengalami kemalangan sehingga menyebabkan jari kaki saya patah, saya jarang duduk iftirash dengan betul kerana jari-jari kaki yang masih terasa sengal. Tapi rasanya saya perlu melatih semula jari-jari kaki untuk mendapatkan kesihatan organ badan lain.

20 April 2011

Fairwell Kak Timah dan Birthday Rashid

Pada 1 April yang lepas, Unit Pendaftaran dan Hasil mengadakan jamuan sempena persaraan Kak Timah dan ulang tahun hari lahir PPK Rashid. Unit tersebut memberikan tanda kasih dan sayang kepada mereka berdua. Cenderahati disampaikan oleh Ketua Unit Pendaftaran dan Hasil Cik Noor Nadia kepada Kak Timah. Semoga cenderahati itu akan menjadi alat untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua pihak. Biar jauh di mata asalkan selalu dekat di hati.

Dalam majlis yang sama juga, Unit ini mrnyambut ulang tahun hari lahir PPK Rashid. Gambar foto, kelihatan PPK Rashid sedang menerima kardo hari lahirnya dari Ketua Unit - Cik Nadia, dengan diperhatikan oleh rakan-rakan setugasnya - ini yang membuatkan PPK Rashid malu-malu alim ke malu-malu kucing.... miow... miow.

Kelihatan Encik Anwar - Ketua Pegawai Farmsi, Cik Nadia, PPK Ayu, Sabri, Kak Timah dan PPK Rashid mengadap meja makanan. Ready everybody - boleh makan sekarang. Makanan tengahari pada hari itu sangat sedap. Terima Kasih atas jemputan.

18 April 2011

Kesian Si Comel

Ini adalah Si Comel, anak kucing yang datang ke rumah aku pada awal tahun ini. Masa itu dia kecil sangat dan masih takut-takut pada manusia. Lama kelamaan dia jadi manja walaupun kadang kala masih ada rasa takut.

Si Comel pantang nampak aku balik dari kerja, dia seakan-akan tahu bilakah aku akan tiba di rumah, jadi dia sudah siap menunggu di parkir kereta. itu yang membuatkan aku malas nak tinggalkan rumah takut Si Comel balik nak makan. Tetapi mengikut Abang Jaafar jiran setaman, Si Comel juga kerap ke rumah dia untuk meminta makanan. Pada hari Ahad yang lepas (17 April 2011) aku baru balik dari rumah adik ku di Bangi setelah menginap di sana sehari kerana Mak aku ada di rumah dia. Sebaik sahaja aku buka pintu rumah, Si Comel lantas meluru masuk dan meminta makanan - mungkin sebab dia terlalu lapar sangat kot.

Kemudian masuk pula Si Putih, seekor kucing jantan yang dewasa yang mungkin sesat dan dia terus menerkam Si Comel. Aku lihat Comel cedera teruk juga di kaki depan kiri. Kulit dia tercabut hampir 1 in. Kesian melihat dia, aku letak ubat dan balut kaki dia. Mungkin dia tahu aku hendak mengubat dia, maka dia mendiamkan diri sahaja semasa aku meletakkan ubat dan membalut luka dia.

Selera makan dia terus tertutup. Makan sikit sahaja, Comel terus tertidur.


Adriana Ridwah Azmee

Adrianna Ridwah, anak saudara perempuan saya yang paling kecil selepas Kak Long (Adila) dan Kak Ngah (Afifa)





Ridwah dengan pet kesayangannya Max.

Sedang nyenyak tidur

15 April 2011

Opis Ikan

Agaknya kalau opis kita macam ni, ada kemungkinan ke perasaan kita akan tenang selamanya. Bila rasa nak marah kita pandang je kat depan tu, tengok kat ikan-ikan yang sedang berenang tu. Tapi takut nanti bila dah lama-lama kita pulak macam nak makan kat ikan-ikan tu bila kita sedang marah... ikan tu gelak kat kita... Macam-macam boleh jadi kat dunia ini kan... kan... kan.

14 April 2011

Percutian Keluarga - Kenangan Bersama Ayah di Cameron Highland

Dalam membelek-belek gambar dalam folder Foto Family, saya ternampak 3 foto ini yang membawa kenangan manis bagi keluarga kami. Telah menjadi satu amalan bagi kami sekeluarga mengadakan perjumpaan setiap tahun atau sekurang-kurangnya sekali dalam 2 tahun. Dan Cameron Highland adalah percutian keluarga kami pada tahun itu, saya dah tak ingat bila, tapi bila melihat anak-anak yang masih kecil rasanya memang dah lama.

Masa itu Cameron masih lagi sejuk. Photo sebelah ayah, emak dan 3 cucunya iaitu Kak Long (adila), Kak Ngah (Afifa) dan Abang (Adi), comelnya mereka semasa kecil. Photo ini diambil dalam perjalanan naik dan berlatar belakangkan ladang teh. Kami juga membuat kunjungan ke Kilang Teh Boh untuk melihat proses pembuatan teh. Diakhir lawatan, kami membeli cenderahati seperti teh dan t-shirt.

Kalau tak silap, banyak juga photo yang kami ambil semasa percutian kali ini, tetapi aku sendiri pun tak faham macam mana hanya 3 keping ini sahaja yang aku simpan. Kepada adik-adikku yang ada fot selain dari yang ini tolong emailkan. Foto ini adalah semasa kami sekeluarga keluar untuk bersiar-siar, cuaca pada masa itu sangat sejuk, tapi kami sangat seronok.

Memang aku sendiripun tak akan dapat merasai pengalaman sebegini lagi, memandangkan ayah dah tiada. Buat apa pun sekali tak sama semasa dia ada bersama kami, walau bagaimanpun hidup perlu diteruskan apa lagi emak masih bersama kami. Tradisi bercuti bersama-sama masih kami amalkan, walaupun kadang-kadang tak semua ahli keluarga dapat bersama, maklumlah anak-anakpun dah besar dan mempunyai urusan masing-masing.

Tahun lepas kami bercuti di Pulau Langkawi dan sekiranya diizinkan oleh Allah Taalah, aku mencadangkan kepada keluarga ku untuk bercuti di Sabah atau Sarawak sahaja.

Emak Ada Kat Bangi

Assalamualaikum semua adik-adik dan anak saudara ku. Untuk pengetahuan semua yang terlibat Emak ada di Bangi sekarang ni, macam biasalah ada kat rumah Zmee. Mereka bertolak dari Felda petang semalam selepas Emak dan Zmee singgah sekejap di rumah Arwah Kak Ramah dan selepas itu ke pusara ayah dan pusara Kak Ramah.

Tak tahu sampai bila emak akan berada di Bangi, tapi rasanya sehingga selesai urusan untuk menyediakan dokumen untuk mengerjakan umrah seperti ambil gambar visa dan cucuk vaksin tertentu.

Jom sesiapa yang ada di kawasan berhampiran ke Bangi hujung minggu ini.

12 April 2011

Malasnya Saya Hari Ini


Tak ada post baru sejak pagi hingga kini kan? sebabnya saya rasa sangat malas betul hari ini. Tak tahu kenapa... mungkin disebabkan oleh saya kurang sihat kot. Sejak pagi dari bangun tidor saya rasa susah nak bernafas, tetapi kena pergi juga ke pejabat. Tanggungjawab lah katakan. Tetapi bila mengadap komputer muka kelat dan boring je.....

Petang ini saya ada kelas mengaji Al'Quran pulak di Masjid Negara, nasib baik tak ada pulak rasa malas nak ke sana, mungkin kaedah pengajian yang menarik.

Ada tak sesiapa yang tahu macam mana nak timbulkan semula rasa semangat baru...... supaya saya mampu untuk menghasilkan kualiti kerja yang terbaik.

11 April 2011

Pemergiannya Memeranjatkan Kami

Hari Sabtu yang lepas (9 April 2011) aku disampaikan berita yang sukar untuk dipercayai oleh emak saya, katanya Kak Ramah telah meninggal dunia pada pagi itu kerana sakit kepala. Masa itu emak ada di kampong (Kesang Tua) dan bersiap sedia untuk ke Kuala Lumpur menghadiri perkahwinan anak kepada anak saudaranya. Sayang seribu kali sayang tak ada wakil dari keluarga kami pun. Kata emak jenazahnya dikebumikan pada petang Sabtu itu juga.

Selepas ayah meninggalkan kami, Kak Ramah inilah yang menemani emak kami lebih kurang selama hampir 6 bulan, termasuklah juga pada bulan puasa, secara kebetulan dia adalah saudara jauh ayah aku. Biasanya lepas isyak dia datang dan temankan emak, dan selepas subuh dia akan balik semula ke rumahnya. Antara rumah dia dan rumah kami tak jauh sangat. Kak Ramah ini seorang yang sangat baik hati dan sentiasa ada perasaan bimbing takut-takut terkecilkan hati orang lain.

Gambar ini diambil semasa emak dan Kak Ramah mengikut aku ke A'Farmosa Melaka kerana menghadiri seminar. Mereka sedang mentelaah buku mengerjakan haji, Aku agak terkilan kerana hajatnya untuk menunaikan fardu haji tidak kesampaian. Dia selalu berkata kepada aku "Ni, nanti akak ikut kau ya untuk kerjakan haji". Kalau ikut jadual Tabung Haji insyallah tahun hadapan giliran aku dan keluarga termasuk dia untuk mengunjungi rumah Allah. Tapi rupanya Allah lebih menyayangi dia dan menjemput dia lebih awal balik ke sisiNya.

Insyallah aku dan keluarga akan sentiasa mendoakan kesejahteraannya di sana. Insyaalah kami akan membuatkan umrah untuknya kalau diizinkan Allah.

Kepada Anak-anaknya Dak Long, Suria dan Shahril - takziah dari kami sekeluarga.

10 April 2011

Isu Apa Ini Nasi Lemak Kopi O

Bila pengacara tanya pada En Shaiful, bapa kandung arwah adik yang meningggal kerana dipukul guru Sekolah Agama. Apa dirasanya bila anak dilakukan begitu. Saya dengar naik benci pulak nasib baik ada Dr Rubiah Hamzah menjawab bagi pihak saya. Yang sebenarnya kesilapan besar berlaku pada ayah kandungnya, memberikan anak itu kepada orang lain dan keluarga tersebut pula meletakkan anak ini ke Asrama pada umur yang sangat muda. Kedua-dua mereka pada saya macam nak melepaskan tanggungjawab.

Bayangkan pada umur itu, kanak-kanak memang suka bermain - itukan fitrah kanak-kanak yang Allah jadikan. Lain pulak dia ada naluri untuk mendapatkan apa yang dia inginkan, tetapi saya amat kesal kerana RM 7 kanak-kanak ini tidak dapat menikmati kehidupan dunia yang penuh dengan pancaroba. Ramai yang boleh disalahkan dalam hal ini. Dengan itu apa guna untuk disesali terutamanya oleh ayah kandung dan keluarga angkatnya.... apa gunanya air mata kini sedangkan selama setahun ayahnya gagal untuk melihatnya/ melawatnya.

Itu pandangan saya..... jangan bila berlaku sesuatu, kita menuding jari kepada orang lain untuk melepaskan rasa berslah. Lihat dulu pada diri kita, di mana silapnya, di mana kalau kita tangani masalah tersebut adakah kejadian itu berlaku.

Entahlah lihat - lihatlah diri sendiri dulu....

09 April 2011

Seni Ke?

Tak tahulah akau nak katakan - adakah apa yang dilakukan oleh mereka ini boleh dikatakan sebagai hasil seni atai apa.

Walau apa pun, kredit kepada mereka kerana mereka berani. Pertama berani menahan sakit yang mungkin rasa sakit yang amat sangat, dan kedua kerana mereka berani menghadapi masyarakat dengan keadaan fizikal yang lain daripada manusia lain.

Tetapi bagi aku, aku cukup bersyukur ke hadrat Allah Taalah dengan apa yang dah dia berikan kepada aku.

Adui... sakitnya

Catatan Perjalanan - Lawatan Ke Universitas Gagja Madah Indonesia

Hi Kawan-kawan, jika ada kawan-kawan lama saya yang sama-sama belajar di UPM dulu semasa kita di kelas Sarjana Sains Komunikasi Korporat tahun 1999 kalau tidak silap. Terlihat foto-foto lama teringat kepada anda semua. Saja saya nak postkan beberapa foto kenang-kenangan semasa saya bersama sahabat-sahabat melawat Universitas Gadja Madah di Jogjakarta Indonesia.
Saya bersama Dr Hasan sedang berjalan menuju ke Bilik Kuliah untuk mendengar taklimat dan wacana antara 2 buah universiti dan sekali gus dari 2 buah negara serumpun tetapi mempunyai budaya yang sedikit berlainan. Bukankah kelainan itu adalah jambatan perkelanan, persefahaman dan kemesraan.
Dari UPM kalau saya tidak lupa adalah serama hampir 40 orang dan projek ini adalah salah satu projek yang menjadi kayu pengukur untuk penijazahan kami. Alhamdulillah kami semua lulus kertas ini. Saya bersama seorang sahabat sekuliah di hadapan Fakulti Social dan Politik Universiti tersebut. Kami dalam bilik kuliah sebelum taklimat dan acara wacana dan soal jawab berlangsung antara 2 Universiti. Duduk di barisan hadapan adalah rakan sekuliah yang kini telah bergelar Dr. Awan Ismail. Ramai juga sahabat sekuliah yang kini telah bergelar Dr. agaknya hanya tinggal saya sahaja yang tidak berpeluang untuk mempunyai gelaran Dr sebelum nama saya. Mungkin inilah takdir...
Bergambar beramai-ramai selepas selesai acara. Gambar kenang-kenangan untuk kedua universiti dan kedua negara. Bagusnya kami semua dapat A bagi paper ini. Tak rugi kami merantau begitu jauh. Sayang sekali hubungan kami dengan rakan-rakan di Indonesi sepi selepas itu.

08 April 2011

Catatan Perjalanan - Procurement Course at RIPA International London

Kursus Perolehan yang diadakan di RIPA International, Westminster London telah dihadiri oleh ramai peserta dari seluruh dunia. Yang mendominasi kelas kami adalah pegawai-pegawai dari benua Afrika. Melalui kursus ini kami diberikan pendedahan mengenai tatacara perolehan dan penganugerah tender kepada syarikat yang berkelayakan. Yang sangat berharga bagi saya adalah kaedah-kaedah yang dilaksanakan dan telah menunjukan kejayaan di United Kingdom. Kaedah pembelajaran di sini lebih kepada perbincangan mengenai kaedah perolehan di setiap negara peserta dan melalui perbincangan ini kami mempelajari banyak ilmu baru walaupun ada di antaranya yang mungkin tidak sesuai untuk dilaksanakan di negara kita.

Selain daripada aktivit dalam kelas, kami juga di bawa ke Jabatan Pengangkutan London untuk mendengar taklimat daripada pegawai Perolehan mereka. Selain dari itu kami juga ke Daerah Epsom, salah sebuah Daerah yang ditadbir oleh Kerajaan Tempatan. Seperti yang kita maklum, kerajaan tempatan adalah agensi yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik untuk menduduknya. Kegagalan agensi ini akan mengakibatkan kehidupan rakyat jelata akan terancam dengan sampah, pembentongan dan sebagainya.

Foto di atas sekali, gambar ramai di foyer Epsom, selepas tamat taklimat. Manakala foto selepas itu adalah sebahagian daripada peserta bergambar kenangan dalam kelas. Foto sebelah semasa kami sedang berehat dan makan, bergambar dengan jejaka handsome di belakang kami. RIPA tidak menyediakan makanan, sebaliknya menyediakan kopon makanan yang boleh ditukar di beberapa kedai dan restaurant makan yang berhampiran.

Nasib kami yang beragama Islam sangat baik, kerana terdapat beberapa kedai makan yang menyediakan makanan yang halal yang mana kebanyaknya disediakan oleh warga India Muslim dan masyarakat Arab. Walau bagaimanapun RIPA menyediakan makanan ringan seperti tea, coffee, biskut - makanan ringan ini sentiasa ada jadi kami boleh minum pada bila-bila masa dan paling mudah minuman boleh dibawa masuk ke kelas, cuba tengok gambar 2 di atas setiap meja ada bekas kopi. Di ruang rehat ini juga RIPA menyediakan banyak komputer dengan kemudahan internet bagi memudahkan kami mengakses mail masing-masing serta mendapatkan maklumat lain.

Maka setiap hari kami berlumba-lumba datang awal untuk mendapatkan komputer terbaik, begitu juga ketika waktu rehat - kami berpusu-pusu menyerbu terminal komputer dulu sebelum minum.

Setiap peserta diwajibkan untuk membuat persembahan Kertas Cadangan Melaksanakan Sesuatu Perolehan. Saya sedang menyampaikan persembahan tersebut. Malangnya pada hari tersebut saya pula diserang oleh asthma, jadi penyampaian saya agak tersekat-sekat dan terganggu dengan batuk dan kelelahan. Nasib baik rakan-rakan sekelas dan penyelaras kursus memahami keadaan saya yang kurang selesa.

Singa Jadian

"Tengoklah rupa aku, aku ni kucing je bukannya singa tapi mungkin tuan aku nak aku jadi singa kot" agaknya itu yang disungutkan oleh anak kucing ni. Raut wajahnya sahaja dah cukup menyatakan rasa sedih dia bila dia dicukur sedemikian rupa.

Mungkin ada benarnya sungutan dia kalau tuan dia memang nakkan seorang anak singa atau singa bonsai. Kesian .. kesian