Seluruh dunia amat terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Israel apabila tentera negara tersebut menyerang kapal Mavi Marvara milik Turki. Kapal tersebut sedang menuju ke Gaza membawa bekalan bantuan kemanusiaan. Semasa kapal tersebut diserang, mereka berada di kawasan antarabangsa. Sikap biadap mereka itu telah mengorbankan sekurang-kurang 3 syahid dan ramai yang tercedera. Semasa serangan itu sukarelawan Malaysia juga berada di atas kapal tersebut. Doakan semoga semua yang berada di atas kapal itu di dalam lindungan Allah Taalah hendaknya.
Kekejaman Israel ini telah dinyatakan oleh Allah dalam kitab suci kita AlQuran, berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh mereka di luar keperi manusiaan. Bukan setakat membunuh tentera-tentera Plastine sebaliknya kakank-kanak, wanita dan orang tua juga tidak terlepas dari muncung senjata mereka. Bagi mereka membunuh ini umpama permainan semacam kita main 'games' komputer. Agaknya itulah juga keseronokan yang mereka kecapi hingga perbuatan itu diulang-ulang. Atau Allah dah tutup pintu hati mereka dan lahirkan mereka dalam bentuk manusia tetapi berhatikan 'monster'.
Apa yang dunia buat?, apa yang negara-negara Islam buat?, apa yang polis dunia buat? dan apa yang PBB buat? Semua hanya sekadar menyuarakan rasa terkilan sahaja, umpama melepaskan batuk di tangga. Umpama kata orang kita - "jangan tidak". Tapi apabila sesuatu berlaku di negara yang melibatkan 'interest' mereka, apabila sesuatu terjadi pada haiwan peliharaan atau liar di negara lain, cuba lihat apa pula tindakan mereka. Berbagai kecaman, sekatan ekonomi dan penghantaran bala tentera dalam tempoh yang singkat diambil. Di sini sahaja kita dapat melihat betapa "double standardnya" dunia ini.
Dalam senario seperti ini, saya berpendapat yang sepatutnya bertindak adalah negara Islam sendiri, kita perlu bertindak atas kesatuan kita dan bukan mengharapkan orang lain atau PBB. Orang Islam bukannya sedikit di atas bumi Allah ini, tetapi umpama sabda Rasullalah yang bermaksud "umat Islam di akhir zaman umpama buih sahaja", harapkan bilangan sahaja yang boleh dibanggakan, tetapi amat mudah dihapuskan oleh angin dan air (ombak). Pemimpin-pemimpin Islam zaman ini juga kurang pengetahuan tentang agama Islam. Jadi mereka tidak berapa pasti untuk mengambil tindakan sewajarnya kerana berpegang pada pendirian yang diadtasikan semasa menuntut ilmu dulu (ilmu dunia di universiti sekular). Di samping itu ancaman negara-negara maju ke atas ekonomi, sosial dan keselamatan negara menjadi agenda utama pemimpin sebegini.
Oklah, akhirnya saya nak tanya - apa yang sepatutnya kita buat. Sebagai insan individu - kita tak mampu nak melawan negara yang kejam - jadi kita hanya mampu untuk berdoakan memohon ke hadrat Allah untuk menyelamatkan umat dan negara Islam. Sebagai sekumpulan orang ISlam di kampung-kampung, taman-taman dan organisasi-organisasi kita boleh luangkan sedikit masa untuk melakukan solat hajat, dan bagi negara-negara Islam - perlukan sefahaman dan ukhwah yang teguh serta mencari jalan untuk menyelesaikan sebarang isu umat Islam. Pemimpin Islam mungkin tidak terlintas bahawa pertolongan Allah tanpa kita duga dan sangat 'power' - itu pun kalau kita minta.....
No comments:
Post a Comment