13 June 2010

Israel ke Zionis?

Israel adalah bangsa, kalau dulu kita selalu sebut yahudi (Jews) mereka ni sebangsa dengan ramai nabi seperti Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Yaacub dan sebagainya. Dalam AlQuran juga banyak kali menyebut bangsa ini. Bangsa yang dikenali sebagai degil dan suka membunuh nabi dan rasul mereka. Tetapi apabila mereka ditimpa bencana dan musibah mereka berpaling semula pada nabi dan rasul tapi ianya hanya sementara sahaja selepas itu mereka mula mengingkari para nabi dan rasul mereka.

Bangsa ini jugalah yang pernah mengecapi makanan syurga semasa mereka melarikan diri bersama Nabi Musa dari Firaun. Merekalah juga yang telah sesat selamat 40 tahun, kerana mengingkari Nabi Musa. Akhirnya mereka terbahagi kepada 14 kaum kalau saya tak silap.

Apa pulak Zionis? apa yang saya faham, perkataan ini lebih membayangkan keganasan sesuatu puak, maknanya dalam bangsa Israel ada Zionis. Saya rasa kedua-dua perkataan ini ada beza yang sangat besar sebabnya terdapat ramai orang Israel juga telah mengutuk Zionis ini atas beberapa tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan oleh mereka.

Yang kelakarnya keganasan yang terlampau oleh Zionis ini macam dipandang sepi oleh Amerika Syarikat (AS), sehingga sekarang hampir 2 minggu peristewa serangan Mari Marvara, AS tidak berbunyi pun, tetapi kalaulah serangan itu dilakukan oleh orang Islam macam nak runtuh langit dibuat oleh mereka. Mulalah berbagai sekatan dan tangkapan dilakukan di seluruh dunia. Yang lebih kelakar lagi negara Islam pun macam dah bisu, Malaysia saja yang beriya-iya untuk buat kutukan negara-negara Arab macam dalam mimpi indah saja. Macam mana nak kejutkan mereka ni agaknya?

No comments: