Kadang-kadang kita tak sangka ada antara sahabat-sahabat kita umpama gunting dalam lipatan. Sama-sama gelak, berbual, berbincang tapi dalam diam-diam lain pulak ceritanya. Lebih buruk lagi bila sesuatu isu yang sepatutnya jadi iktibar kepada semua, menjadi isu hangat dan boleh menimbulkan syak wasangka dan lebih buruk melaga-lagakan kawan-kawan.
Bagi kita atas nama "sahabat" sukar untuk menyelam hati masing-masing - adakah apa yang dikatakan di depan kita sama yang akan dikatakan di hadapan "orang" lain. Walau apa pun Allah Taalah yang menjadi saksi dan nampaknya kita kena tunggu "mahkamah agung" bersidang baru tau apa yang sebenarnya berlaku. Bagi aku - segalanya telah dimaafkan - supaya "pemergian" kita nanti dengan "penerbangan terus" tanpa henti-henti.
Kata orang tua-tua rambut sama hitam, tapi hati lain-lain - betul ke perumpamaan tu?, sebab zaman ni ada yang dah tak rambut hitam lagi, ada yang perang dan paling menakutkan warna rambut biru dan hijau. Walau apa pun warna rambut memang hati kita lain-lain - untuk menyelamnya kena ada satu alat lain yang boleh memberitahu kita - apa yang tersirat dalam hati seseorang itu. Kalaulah boleh ku baca hatimu!!!!
Hari ini saya tiba-tiba rasa curiga terhadap sahabat-sahabat saya di pejabat, dan tiba-tiba saya rasa sangsi terhadap apa yang pernah diperkatakan dulu, adakah ianya disalahertikan dan disampaikan kepada seseorang secara salah atau bagaimana? - kenapa ayat percakapan seseorang itu semacam menuduh? pening juga difikirkan. Siapa yang betul ????. Itu atau ini??
Dalam keadaan rasional, aku perlu cepat bertindak, akhirnya 2 perkara perlu akau lakukan, iaitu pertama - akau kena diamkan diri dulu, dan kalau perlu minta maaf dari sidia kerana telah tersinggung atas apa yang mungkin aku katakan tapi bukan itu yang aku maksudkan. Kedua - diamkan diri tak perlu banyak cakap yang tak penting - "tak perlu nak nasihatkan sesiapa" just make friends with other, make world more chearful - just that.
Oklah - malam ini boleh fikirkan dengan lebih tenang dan rasional.
Percaya bahawa perbuatan baik akan dibalas baik oleh Allah.
3 comments:
Kadang-kadang kita tak boleh terima teguran orang lain kerana mempunyai sangkaan bahawa teguran tersebut adalah untuk menjatuh atau menganiaya kita. Kalau kita mendakwa bahawa persahabatan kita atas iklas dan jujur maka kita perlu buka hati untuk menerima teguran BUKAN hanya untuk menerima pujian sahaja.
Macam kelakar pulak kat opis saya, sukakan pujian walaupun nada pujian yang disampaikan boleh ditafsirkan sebagai sindiran atau untuk mengambil hati sahaja. Itulah hati manusia yang Allah jadikan ni memang berbeza-beza.
Sememangnya Allah jadikan manusia itu berbeza-beza.. Kita x ble nk anggap org itu sama ngan kita... Kekadang sesetengah org x menyedari yg tindakan dan perlakuannya itu mengguris hati temen-teman disekelilingnya.. ada juga yg menyangka apa yg dibuat itu betul, sedgkn pd hakikatnya perkara itu membuat hati-hati di sekelilingnya terguris...
Kita juga mungkin ada melakukan sesuatu yg menyentuh hati org-org disekeliling kita tanpa kita sedari...
Jadi, sama-samalah kita memnjatkn doa pada Yg Esa, agar dipelihara hati kita dari menyakiti hati-hati yg berada di samping kita, amin...
Bagi yg tidak mahu menerima teguran, dan tidak mahu mengakui kesilapan diri, sama-sama la kita doakan agar Allah bukakan hati mereka... amin..
Amin.. betul cakap Atie tu, umpama kata cerdik pandai Islam, kalau melepasi umur 40 tahun, kita tak boleh berubah... maknanya kita kekal dengan sikap kita tu, jadi ini juga mungkin menjadi petanda kepada kita, kalau sudah berusaha untuk lakukan dengan tangan, jadi selepas ini kita ubah dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT sahaja. Tetapi itulah iman yang lemah.
Post a Comment