Mesej Kepada Sahabat Lama
Demi untuk bertemu semula dengan ramai sahabat-sahabat saya yang lama sudah berpisah, berbagai cara sudah saya lakukan untuk mencari mereka, terutamanya kawan-kawan sekolah saya. Sebagai anak tentera, saya bersekolah di banyak tempat, kerana mengikut ayah saya berpindah dari satu kem tentera ke satu kem tentera. Tetapi saya amat yakin nama saya mungkin dapat mengimbau kembali kenangan sahabat-sahabat saya, kerana nama yang agak unik dan jarang digunakan oleh orang lain.
Foto sebelah kanan - foto saya bersama sahabat-sahabat semasa di SMJ, rasa-rasanya masa Tingkatan 5 kot.
Saya pernah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka; Sekolah Kebangsaan Sri Klana, Seremban; Sekolah Kebangsaan Kesang Tua Jasin Melaka; Sekolah Menengah Jasin (SMJ) dan Sekolah Iskandar Syah (SIS) Jasin. Semasa di SMJ dan SIS, saya tinggal di asrama puteri SIS.
|
Saya di Tingkatan 6 SIS |
Mungkin ramai sahabat-sahabat saya yang mungkin kurang terdedah dengan penggunaan komputer. Jadi itulah sebabnya saya sukar untuk mencari mereka melalui cara ini. Saya telah mencuba mencari mereka melalui Hi5, Facebook, Multiply dan Friendster. Akhirnya saya mengabadikan usaha dan hasrat ini dalam blog ini untuk tatapan saya nanti.
Walaupun begitu hasrat untuk bertemu dengan sahabat lama tetap dalam hati, Sekali lagi saya adalah Adnee binti Ahmad.
No comments:
Post a Comment