31 August 2015

Sehati Sejiwa

Syukur alhamdulillah, negara yang kita cintai sekali lagi menyambut hari kebangsaan pada tahun ini. Tak sangkakan negara kita semakin dewasa dan menuju ke usia emas. Bagi Semenanjung Malaysia tahun ini adalah tahun ke 58 kita merdeka.

Ramai pemimpin yang bertukar ganti dalam membawa hala tuju negara merdeka ini. Apa pun kita perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka atas usaha tersebut.

Seperti juga tahun-tahun terdahulu, kali ini juga tema, slogan dan lagu kemerdekaan dicipta dan diwarwarkan bagi menjadi ikutan dan inspirasi rakyat jelata. Apa yang kita buat sebagai rakyat????

Jadi kita hayatilah tema, lagu dan slogan dengan hati-hati dan diteliti, Semoga ianya membawa mesej yang penting bagi kita memahami dan mengerti akan erti kemerdekaan, pengobanan dan hidup aman dan damai walau apa pun bangsa, agama, warna kulit dan kepercayaan kita.

Percayalah dan telah lama terbukti bahawa perpaduan yang kuat dan kukuh antara rakyat merupakan senjata ampuh dalam mencapai kejayaan dan kecemerlangan bagi mengwujudkan kesejahteraan serta
kemakmuran negara. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah lama
diperoleh akan lenyap dalam sekelip mata.

Namun sayangnya masih ada rakyat negara ini yang sanggup mencetuskan provokasi kaum. Mereka menyalahgunakan hak kebebasan bersuara, dengan mengambil kesempatan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Sayangilah diri anda dan keluarga anda yang menumpang teduh di bawah payung negara Malaysia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA. SEHATI SEJIWA MENUJU KESEJAHTERAAN

No comments: