10 April 2014

Tanggal 12 Mac 2014 Lahir Ahli Baru

Pada 12 Mac 2014 lebih kurang jam 9 malam,Oky melahirkan anak pertamanya.... semua badannya berwarna hitam.... nampak agak sukar keadaan Oky. 

Lebih kurang setengah jam kemudian lahir anak yang kedua. Kali ini anak-anak Oky nampak kecil sedikit dari abang-abangnya.

Saya membantu Oky membersihkan 3 ekor anaknya sebab Oky selsema. Selepas 4 ekor dilahirkan saya salinkan kain alasnya dan saya ambil keputusan untuk tidur kerana keesokan harinya saya bekerja. 

Awal pagi saya dapati anak Oky semuanya mejnjadi 5 ekor. Sahlah memang anak dia kali ini adalah 5 ekor. Sebelumke pejabat sekali lagi saya salinkan kain alas kandang bagi memastikan kucing-kucing saya selesa dan tidak berbau busuk.

.
Alhamdulillah saya dapat 5 ekor anak kucing yang sehat. Inilah mereka yang berusia 1 hari.

No comments: