16 April 2014

Si Kecil 5 Beradik Beralih Tempat

Dalam usia 2 minggu anak-anak Oky baru buka mata. Lambat betul mereka buka mata jika dibandingkan dengan abang-abang mereka (Baby dan Adik) yang buka mata dalam 10 hari sahaja.

Daripada dalam kandang, Oky cuba berkali-kali untuk pindahkan budak 5 beradik tu ke bawah kerusi urut saya, malas nak cerita banyak saya pun cari kotak, belah dua sambungkan semula menjadikan kotak besar yang boleh meletakkan bantal besar warisan kucing-kucing saya.

Saya letakkan kotak yang ada anak-anaknya di bawah kerusi urut.. alhamdulillah dia senang duduk kat situ hingga seminggu

Selepas seminggu Oky mula nak ubahkan anak-anak dia ke bawah meja belajar saya jadi saya angkat kotak tersebut dan letakkan je di bawah meja. Mereka tinggal di sini sehingga minggu lepas, apabila budak-budak tu berumur 1 bulan dan dah mula berjalan dan berlari.

Semasa di bawah meja ni, kedua-dua abang mereka sibuk bermain dengan adik-adik mereka. Budak 5 beradik tu pun macam faham yang kucing besar 2 ekor tu abang-abang mereka. Kasar betul Baby dan Adik bermain dengan adik-adik mereka sehingga berdecit-decit bunyi budak 5 ekor tu.

Buah hati saya yang baru berusia 3 minggu. Diperkenalkan dari kanan Kiki, Nini, Mimi, Jiji dan Zizi. Tak sabar menunggu mereka besar.

No comments: