Cuba lihat keadaan senja ini. Cantik matahari yang perlahan-perlahan merangkak turun untuk mula beradu dan memberi peluang kepada sang bulan untuk menghiasi langit. Hasil dari pergerakan itu timbul warna langit seakan merah, kuning dan perang. Kabungan warna-warna ini menaikkan suasana sunset di rumah saya.
Mungkin disebabkan oleh langit yang terang dan bersih selepas hari hujan, saya dapat menikmati sunset hanya dari halaman rumah dengan jelas. Biasanya saya tidak dapat melihat gabungan warna yang seterang ni kerana dilindungi awan dan debu. Tiba-tiba rasa beruntung pula beli rumah di sini!!!!
Walaupun begitu melihat sunset dari sini tak seperti melihat sunset di tepi laut seperti yang selalu saya dan rakan-rakan lakukan semasa kami beertugas di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1994 hingga 1996. Kami biasa duduk di tepi pagar rumah (kebetulan rumah di tepi pantai - di kawasan Layangan) dan memerhatikan matahari tengelam di kaki langit, manakala di kota matahari menyorok di sebalik bangunan.
No comments:
Post a Comment