Pada 25 Mac yang lepas, ahli mesyuarat JPWPKL telah berkumpul di Pusat Kokurukulum Negeri Selangor di Kem Tekali untuk perbincangan dan seterusnya melihat keadaan sekeliling dan kemudahan yang disediakan.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Haji Latiff, Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling.
Walaupun perjalanan agak jauh dari pejabat kami di Jalan Duta, tetapi pusat ini sangat cantik, menarik dan selesa.
Penginapan yang disediakan berbentuk kondo dengan 2 bilik yang agak besar.
Tak rugi kami ke sini untuk mengetahui rupanya ada kemudahan penginapan dan kemudahan lain yang boleh dijadikan tempat kursus nanti.
Di belakang saya adalah kolam renang bersaiz olimpik.
Saya pula berdiri di hadapan banglo yang besar betul saiz bilik-biliknya.
No comments:
Post a Comment